KONGRES DAP KE 16 !!! ANAK BERANAK MASIH KUASAI PEMILIHAN DAP !!! MANA MELAYU DAP ???
Pasukan bapa dan anak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng mendahului
Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat (CEC) di Kongres DAP ke 16 yang
diadakan di Pulau Pinang semalam.Walaupun sebelum ini,Pengerusi
DAP,Karpal Singh cuba dijatuhkan dalam kepimpinan DAP pusat,namun
keputusan pemilihan menyangkal dakwaan itu apabila beliau mendapat undi
ketiga terbanyak,di samping anak sulungnya,Gobind Singh turut dilantik
semula.Penasihat DAP Lim Kit Siang mengutip undi paling banyak iaitu
1,607,diikuti oleh Guan Eng (1,576) manakala Pengerusi DAP Karpal Singh
meraih 1,411.Sementara itu,Naib Pengerusi DAP Dr Tan Seng Giaw,Timbalan
Ketua Menteri Pulau Pinang P. Ramasamy,Pengerusi DAP Perak Ngeh Koo
Ham,Exco Kerajaan Selangor,Ronie Liu,Adun Kota Raja,M.Manoharan dan Jeff
Ooi (Ahli Parlimen Jelutong) tewas dalam pemilihan DAP.Berikut adalah
senarai 20 pemimpin yang dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif
Pusat parti bagi sesi 2012-2015 pada Kongres DAP Kebangsaan ke-16.
1. Lim Kit Siang
2. Lim Guan Eng
3. Karpal Singh
4. Chong Chieng Jen
5. Anthony Loke Siew Fook
6. Vincent Wu Him Ven
7. Tan Kok Wai
8. Gobind Singh Deo
9. Tony Pua Kiam Wee
10. Datuk Teng Chang Kim
11. Fong Kui Lun
12. Nga Kor Ming
13. Chong Eng
14. Chow Kon Yeow
15. Liew Chin Tong
16. M. Kula
17. Boo Cheng Hau
18. Teresa Kok Suh Sim
19. Teo Nie Ching
20. Ngeh Koo Ham
semua calon Melayu tewas dalam pemilihan DAP.Mereka adalah Setiausaha
Politik kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng,Zairil Khir Johari yang hanya
memperolehi 305 undi.Turut kalah adalah Senator Ariffin S.M. Omar yang
mendapat 348 undi.Begitu juga dengan satu-satunya ahli dalam (CEC),Ahmad
Ton juga turut tewas kali ini apabila hanya mampu meraih 347 undi.Calon
lain yang tewas ialah Harun Ahmad (28 undi),Solaiman Op Syed Ibrahim
(98 undi) Tengku Zulpuri Shah (121 undi) Zulkifli Mohd Nor (215 undi)
dan Roseli Abdul Gani (39 undi).
MANA PERGI MELAYU DALAM DAP ???
ADAKAH INI DIKATAKAN AKAN MEMBELA DAN MELEBARKAN SAYAP UNTUK ORANG
MELAYU ???
ANDA LIHAT DI SITU ???
RENUNG-RENUNGKAN
No comments:
Post a Comment