Ngeh Tuduh Pas Bocorkan Rahsia
Pendedahan mengenai kerakusan Mursyidul Am Pas Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat yang dilaporkan telah 'membaham' tanah-tanah rakyat
di Gua Musang untuk diberikan kepada cina DAP sangat mendukacitakan
seluruh rakyat di Negeri Kelantan.
Isu yang didedahkan oleh blogger Pisau.net
beberapa hari yang lalu mengenai pemberian tanah seluas 10,000 ekar itu
bagaimanapun dinafikan oleh Nik Aziz dengan penafian yang bersifat
'kluk-klek', begitupun Nik Aziz membela dan menyayangi DAP lebih dari
agama sendiri, pemimpin DAP tetap menuduh Pas sebagai pengkhianat dengan
menuduh pemimpin Pas yang membocorkan mengenai maklumat berkaitan tanah
berkenaan.
Belum apa-apa lagi sikap DAP yang terburu-buru menuduh Pas itu sedikit
sebanyak memperlihatkan semangat kesetiapakatan terlalu rapuh diantara
mereka, bila berlakunya keadaan seperti ini barulah rakyat jelas tentang
hubungan parti-parti didalam PR
Lebih memperlihatkan sikap buruk dan cacar-marba mereka yang sering
melaung-laungkan mengenai kebebasan media apabila sebuah portal milik
pembangkang yaitu FMT dilihat telah menarik balik artikel bertajuk
'Pemimpin DAP Dakwa Pas Bocorkan Rahsia Tanah Di Kelantan' sebelum
menggantikannya dengan artikel yang menuduh Umno pula yang membocorkan
maklumat berkaitan tanah rakyat itu.
Bagi mendapatkan keterangan terperinci mengenai penyelewengan tersebut,
sila rujuk disini. Anda Mampu
Mengubahnya.
Rakaman sidang media oleh YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul
Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan selepas menghadiri Majlis Ramah
Mesra Bersama Perakan Sabah di JKR 10. Tuan Guru menjawab berkenaan
fitnah isu rasuah tanah yang dikeluarkan oleh Utusan Malaysia.
6 Safar 1434H/ 20 Dec 2012M
6 Safar 1434H/ 20 Dec 2012M
Star Dedahkan Nik Aziz Terbabit Beri Tanah Kepada Ngeh dan Nga
Hari ini blog Akar Umbi mendedahan tanah tersebut dianugerahkan oleh Nik Aziz sendiri kepada syarikat Upayapadu Platations Sdn Bhd.
Dengan menggunakan kaedah ali baba ,3 penama melayu sekarang ini sudah bertukar nama kepada kroni DAP.Kenapa baru sekarang untuk menukar nama pemilikan syarikat tersebut bukan semasa mereka menjadi kerajaan Perak selama 11 bulan..kesemua ini untuk menutup kerja jahat mereka.Cuba mengambarkan seolah pemimpin kerajaan haprak pakatan selama 11 bulan adalah bersih dan tidak makan rasuah..
Akar Umbi - Melalui semakan, pemilikan asal Upayapadu adalah dibawah Datuk Seri Wong Yeon Chai. Rujuk kepada keratan The Star (4/5/2006) berhubung pemilikan Upayapadu dan penganugerahan pajakan 50 tahun keatas tanah berkaitan.
Seperkara lagi, projek keatas tanah seluas 10,526 ekar tersebut mendapat pembiayaan dari Forest Plantations Development Sdn Bhd (FPD), iaitu anak syarikat Lembaga Industri Perkayuan Malaysia (MTIB) dengan jumlah pinjaman RM16.2 juta.Daripada jumlah RM16.2 juta, sebanyak RM2.0 juta telah digunakan oleh Upayapadu melalui pengurusan lama.Melalui surat yang didedah oleh Pisau.Net, pemilik baru Upayapadu yang diketuai oleh Ngeh telah memohon penyambungan pinjaman RM16.2 juta tersebut, keatas projek yang telah terbengkalai semenjak 2007.Persoalannya, apakah FPD akan meluluskan utilisation keatas baki RM14.2 juta yang belum digunakan, kepada projek telah terbengkalai selama 5 tahun?Kalau FPD meluluskan permohonan tersebut, bermakna DAP bakal menerima durian runtuh yang berupa dan RM14.2 juta pula disumbangkan oleh Kerajaan Persekutuan, disamping pajakan 50 tahun keatas tanah seluas 10,526 ekar dari Kerajaan Negeri Kelantan. Itu belum lagi RM24 juta dari saman keatas Kerajaan Pahang, yang didoakan kemenangannya oleh Anwar Ibrahim. Baca selanjutnya di blog Akar Umbi.
No comments:
Post a Comment