Lulus Lesen Arak Di Kelantan - Azhar Idrus Sifatkan Kerajaan Pas Juga Kerajaan Syaitan - Video
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ
وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ
فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
Dengan penjelasan yang dibuat oleh Ustaz Azhar itu ternyata ianya tepat
terkena keatas pemerintahan ulamak syaitan yang sering mengkafirkan dan
menyalahkan orang lain. Buktinya sebahagian gambar-gambar yang telah
saya dan blogger AOK
rakam disekitar Kota Bharu terutamanya di Sri Cemerlang pada klipvideo
dibawah.
Dijangkakan terdapat lebih 80 kedai menjual arak disekitar bandar
Kota Bharu diberikan lesen yang sah oleh kerajaan Pas Kelantan,
manakala yang menjualnya secara haram tanpa lesen dianggarkan
melebihi 10 buah kedai.
Disamping itu terdapat juga beberapa pusat hiburan seperti Pub dan
karaoke, namun belum dapat dipastikan samada ianya menjalankan aktiviti
itu secara haram atau mempunyai lesen.
Bagaimanapun isu pemberian lesen arak itu pernah dijawab oleh kerajaan Pas Kelantan yang membenarkannya diatas alasan ia dikeluarkan kepada golongan bukan Islam walaupun sebelum ini mengecam tindakan sama kerajaan BN diatas isu tersebut. Anda Mampu Mengubahnya.
Bagaimanapun isu pemberian lesen arak itu pernah dijawab oleh kerajaan Pas Kelantan yang membenarkannya diatas alasan ia dikeluarkan kepada golongan bukan Islam walaupun sebelum ini mengecam tindakan sama kerajaan BN diatas isu tersebut. Anda Mampu Mengubahnya.
Mungkinkah fatwa 'syaitan' itu tidak terpakai jika ia dilakukan oleh
kerajaan Nik Aziz ?
No comments:
Post a Comment