EKSKLUSIF: RUNDINGAN ANWAR-JUSUF KALLA -NAJIB DI JAKARTA
on
Sunday, June 16
Pada mulanya
saya tidak hendak menulis perkara ini dan saya cuba bertahan untuk tidak
menulis, kerana Bapak Jusuf Kalla berpesan kepada saya supaya
berhati-hati. Namun begitu, apabila saya membaca blog rakan saya ini
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ , saya dapati berlaku kekeliruan dan perkara yang tidak adil kepada DS Najib. Maka, saya mengambil keputusan untuk menulis berita eksklusif ini.
http://syedsoutsidethebox.blogspot.com/ , saya dapati berlaku kekeliruan dan perkara yang tidak adil kepada DS Najib. Maka, saya mengambil keputusan untuk menulis berita eksklusif ini.
Pertama sekali, pertemuan saya dengan
Bapak Jusuf Kalla adalah berseorangan dengan dibantu oleh Ahli Parlimen
Indonesia, Bapak A. Mohamad Fatwa yang juga Ketua Dewan Perwakilan
Rakyat Indonesia. Saya ditemani oleh dua orang rakan.
Hubungan
Anwar dengan Bapak Jusuf Kalla dan Bapak A.M. Fatwa adalah hubungan
sahabat lama berpuluh-puluh tahun sejak zaman belia lagi. Malah sehari
selepas Anwar dibebaskan dari penjara (2004), Bapak A.M. Fatwa terbang
ke Kuala Lumpur untuk meraikan pembebasan Anwar. Manakala, hubungan DS
Najib dengan Bapak Jusuf Kalla ialah hubungan sejarah di mana Bapak
Jusuf Kalla adalah seorang Usahawan sejak zaman ibu bapanya lagi,
manakala DS Najib adalah keturunan Bangsawan Bugis dari Kerajaan Goa di
Sulawesi Selatan. Manakala, saya pula hubungan kekeluargaan dengan Bapak
A.M. Fatwa dan juga Bapak Jusuf Kalla dari sebelah isteri saya.
SAYA DITEMANI OLEH BAPAK A.M. FATWA, AHLI PARLIMEN INDONESIA, KETUA DEWAN PERWAKILAN RAKYAT INDONESIA |
NEGOSIASI DI ANTARA ANWAR-JUSUF KALLA-NAJIB
Dalam perbincangan Eksklusif saya dengan
Bapak Jusuf Kalla dalam satu jam di rumah Bapak Jusuf Kalla, beliau
memberitahu saya bahawa Anwar bertemu dengannya sebanyak 3 kali.
Pertemuan pertama berlaku pada bulan Mac
di mana Anwar datang ke rumah Bapak Jusuf Kalla di Jakarta. Tujuan
Anwar bertemu Bapak Jusuf Kalla untuk meminta Bapak Jusuf Kalla menjadi
orang tengah semasa PRU-13, di mana Anwar sangat yakin akan menang dan
meminta Bapak Jusuf Kalla memberitahu DS Najib supaya sesiapa di antara
mereka yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Cukup saya dedahkan
satu ini, yang lain sudah pasti rahsia.
Bapak Jusuf Kalla seorang yang bijak,
dalam pertemuan itu, beliau memanggil dua lagi Ahli Parlimen Indonesia
sebagai saksi iaitu Bapak Yusril Ihza Mahendra dan Bapak Fahmi Idris,
kedua-duanya mantan Menteri Indonesia dan kedua-duanya juga adalah
sahabat Anwar.
Namun demikian, selepas keputusan PRU-13
memberi kemenangan kepada DS Najib pada malam 5/5/2013, Anwar Ibrahim
telah mungkir janji tidak mahu menerima kekalahannya sebaliknya menuduh
berlaku penipuan. Kemungkiran janji Anwar menyebabkan sahabat-sahabatnya
itu (Bapak Jusuf Kalla, Yusril, Fahmi dan lain-lain) marah kepada Anwar
Ibrahim.
KETIKA SAYA BERDISKUSI DENGAN BAPAK A.M. FATWA DI RUMAHNYA |
Dalam negosiasi itu, Anwar berkata kepada Bapak Jusuf Kalla "saya mahu jawatan Perdana Menteri". Bapak Jusuf Kalla sebaliknya menjawab kepada Anwar, "Apa kamu sudah gila! Kamu hanya menang 89 kerusi parlimen, Najib menang 133 tidak mungkin kamu bisa jadi Perdana Menteri!".
Bapak Jusuf Kalla berkata lagi, "jika
kamu (Anwar) di Indonesia, ya kamu sudah jadi Presiden Indonesia sebab
kamu menang undi popular, tetapi di Malaysia guna sistem undi electoral
(parti)".
Tambah Bapak Jusuf Kalla lagi, "kamu
kata isu dakwat, lihat jari kamu (sambil memegang tangan Anwar) masih
ada dakwat yang belum hilang. Kamu kata ramai orang Bangladesh, tak kan
orang Malaysia tidak boleh membezakan orang Bangladesh dengan orang
tempatan dari segi bahasa percakapan dan budayanya".
MASA DEPAN NURUL IZZAH
Dalam pertemuan itu juga, Anwar dan
Bapak Jusuf Kalla menyentuh masa depan Nurul Izzah. Bapak Jusuf Kalla
dan Anwar bercakap soal jawatan Menteri Penuh kepada Nurul Izzah. Dalam
pertemuan itu, Anwar meminta masa untuk berfikir.
Bapak Jusuf Kalla turut bercakap beberapa jawatan Kabinet kepada Anwar, dan Anwar meminta tempoh masa berfikir.
Menurut Bapak Jusuf Kalla, Anwar datang
menemuinya untuk membuat negosiasi ini kerana Anwar begitu yakin dia
akan menang PRU13 dan seterusnya menjadi Perdana Menteri.
Pada pandangan Bapak Jusuf Kalla, Anwar
hidup dengan imaginasi yang melampau-lampau di mana Anwar mengangggap
dirinya adalah Perdana Menteri, Anwar percaya dirinya adalah Perdana
Menteri, bercampur-campur dengan sikap egonya, maka Anwar kata Bapak
Jusuf Kalla tidak dapat menerima hakikat ketewasannya di dalam PRU13.
Tekanan Washington
Bapak Jusuf Kalla turut menceritakan hal
lain, di mana beliau memberitahu kepada saya adanya elemen Washington
dalam keputusan PRU13 itu, di antaranya pihak Washington telah menekan
Presiden Indonesia supaya menerima kunjungan Anwar dan memberi sokongan
kepada Anwar.
Dalam hal ini, Bapak Jusuf Kalla
memberitahu kepada saya beliau telah dihubungi oleh Presiden Indonesia
untuk meminta pendapat akan hal ini, dan Bapak Jusuf Kalla memberi
pandangan kepada Presiden Indonesia bahawa adalah tidak betul untuk
menerima tekanan Washington itu.
Maka, pertemuan Anwar dan Presiden Indonesia semalam jelas akibat daripada tekanan Washington ke atas Presiden Indonesia.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment