Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, April 6, 2019

Kenapa hibah Tabung Haji sangat rendah? Inilah hikmah yang Allah SWT nak tunjukkan agar jangan curangi duit hasil titik peluh rakyat yang ikhlas.

Jelas sudah penjelasan tentang hibah terendah TH. jika benar, Siapa yg dulu menipu dgn membayar hibah gunakan duit para deposit tanggunglah sendiri. Inilah hikmah yang Allah SWT nak tunjukkan agar jangan curangi duit hasil titik peluh rakyat yang ikhlas.



Kenapa hibah Tabung Haji sangat rendah?: ULASAN | Lalu muncul ketidakpuasan hati, sebahagian didasari kebimbangan tulen, sebahagian yang lain bersumberkan kebencian dan perseteruan politik.




   
ULASAN | Ada
yang bertanya mengapa hibah Tabung Haji sangat rendah? Lalu muncul
sedikit kepanikan dan ketidakpuasan hati, sebahagian didasari
kebimbangan tulen, sebahagian yang lain pula hanya bersumber kepada
sebab kebencian dan perseteruan politik.
Adalah diingatkan tulisan
ini bukan dari orang politik, saya sekadar usaha berkongsi ulasan untuk
bacaan orang ramai yang bertanya.

Info dan fakta dalam ulasan
saya ini bersumber dari pihak Tabung Haji sendiri dan saya tiada
kepentingan dalam TH malah saya telah pun beberapa menunaikan haji
melalui perjalanan sendiri sewaktu belajar dahulu, tiada satupun bersama
TH.

Ulasan ini dibuat bagi melaksanakan tugasan menjawab soalan mereka yang cintakan ilmu dan kebenaran.

Saya
hanya sekadar menyampaikan maklumat sebenar sekdar yang saya faham,
saya juga tiada sebarang autoriti atau kuasa untuk menjustifikasi
berlebihan, mempertahankan atau mempengaruhi sebarang keputusan
komersial, operasi dan penstrukturan oleh pihak TH.

Justeru, jika
ada keputusan dan tindakan TH yang tidak dilihat tepat dari sudut
komersial, itu adalah perbezaan biasa sudut pandangan komersial dari
seseorang individu atau institusi dengan pengurusan TH.

Ia tidak
semestinya lebih tepat atau lebih baik dari keputusan TH, kerana TH
diyakini lebih fahami luar dalam organisasi yang diurusi mereka.

Tak pelik kadar 1.25 peratus
Telah
beberapa bulan saya dan TH memberikan gambaran bahawa hibah memang akan
rendah tahun 2018, malah saya juga telah berkongsi info bahawa 1 hingga
2 peratus adalah kemungkinan besar hibah TH bagi tahun 2018, hasil
kajian dari kaedah pensturktuan semula yang dilaksana oleh TH.

Justeru,
sesiapa yang ikuti isu ini sejak dari awal, sudah tentu tidak pelik dan
tidak mengejutkan dengan kadar 1.25 peratus tersebut.

Hibah itu
dari Bahasa arab yang ertinya adalah hadiah. Dari sudut kontrak dalam
fiqh muamalat, adalah pelik dan tiada kewajaran untuk penerima hibah
memarahi hadiah yang kecil diberi oleh pemberi hadiah.

Maka hibah
kecil berbanding sebelum tentunya bersebab. Kerana kontrak syarah yang
digunapakai oleh Tabung Haji dengan penyimpan adalah Wadi’ah Yad Dhamanah yang bererti kontrak pinjaman wang.

Maka
hadiah dan jumlahnya mestilah diberi secara tanpa paksa dan sukarela
oleh pemberi hadiah bagi mengelakkan elemen riba. Hal ini juga telah
diteliti oleh Majlis Penasihat Shariah TH.

Sekarang apa sebab hibah TH terlalu rendah?

Baiklah,
namun apa sebabnya ia terlalu rendah ? Ada pelbagai sebabnya yang
tercantum dan membarah antaranya kelemahan pengurusan TH terdahulu,
pelanggaran Akta Tabung Haji 1995 serta faktor politik ekonomi dalam dan
luar negara.

a) Kelemahan pengurusan terdahulu

Kelemahan
pengurusan TH yang dahulu (kerana hibah 2018 adalah refleksi tugasan
dan keputusan pengurusan TH sejak dari tahun sebelumnya sehinggalah
tahun 2017 dan 2018), sebahagian keputusan ini tidak dianggap jenayah
kerana menurut undang-undang, kelemahan ‘certain type of bad investment decision is not a crime’, maka tidak semua jenis kelemahan boleh diheret ke mahkamah.

Sebahagian lagi yang lain, telah pun dilaporkan kepada polis dan dalam siasatan iaitu kes yang merugikan Tabung Haji.

Antara
kes-kes yang membawa kerugian seperti arahan untuk tidak menjual saham
FGV sehingga kerugian RM1.1 bilion, TH menyelamatkan Ramunia Holdings
Bhd (nama lama sebelum ditukar kepada nama TH Heavy Engineering Bhd)
sehingga kerugian RM670juta dan TH membeli 30 peratus peilikan dalam
syarikat Putrajaya Perdana Berhad melibatkan RM144 juta kerugian.

Menurut
laporan TH, Lembaga Pengarah TH baru telah membuat laporan kepada pihak
polis dan Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ahli
lembaga pengarah dan pengurusan lama.

Laporan pertama melibatkan
Program Yayasan Tabung Haji (YTH) 2017, di mana dana berjumlah lebih
daripada RM22 juta telah dikeluarkan untuk aktiviti yang mempunyai
kecenderungan politik. Ia bertentangan dengan Memorandum dan Artikel
Persatuan YTH.

Laporan
kedua dibuat ke atas beberapa pengurusan TH yang lalu berhubung dengan
salah nyata dan penyembunyian maklumat penting yang melibatkan penjualan
saham TH dalam tahun 2012 sebanyak 95 peratus dalam PT TH Indo
Plantations yang dipegang oleh dua anak syarikatnya, iaitu TH Indopalms
Sdn Bhd (THI) dan TH Indo Industries Sdn Bhd (THII) kepada PT Borneo
Pacific (PT Borneo) dengan harga AS$910 juta (RM 3.7 billion).

Laporan ketiga dibuat pada bulan Januari 2019 berhubung dengan akaun kewangan TH bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 (FY17).

Laporan
ini melibatkan pembentangan laporan kewangan oleh bekas para eksekutif
utama TH sehingga berjaya mengisytiharkan hibah walaupun keuntungan
tidak mencukupi, bertentangan dengan Akta Tabung Haji 1995.

Pihak polis sedang membuat siasatan mengikut Seksyen 420 dan 409 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Selain
itu, SPRM juga sedang menyiasat ahli lembaga pengarah dan pengurusan
yang lama. Lebih banyak laporan polis akan dibuat pada masa hadapan
berkaitan dengan kerugian yang dialami oleh TH.



b) Melanggar Akta Tabung Haji 1995
Mantan
gabenor Bank Negara Malaysia, Zeti Akhtar Aziz pernah menulis surat
kepada mantan menteri yang bertanggungjawab pada 23 Disember 2015 untuk
memberi amaran bahawa TH mengalami masalah kekurangan aset.

Walau
bagaimanapun, kerajaan tidak mengambil iktibar daripada amaran tersebut
dan terus membenarkan TH membayar hibah (dividen) yang tinggi, walaupun
keuntungannya tidak mencukupi.

Melihat laporan kewangan TH tahun
2017, mencatatkan kemerosotan nilai sebanyak RM120.4 juta sahaja, maka
seolahnya TH tiada kerugian dan serta asetya melebihi liabiliti termasuk
kerugian, namun hakikat sebenarnya ukur rujuk kemerosotan nilai telah
diubah, menyalahi standard piawaian perakaunan yang dipakai oleh TH
sendiri iaitu menurut Financial Reporting Standard Consensus no 14 di
bawah ‘impairment’ mengkehendaki TH merekodkan semua ini sebagai
kerugian, apabila ia dikembalikan menurut standard yang betul,
kemerosotan nilai tahun 2018 menokok sebanyak 12.5 kali ganda sehingga
menjadi RM1.507 bilion.

Inilah yang menjadikan TH kekurangan aset berbanding liabiliti serta menyekat pemberian hibah yang lebih besar.

c) Politik ekonomi dalam dan luar negara

Faktor
politik dan ekonomi dalam negara dan juga faktor ekonomi luar negara
seperti Federal Reserve USA menaikkan kadar faedahnya sebanyak 4 kali
pada tahun 2018, naik dari 2 peratus kepada 2.25 peratus, ini
menyebabkan pelabur global mengutamakan Pasaran Saham USA yang lebih
menyakinkan berbanding pasaran negara-negara membangun termasuk
Malaysia, Trade War di antara China & USA turut beri kesan besar
kepada kesatabilan pasaran saham.

Begitu juga juga kekalutan isu
Brexit yang pengaruhi seluruh pasaran saham serantau termasuk Asia. Ini
tentunya menjadi salah satu penyebab tambahan bagi jatuhnya nilai
pelbagai saham yang dipegang oleh TH juga.

Tidak dinafikan,
perubahan kerajaan PH dari BN buat pertama kali dalam sejarah Malaysia
turut menambah lagi perisa ketidaktentuan pasaran saham di Malaysia. Ia
perkara lumrah bagi sebuah perubahan besar dalam sesebuah negara.

Tak untung cuma pusing wang penyimpan

Menurut CEO Tabung Haji Zukri Ab Samat dalam sidang media pengumuman hibah, akta TH menghadkan pemberian hanya pada lebihan (surplus)
aset berbanding liabiliti, maka walaupun keuntungan semasa TH adalah
RM2.014 bilion, tetapi jumlah yang boleh diagihkan berdasarkan Akta TH
(bagi memastikan agar liabiliti tidak lebihi asset lagi) hanayalah RM913
juta sahaja. Itulah jumlah yang membentuk 1.25 peratus hibah tahun 2018
yang terendah dalam sejarah.

Dijelaskan juga oleh pengurusan
terkini TH, sejak beberapa tahun dahulu TH mampu memberikan hibah tinggi
kerana wujud manipulasi piawaian perakaunan TH dan juga ketidaktepatan
kedudukan akaun TH.

Akibatnya hibah bagi beberapa tahun lalu
adalah datang dari wang depositor bukannya dari untung perniagaan
sebenar. Ia adalah resepi keruntuhan TH sekiranya diteruskan serta tidak
diperbaiki dan diperbetulkan.

Bermakna, hibah tinggi masih boleh
diberi tetapi dengan cara melanggar akta TH, mengubah ambang
kemerosotan nilai secara salah sekaligus melanggar piawaian perakauan TH
sendiri dan menggunakan deposit penyimpan.

Ini semua kalau
dilakukan pada tahun 2018, pasti boleh memberikan lebih dari 6 peratus
hibah tetapi ia salah di sisi undang-undang dan juga syarak serta
menjatuhkan standard TH seperti skim cepat kaya pak man telo yang
menggunakan duit pelabur awal untuk membayar pelabur terkemudian, bukan
didasari oleh untung perniagaan tetapi memusing-musing wang penyimpan.

Kerajaan biaya kos selamatkan TH

Berdasarkan
maklumat dari sidang akhbar TH, Iaitu melalui suntikan dana bersih
sejumlah RM17.8 bilion ke dalam TH akan dibiayai oleh kerajaan dalam
tempoh 10 tahun, iaitu dari tahun 2020 sehingga tahun 2030.

Kerajaan
menerusi sebuah syarikat tujuan khas atau special purpose vehicle
(SPV), iaitu Urus Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang diketuai oleh CEO yang baru
dilantik iaitu Izad Shahadi, membeli aset TH yang kini bernilai hanya
RM9.7 bilion dengan harga yang lebih tinggi pada RM19.9 bilion.

Pembayaran RM19.9 bilion ini terdiri daripada:

a. RM10.0 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.05% setahun bertempoh 7 tahun.

b. RM9.6 bilion dalam bentuk sukuk berkupon sifar dengan pulangan 4.10% setahun bertempoh 10 tahun.

c. RM0.3
bilion dalam bentuk bayaran tunai yang dijana menerusi aset RM9.7
bilion yang telah dijual kepada SPV (dividen dan sewa yang diperolehi).

Dengan
penerimaan aset-aset bernilai RM19.9 bilion, nilai aset TH akan
bertambah dan melebihi liabilitinya sambil mematuhi piawaian yang
sepatutnya.

Dengan peningkatan nilai asetnya, TH akan terus mampu membayar hibah menurut keuntungan yang diperolehi pada masa depan.

Dengan kata lain, kerajaan akan menanggung beban kewangan sebanyak RM19.6 bilion untuk menyelamatkan TH.

Kos
yang akan ditanggung oleh kerajaan ke atas sukuk bernilai RM19.6 bilion
tersebut dianggarkan sebanyak RM7.9 bilion, dan ini juga akan dibiayai
oleh kerajaan. Ini menjadikan tanggungan kasar kerajaan untuk
menyelamatkan TH sebanyak RM27.5 bilion yang disandarkan kepada aset
bernilai RM9.7 bilion.

Selepas menolak nilai aset sebanyak RM9.7
bilion, kerajaan akan membuat suntikan dana bersih sebanyak RM17.8
bilion ke dalam TH yang akan dibayar dalam tempoh 10 tahun.

Berdasarkan kenyataan CEO TH, rumusannya keadaan TH sekarang adalah:

  • Defisit telah berjaya ditutup. Hibah boleh diagihkan mengikut Akta Tabung Haji.
  • Semua kerugian rosot nilai telah direkodkan. Dijangka tiada lagi kejutan di masa hadapan.
  • Kedudukan kewangan telah pulih. Pulangan yang stabil daripada aset yang berdaya saing.
  • Sokongan daripada kerajaan melalui peruntukan tahunan diberikan untuk memastikan semua sukuk ditebus semula oleh SPV.
  • Hak keutamaan dimiliki TH yang mana TH boleh mengambil semula aset yang telah dipindahkan setelah dipulihkan.
  • Tadbir
    Urus dan ketelusan yang lebih baik. Pengawalseliaan yang diperkukuhkan
    serta pengurusan pelaburan dan risiko yang lebih mampan.
  • Subsidi haji masih ada bagi mereka yang ingin menunaikan haji termasuk pengiring.
  • Simpanan penyimpan semua selamat malah dijamin 100 peratus oleh kerajaan.
  • Aset
    yang dipegang oleh SPV Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB) kini diuruskan
    sendiri oleh UJSB yang diketuai oleh CEO Melayu Muslim bernama Izad
    Shahadi Mohd Sallehuddin dengan dibimbing oleh 5 orang ahli Lembaga
    Pengarah yang semuanya Islam. Prokhas dan CEO berbangsa Cina tiada lagi
    peranan dalam hal ini.
  • Keputusan besar dan penting berkaitan
    urusan TH semuanya dibawa ke kabinet menteri dan tiada sama sekali
    dikawal oleh menteri kewangan atau mana-mana bukan muslim. TH adalah di
    bawah tugasan perdana menteri dan menteri hal ehwal agama sahaja.
Pandangan
saya bagi pendepositor, bagi sesiapa yang menyimpan untuk menunaikan
haji, terlebih baik untuk mereka kekal dalam TH bagi melunaskan hasrat
mulia dan kewajiban haji terbabit serta mendapat subsidi haji dari TH.

Bagi
penyimpan untuk keuntungan yang lain dari itu termasuklah 1.3 peratus
penyimpan kaya di TH yang merupakan pemegang RM37 bilion daripada
keseluruhan jumlah simpanan RM74 bilion wang penyimpan, bertenanglah
sekejap dan kemudian dengar dan fahami penjelasan pihak Tabung Haji dan
bukan orang politik dari mana-mana parti politik sama ada pembangkang
atau kerajaan (mereka saling melobi sokongan).

Sebaiknya fahamkan penjelasan CEO Tabung Haji Zukri Samad sebagaimana yang beliau huraikan dalam suatu sidang media.

Biarlah kita mengambil maklumat dari bukan orang politik, ia lebih terpercaya.
Jika masih tidak percaya, maka duit simpanan itu adalah duit anda, anda paling berhak menentukan keputusan terbaiknya.

Tahniah
bagi mereka yang mampu membaca dan berusaha faham dari awal sehingga di
para terakhir ini. Semoga hidayah dan kebenaran milik kita bersama.


DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN ialah Prof Adjung Unisel dan juga Pengarah Urusan Elzar Shariah Solution.
Tulisan ini asalnya hantaran di media sosial beliau dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...