Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, April 7, 2019

#RomeStatute4Malaysia # PEMBENTANGAN KEPADA MAJLIS RAJA RAJA : AGENDA TERSEMBUNYI SESETENGAH PIHAK?

Dr M akan lebih hebat, garang bila dicabar - Mukhriz: Siapa tak kenal Mahathir, beliau seorang yang pantang dicabar, kata Mukhriz.



#RomeStatute4Malaysia

PEMBENTANGAN KEPADA MAJLIS RAJA RAJA : AGENDA TERSEMBUNYI SESETENGAH PIHAK?


Seperti yang dijanjikan, di sini kami lampirkan rumusan eksekutif
kertas kerja yang dibentangkan kepada Majlis Raja Raja pada 2hb April
2019 untuk menolak Statut Rom.

Pembentangan ini dibuat oleh 4 orang ahli akademik iaitu;

1. Prof Dato Dr Rahmat bin Mohamad
2. Prof Madya Dr Shamrahayu Ab. Aziz
3. Dr. Fareed bin Mohd Hassan
4. Hisham Bin Hanapi


Hujah hujah yang diketengahkan di dalam kertas ini juga hampir sama
dengan hujah yang diketengahkan oleh Tunku Mahkota Johor di laman
Facebook baginda pada hari jumaat, 5hb April 2019.

Persoalan
pertama yang timbul adalah, mengapa konsultasi ini dijalankan secara
sulit, tanpa diketahui rakyat jelata apabila sebenarnya Statut Rom ini
adalah perlindungan kepada rakyat jelata daripada kekejaman pemerintah.


Hujah hujah di dalam kertas tersebut sungguh berat sebelah apabila
hujah hujah tersebut hanya membincangkan soal mengapa majlis raja raja
perlu menolak Statut Rom.

Kami membuat pendedahan ini untuk
menimbulkan satu wacana antara semua peringkat termasuk ahli akademik.
Ahli akademik perlu memberikan hujah mereka supaya Majlis Raja Raja dan
rakyat jelata tidak dikelirukan dengan kelompok ini yang ternyata
membuat pembentangan hanya untuk meyakinkan Majlis Raja-Raja untuk
menolak Statut Rom. Sebagai ahli akademik yang beretika, mereka perlu
memberikan kebaikan dan keburukan Statut Rom untuk dipertimbangkan oleh
Majlis Raja-Raja dengan sewajarnya. Kami juga membuat pendedahan ini
supaya ahli akademik ini boleh tampil memberikan penjelasan dan berdebat
dengan sihat. Mereka inilah punca kekeliruan yang sebenarnya.


Kertas kerja ini menimbulkan keraguan apabila perbandingan dibuat dengan
Maharaja Wilhelm II dan Maharaja Hirohito. Apakah ahli-ahli akademik
ini buta sejarah? Kedua-dua maharaja ini jelas terlibat dalam Perang
Dunia. Mengapa perlu disamakan raja-raja kita dengan dua maharaja ini
dimana raja-raja kita jelas memegang teguh kepada prinsip kedaulatan
undang undang? Peralihan kuasa pada 9 Mei 2018 adalah bukti yang kukuh
bahawa raja-raja kita memegang teguh kepada prinsip kedaulatan
undang-undang.

Dalam hujahan mengenai etnik Rohingya, pada 19
September 2018, Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah memulakan siasatan
awal ke atas Myanmar atas laporan yang telah dibuat oleh kerajaan
Bangladesh.

Pada 13 July 2018, Mahkamah Jenayah Antarabangsa
(PTC 1) telah bersidang dan telah mengeluarkan keputusan memerintahkan
pendaftarnya "untuk mewujudkan, secepat mungkin, sistem maklumat awam
dan outreach activity ke Palestine untuk manfaat mangsa dan komuniti
terjejas di Palestin. Perkara ini terpaksa dilakukan untuk menggalakkan
mangsa dalam keganasan Palestine berpartisipasi dalam prosiding Mahkamah
tersebut. Statut Rom memberikan hak kepada mangsa untuk tampil memberi
keterangan semasa Kes berlangsung di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
Untuk menggalakkan mangsa mangsa tersebut tampil memberi kenyataan,
outreach activity ini ke Palestine adalah satu langkah yang patut
dilakukan.

Fakta fakta ini sengaja disembunyikan untuk
menunjukkan seolah-olah Mahkamah Jenayah Antarabangsa itu adalah tidak
boleh terpakai langsung. Malah ahli ahli akademik ini juga mengakui
bahawa MH 17 sedang disisasat oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa.


Malah Presiden Amerika Syarikat , Donald Trump telah menarik balik visa
yang diberikan kepada Pendakwa Raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada 5
April 2019 kerana Mahkamah tersebut telah memulakan siasatan ke atas
keganasan yang dilakukan oleh Amerika di Afghanistan dan juga kerana
siasatan telah dibuka ke atas Israel.

Kami berpendapat bahawa
perlu ada perdebatan yang sihat di semua peringkat kerana isu ini
melibatkan rakyat Malaysia . Hujah-hujah ini perlu diperdebatkan untuk
mengelakkan kekeliruan.

Kami juga telah memulakan petisyen untuk
menyokong Statut Rom sebagai perlindungan kepada rakyat Malaysia dan
kami berpendirian bahawa kedaulatan raja-raja tidak akan tercabar.

Link petition : http://chng.it/Hkc7VdLgqn


Kami menyeru ahli-ahli akademik untuk menyertai perdebatan ini dan
memberi penerangan kepada rakyat supaya dapat membetulkan kekeliruan
yang berlaku.

Terima kasih

Daripada 9 orang anak muda Malaysia.

Asheeq Ali Bin Sethi Alivi
Ainina Sofia Binti Adnan
Nurhuda Binti Ramli
Suhail Wan Azahar
Ahmad Taqiyuddin Shahriman
Wong Yan Ke.
Chong Kar Yan
Nik Azura Nik Nasron
Siti Nurizzah binti Mohd Tazali







Imej mungkin mengandungi: teks  

Imej mungkin mengandungi: teks  



Imej mungkin mengandungi: teks

Imej mungkin mengandungi: teks



Imej mungkin mengandungi: teks



Imej mungkin mengandungi: teks

Imej mungkin mengandungi: teks

Imej mungkin mengandungi: teks

Imej mungkin mengandungi: teks

Imej mungkin mengandungi: teks




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...