Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, April 12, 2019

Isu MB Johor: Politik mesin hawa nafsu masih bermaharajalela

Isu MB Johor: Politik mesin hawa nafsu masih bermaharajalela: ULASAN | Adakah Osman Sapian mangsa tarik tali percaturan politik Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim dan istana?



Ismail Hashim Yahaya  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
 
 
ULASAN | Osman Sapian meletakkan jawatan menteri besar Johor. Demikian disahkan oleh Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Apakah komen yang kita terima daripada perletakan jawatan itu.

A Kadir Jasin berkata tindakan Sapian demi kebaikan rakyat Johor.



Kenyataan beliau dalam Malaysiakini
ialah: “Apa guna mereka bermegah-megah dengan slogan dan identiti
negeri kalau mereka tidak ada digniti. Orang Johor berhak mendapat
menteri besar yang mampu menaikkan maruah mereka. Menteri besar yang
mewakili keseluruhan rakyat jelata Johor dan bukan kelompok tertentu."
Tambah
beliau lagi, “tetapi hak itu akan menjadi tidak berguna dan akhirnya
hilang apabila wakil yang mereka pilih berubah daripada menjadi wakil
rakyat kepada boneka pihak-pihak tertentu."


“Beliau tidak
mentadbir Johor berasaskan suara majoriti, tetapi terus tunduk kepada
kepentingan sempit golongan elit dan berduit."


Bersatu Johor mungkin terlepas
Terdahulu dalam artikel The Star
pada 8 Disember 2018, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim
mendedahkan bahawa terdapat langkah daripada seorang individu ingin
menjatuhkan Osman sebagai menteri besar.


Osman, yang merupakan
ahli dewan uandangan negeri Kempas dan pengerusi negeri bagi Bersatu
telah menerima kritikan daripada pelbagai pihak berhubungan isu Pulau
Kukup.


Tidak dipastikan adakah yang dimaksudkan Tunku Mahkota Johor itu ialah ahli Majlis Tertinggi Bersatu A Kadir Jasin.

Saya juga tertarik kepada komen kedua yang dibuat oleh saudara Abdullah Fahmin dalam Malaysiakini.


Baca berkaitan:

Jelasnya
pergelutan politik ini dilihat bukanlah antara calon antara parti untuk
jawatan menteri besar Johor, tetapi antara percaturan dan pengaruh Dr
Mahathir, Anwar Ibrahim dan istana.
Abdullah menerangkan
walaupun calon Bersatu ini mungkin lebih berkualiti berbanding Osman dan
calon menteri besar PKR, keadaan seakan tidak menyebelahi Bersatu
Johor. Dan Bersatu Johor mungkin akan terlepas.


Beginilah dinamika
politik, calon yang berwibawa dan berkualiti, mungkin akan gagal
dinobatkan sebagai menteri besar kerana faktor pengaruh elit politik.


Ada
dua bentuk wacana daripada pandangan yang dikemukakan oleh penulis ini
iaitu pertama dakwaan Kadir bahawa bekas menteri besar tidak komited
berkhidmat kepada rakyat dan beliau menjadi boneka kalangan elit
tertentu.


Wacana kedua ialah pergelutan politik di Johor adalah
merupaka tarik tali belakang tabir antara tiga pihak dalam PH iaitu dari
kem Mahathir, Anwar dan melibatkan pihak istana.


Sejauh
manakah peranan Osman dalam memperjuangkan hak rakyat jika dikaitkan
dengan isu Sungai Kim-Kim dan status Pulau Kukup akan kekal sebagai
Taman Negara Johor meskipun dimasukkan ke Jadual ke II Enakmen Tanah
Kesultanan.


Atau Osman adalah mangsa tarik tali antara pihak-pihak tertentu di Johor?

Jika
wujudnya unsur-unsur membelakang rakyat demi menjaga kepentingan
tertentu atau main catur di belakang tabir antara dua atau tiga pihak,
ini bermakna ia bukan lagi pertimbangan rasional demi rakyat tetapi
keputusan hasrat yang mengambil alih.


Hasrat yang mengutamakan
kepentingan pihak tertentu dengan mengesampingkan rakyat yang mengundi
kemenangan PH dalam pilihan raya lepas.


Daripada apa yang saya lihat nampaknya politik hasrat masih bermarajalela dalam era PH ini. 

Walaupun
tidak dinafikan politik memerlukan hasrat untuk berkuasa tetapi jika
hasrat untuk memenuhi kumpulan tertentu atau pergelutan berlaku dari
pihak-pihak tertentu dari belakang tabir, apalah ertinya harapan rakyat
kepada sebuah pakatan ini.


Konsep mesin hasrat
Saya teringat pula kepada sebuah buku karya Felix Guattari “The Molecular Revolution" menggunakan istilah mesin untuk dikaitkan dengan hasrat atau hawa nafsu.

Kenapakah Guattari menggunakan konsep mesin itu? 

Ini
kerana bagi beliau mesin adalah menghasilkan produk atau akan terus
menghasilkan produk (tidak kira yang boleh dilihat atau sebaliknya)
secara berterusan sehinggalah ia diganti setelah rosak.


Pandangan
Guatatri ialah konsep mesin akan terus menghasilkan produk secara
pengulangan dan dikuasai oleh kekuasaan tunggal (mungkin merupakan sang
kapitalis dalam korporat dan industri atau nafsu syahwat) demi mencapai
tujuan tertentu dan untuk memberikan kesan tertentu.


Maka mesin
hasrat beroperasi lagi. Mesin ini akan terus memproses hasrat yang tidak
mengutamakan rakyat. Jika tidak dikawal, ia menjadi mesin hawa nafsu
yang obses kuasa tiada sempadannya.


Politik hasrat adalah hawa nafsu atau “the desiring machine’ yang diamalkan oleh elit pemerintahan lepas yang dapat dilihat dalam kes Felda dan Tabung Haji.

Ini
kerana politik hawa nafsu ini adalah mesin tenaga libido iaitu naluri
tidak sehingga yang telah membawa negara ke kancah hutang kronik dengan
amalan kleptokrasi.


Situasi ketidakpuasan abadi inilah yang
menjadi dasar kepada hasrat, hawa nafsu dan naluri menjadi mesin yang
beroperasi dengan semahunya.


Ini kerana hasrat yang tanpa akhir
ini sentiasa menemukan hubungannya yang gelap pekat dan hitam dengan
mesim-mesin kekuasaan dalam negeri dan negara.


Kemelut kepimpinan
di Johor diharapkan tidak terjebak oleh pergulatan mesin hasrat dan
politik nafsu yang membelakangkan kepentingan rakyat dan bukannya
memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu.



ISMAIL HASHIM YAHAYA ialah pensyarah Jabatan Komunikasi, Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (Unisel).
Ulasan ini pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...