Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, April 10, 2019

Kerajaan setuju suntik lebih RM6 bilion untuk pulih Felda


 

Haspaizi Zain  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

   
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan sedia
memberi bantuan sebanyak RM6.23 bilion dalam bentuk geran, pinjaman dan
jaminan kerajaan secara berperingkat bagi memulihkan kembali Felda.

Beliau
berkata, bantuan itu adalah bertujuan untuk melaksanakan
inisiatif-inisiatif yang akan dilaksanakan bagi memperkasakan kembali
institusi berkenaan.

"Sehubungan dengan ini, saya ingin merakamkan
ucapan penghargaan kepada Perdana Menteri (Dr Mahathir Mohamd) yang
telah mengambil peduli tentang masalah peneroka Felda dan masa depan
Felda.

"Felda memerlukan sistem kewangan yang baru dan lestari.
Kedudukan kewangan semasa Felda perlu distruktur semula dengan kadar
segera melalui penstrukturan semula pinjaman dengan institusi kewangan
dan rasionalisasi aset.

"Kegagalan menstrukturkan semula pinjaman
FELDA akan mendedahkan FELDA kepada pembayaran pinjaman dan kadar
faedah berjumlah RM2.5 bilion untuk tahun 2019," katanya ketika
membentangkan kertas putih ke aran pelastarian Felda di Parlimen, hari
ini.

Antara penyusun semula yang dilakukan terhadap Felda ialah,
melantik kepimpinan baru Felda yang terdiri daripada golongan
profesional, berwibawa dan berintegriti.

Azmin berkata, Felda
bertekad untuk melahirkan peneroka baru yang mahir dan inovatif bagi
meningkatkan pendapatan melalui aktiviti pertanian dan ternakan
menggunakan teknologi baru seperti ‘smart farming’ dan ‘precision
agriculture’.

Bagi melaksanakan program itu sebanyak RM1 bilion diperuntukkan kerajaan untuk tempoh empat tahun.

Selain
itu katanya, bagi tahun 2019, kerajaan telah meluluskan sejumlah RM480
juta untuk tujuan pembiayaan Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil.

"Merasai
denyutan nadi peneroka, kerajaan bersetuju untuk menghapuskan kadar
faedah di atas Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil yang dibebankan
kepada peneroka. Bantuan kerajaan ini dianggarkan berjumlah RM2 bilion.


"Kerajaan juga amat prihatin terhadap masalah perumahan generasi
kedua Felda (Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang terbengkalai
sekian lama tanpa pembelaan daripada kerajaan lama.

"Sebagai
sebuah kerajaan yang peduli generasi baru Felda, Kerajaan Pakatan
Harapan (PH)bertekad untuk menyiapkan 4,794 unit rumah yang tahap
kemajuannya 70 peratus dan ke atas. Untuk tujuan ini, kerajaan
meluluskan sebanyak RM250 juta bagi tahun 2019," katanya.

Berita berkaitan:

FGV, FIC punca utama masalah Felda

Lapan transaksi Felda di bawah penelitian

Peneroka jadi tuan tanah dengan model baru Felda


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...