Isu
perlantikan Menteri Besar (MB) dan campur tangan Istana sekali lagi
mendapat perhatian. Kali ini membabitkan negeri selatan tanah air
susulan peletakan jawatan Datuk Osman Sapian, sehingga mencetus
perdebatan mengenai pelantikan pengganti.
Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad, menegaskan pelantikan itu sepatutnya menjadi urusan
parti politik yang menang pada pilihan raya dan pihak Istana tidak
berhak untuk campur tangan.
Jika dilihat secara keseluruhan di bawah perlembagaan sama dalam negara
demokrasi, semua pihak termasuk Raja-Raja tertakluk di bawah
Perlembagaan. Tiada siapa mempunyai hak mutlak. Era kuasa mutlak
sebenarnya sudah berakhir.
Sokongan majoriti ahli
Perkara 3(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor (Bahagian Kedua)
menyebut Menteri Besar perlu mempunyai beberapa kelayakan tertentu. Ini
disebut secara jelas dalam Perkara 4(2) bahawa calon dipilih mestilah
seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang pada pertimbangan baginda
boleh mendapat sokongan majoriti ahlinya.
Semua keperluan disebut menunjukkan budi bicara Sultan bukanlah mutlak.
Walaupun disebut perkataan ‘mengikut pertimbangan’, Sultan tidak
mempunyai budi bicara mutlak disebabkan adanya keperluan untuk
‘mendapatkan sokongan majoriti ahli’.
Pertimbangan Sultan
sebaliknya mesti dibuat dengan mengambil kira fakta politik. Dalam hal
ini hanya parti atau pakatan yang mempunyai majoriti mutlak berhak
memilih seorang pemimpin untuk dilantik sebagai Menteri Besar.
Perkara ini pernah disebut Sultan Azlan Shah menerusi tulisannya The Role of Constitutional Rulers in Malaysia yang menyatakan:
“biarpun
benar bahawa pelantikan seseorang Menteri Besar adalah prerogatif
Sultan, baginda tidak bebas untuk melantik sesiapa yang disukai. Apabila
parti yang memenangi majoriti kerusi memutuskan untuk mencalonkan
seorang daripada ahlinya, Sultan terbabit tidak mempunyai pilihan
kecuali melantiknya.”
Ini jelas menunjukkan kegagalan mematuhi
konvensyen ini akan menyebabkan Sultan terbabit dalam politik partisan.
Dewan Undangan Negeri (DUN) mungkin boleh meluluskan undi tidak percaya
terhadap Menteri Besar yang baru dilantik. Jika perkara itu berlaku,
pasti boleh memalukan baginda dan seterusnya membawa kepada krisis
Perlembagaan.
Pertimbangan ikut budi bicara
Bagaimanapun, sesetengah situasi mengizinkan baginda membuat
pertimbangan mengikut budi bicara tersendiri. Antaranya jika kedudukan
DUN ‘tergantung’ dan tiada mana-mana pihak memiliki majoriti, selain
pihak majoriti berbelah bahagi dalam soal pemilihan ketua. Hal sama
berlaku jika terdapat gabungan dan ia berbelah bahagi dalam pemilihan
ketua.
Ketika berlaku pembubaran juga, Menteri Besar meninggal
dunia atau meletak jawatan, maka Sultan mempunyai kuasa untuk memilih
Menteri Besar sementara.
Artikel 4(2) dan 7(2) (a) mengenai
pelantikan Menteri Besar oleh Sultan, mestilah dibaca dengan mengambil
kira kandungan Perlembagaan yang mengandungi ciri-ciri demokrasi berikut
(a) Menteri Besar bukan wizir/wazir peribadi kepada Sultan, tetapi
dipilih DUN;
(b) Menteri Besar dan EXCO perlu menjawab kepada DUN, bukan
kepada Sultan: Artikel 4(5); (c) terdapat DUN yang dipilih: Artikel 15;
(d) Menteri Besar boleh dipecat oleh DUN melalui undi tidak percaya:
Artikel 4(6); dan
(e) Sultan adalah Raja Berperlembagaan yang mesti
bertindak atas nasihat yang dikawal situasi tertentu apabila budi bicara
diperlukan.
Tiada kuasa bubarkan DUN
Timbul juga persoalan adakah Sultan memiliki kuasa untuk membubarkan DUN? Jawapannya tidak.
Perkara 23 menyebut baginda mempunyai kuasa untuk memulakan dan
menangguhkan DUN, tetapi atas nasihat. Begitu juga dengan Perkara 23(2)
yang menyebut baginda mempunyai kuasa untuk membubarkan pada peringkat
pertengahan, walaupun DUN belum berakhir, tetapi juga atas nasihat dan
ini tertakluk kepada Perkara 7(1).
Jika Sultan boleh membubarkan
DUN atas kehendaknya, pilihan raya yang dilakukan adalah tidak bermakna
walaupun wang berjuta ringgit dihabiskan. Semua suara rakyat tidak
memberi sebarang kesan.
Secara perundangan, Perdana Menteri juga
tidak mempunyai sebarang peranan terhadap pelantikan seseorang Menteri
Besar kerana ia mesti dibuat oleh Sultan.
Tetapi jika Perdana
Menteri terbabit adalah ketua parti atau pakatan yang sama menguasai
dewan negeri, beliau boleh mempengaruhi pemilihan ketua DUN yang juga
berhak untuk dilantik sebagai Menteri Besar.
Penulis adaah Pakar Undang-undang Perlembagaan, Professor Undang-Undang Universiti Malaya

No comments:
Post a Comment