Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, April 11, 2019

PH uruskan dengan baik projek kos tinggi BN, kata pakar

PH uruskan dengan baik projek kos tinggi BN, kata pakar: Kerajaan baru mengambil langkah berani dengan membatalkan beberapa projek dan menyemak serta melakukan rundingan semula.



Nurul Hanis Izmir, Bernama  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

   
Kerajaan Pakatan Harapan yang bakal menyambut ulang tahun setahun
pentadbirannya telah membatalkan beberapa projek yang diberikan oleh
kerajaan terdahulu dan sedang menyemak semula dan melakukan rundingan
semula beberapa projek untuk memastikan kosnya munasabah.

Setakat
ini, sebanyak 121 projek infrastruktur bernilai RM13.93 bilion di
seluruh negara yang ditawarkan menerusi rundingan terus dan tender
terhad oleh kerajaan terdahulu telah menjalani rundingan semula dan
hasilnya sebanyak RM809.55 juta berjaya dijimatkan.

Ini tidak
termasuk projek mega seperti Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dengan kos
RM31.65 bilion dan Transit Aliran Massa 2 (MRT2) berharga RM39.35
bilion.


Kerajaan berjaya mengurangkan kos
kedua-dua projek itu masing-masing kepada RM16.63 bilion dan RM30.53
bilion, sekali gus memastikan penjimatan sebanyak RM23.84 bilion kepada
kewangan negara.

Kerajaan turut mengambil langkah berani dengan
membatalkan projek Saluran Paip Pelbagai Produk, Saluran Paip Gas Sabah
dan satu lagi saluran paip menghubungkan Melaka ke loji penapisan dan
petrokimia Petronas di Johor.

China Petroleum Pipeline Engineering
Co Ltd akur dengan keputusan kerajaan itu dan akan membincangkan
pampasan dengan kerajaan Malaysia.

Kerajaan turut membatalkan
lesen operasi pelabuhan diberikan kepada KAJ Development Bhd, pemaju
pelabuhan laut dalam bersepadu di Melaka Gateway, tetapi syarikat itu
telah memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi berhubung perkara
itu.

Antara projek besar yang sedang disemak semula atau diadakan rundingan semula adalah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Wujud
kebimbangan bahawa semua projek berprofil tinggi itu tidak akan
memanfaatkan Malaysia dan kerajaan tidak mendapat perjanjian terbaik
baginya.

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini, rakan
kongsi kanan firma guaman Shook Lin & Bok, Jal Othman, berkata
meskipun prinsip am bagi kesucian kontrak itu perlu dipatuhi dan
dihormati, undang-undang dalam keadaan terbatas tetap memberikan ruang
kepada pihak yang terkilan untuk keluar daripada kontrak yang dimeterai.

Satu
contoh jelas adalah apabila kontrak dimeterai oleh kerajaan itu
mengandungi atau wujud keadaan tidak sah dan boleh dipertikaikan di sisi
undang-undang.

“Rasuah, penipuan jenayah, salah guna kuasa dan
salah guna proses sebagai contohnya, mungkin akan menimbulkan keadaan
tidak sah di sisi undang-undang yang memadai untuk memberikan hak kepada
kerajaan untuk keluar daripada kontrak yang dimeterai sebelumnya,” kata
peguam yang mempunyai pengalaman hampir tiga dekad itu.


“Apa yang juga amat jelas adalah bahawa bukan
setiap kontrak yang “tidak adil” atau tidak munasabah boleh dielakkan
atau keluar daripadanya. Undang-undang digubal bukan untuk membantu satu
pihak, termasuk kerajaan, untuk keluar daripada urus niaga yang tidak
baik.

“Kerajaan perlu mendukung kontrak yang dimeterai kerajaan
terdahulu sekiranya harganya tidak terlalu tinggi atau tidak cukup
komersial dari segi terma kebolehlaksanaannya,” jelasnya

Jal
menjelaskan antara dua aspek iaitu tidak sah di sisi undang-undang dan
perjanjian tidak adil, wujud "ruang kelabu” yang kekal tidak diuji dalam
arena perundangan.

“Inilah ruang lingkup kontrak yang nyata
adalah tidak adil. Meskipun kontrak-kontrak ini bukannya tidak sah, ia
adalah jelas tidak adil dan tidak munasabah".

Beliau percaya
kerajaan tidak harus dipertanggungjawabkan ke atas kontrak yang telah
dimeterai atau diberikan, yang prestasinya jelas tidak menepati kehendak
pihak-pihak.

Syarikat konsesi sebaliknya tidak sepatutnya dikayakan secara tidak adil menerusi kontrak berkenaan, katanya.

Ruang
kelabu dalam arena perundangan sehingga kini kekal tidak diuji kerana
kita tidak menyaksikan sebarang perubahan dalam kerajaan yang mentadbir
sekarang, menerusi cara yang dilakukan pada 9 Mei, 2018, kata Jal.

Beliau percaya wujud merit dalam hujahan berhubung ketidakadilan yang nyata.

Kerajaan
adalah penjaga kebajikan awam dan ini termasuk dana awam. Bagaimana
kerajaan ketika itu menjalankan tugas penting sebagai penjaga dan
pemegang amanah dan pada masa yang sama mempertaruhkan kepentingan
rakyat dan dana awam kepada kontrak yang jelas tidak adil dan tidak
saksama?

Jal turut mengingatkan tentang persoalan pampasan yang perlu dibayar jika keluar daripada kontrak itu.

Prinsip
undang-undang pemulangan menuntut syarikat konsesi untuk mengembalikan
semua faedah yang diperolehi di bawah kontrak yang diisytiharkan batal.


“Bayaran wang mengikut nilai kontrak mungkin cara untuk mendapatkan
semula kredit yang telah diberikan bagi kerja yang telah dilaksanakan.

“Misalnya,
di mana terdapat ketidaksepadanan antara kemajuan kerja yang telah
dilaksanakan dengan bayaran kontrak yang telah dibayar, akan wujud kes
bagi pemulangan faedah-faedah yang diperolehi menerusi kekayaan yang
diraih syarikat konsesi secara tidak adil.

“Kita jangan lupa
bahawa kerajaan mempunyai hak untuk membatalkan kontrak seperti yang
terkandung dalam kontrak itu sendiri. Ini biasanya akan termasuk hak
(kerajaan) untuk merampas aset-aset di bawah kontrak dan hak untuk
membatalkannya atas alasan kepentingan negara.”

Perkara terakhir
dalam aspek undang-undang yang kompleks ini adalah layanan terhadap hak
pihak ketiga, katanya dan menurutnya pihak ketiga biasanya adalah pihak
pembiaya.

“Pihak pembiaya adalah pihak yang tidak bersalah bagi
sebarang kemelut antara kerajaan dan pihak konsesi. Mereka ada hak di
bawah kontrak yang kerajaan kini bercadang untuk keluar atau ketepikan.”

Jal
berpendapat sebarang langkah diambil oleh kerajaan untuk keluar
daripada kontrak perlu dibuat selepas mengadakan perbincangan
konstruktif dengan pihak pembiaya.

Dilaporkan
kos projek ECRL sepanjang 688-km telah dikurangkan antara RM34.4 bilion
dan RM41.3 bilion daripada kira-kira RM55 bilion ketika pertama kali
diumumkan oleh kerajaan terdahulu tiga tahun lepas.

Rundingan
semula projek itu diketuai bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin,
yang turut menyaksikan China, rakan negara bagi projek itu, komited
untuk membeli lebih banyak minyak sawit dan melabur dalam lebih banyak
projek di Malaysia.

Menyentuh perkara itu, Jal berkata terdapat begitu banyak nilai dan setiakawan yang perlu dilindungi oleh Beijing and Putrajaya.

Kedua-dua
kerajaan sememangnya berniat untuk menjalankan urus niaga yang adil dan
dihormati. Dan menjalankannya dengan cara yang betul. Sejarah akan
menghakimi kedua-dua negara menerusi faedah dan kebajikan yang dibawa
projek itu kepada rakyat masing-masing, tegasnya.

“Bukan menerusi
kontrak berat sebelah yang satu pihak mengambil kesempatan ke atas pihak
yang satu lagi. Kelebihan politik dalam melakukan perkara yang betul
untuk sebab yang betul pastinya terbukti jelas dan nyata.

“Dan
kerajaan China akan bergantung kepada komitmen Malaysia untuk menghukum
mereka yang berbuat salah dan memburu mereka yang bersalah dan
memastikan tiada pihak yang terlepas. Kerajaan yang sedang mentadbir
jelas sudah melakukan ini dengan beberapa pertuduhan dan prosiding
sedang berjalan di mahkamah, terhadap anggota kerajaan terdahulu,”
katanya.

Dalam temu bual dengan New Straits Times baru-baru
ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan
Harapan berjaya mengurangkan rasuah di negara ini sehingga sebanyak 90
peratus sejak mengambil alih Putrajaya tahun lepas.

Walaupun kes
rasuah berjaya dikurangkan, kerajaan, menurut beliau masih mengesan
“hampir tiada kesudahannya” amalan meragukan dalam pentadbiran
terdahulu.

- Bernama


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...