Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, April 10, 2019

FGV, FIC punca utama masalah Felda

Dalam tahun 1972, arwah ayahanda dan bonda mendapat panggilan FELDA di Air Tawar 1, kota Tinggi, Johor. Sebagai anak sulung, aku ratapi kesusahan ayananda dan bonda. Tapi kami bersyukur mempunyai tanah sebagai titipan anak dan cucu akan dtg. Drp berbaki gaji 20 sen setelah potongan barangan harian di kedai FELDA. Kami bangga jd anak FELDA. Hingga kami merasai bergaji RM5000 sebulan. Masa tu tak ada pun FGV. Hingga proses tanam semula sawit. Timbul pula TEKNOPlan.... Kini hanya hutang yg kami tanggung. Wpun kami beterima kasih kpd kerajaan terdahulu dibawah pimpinan Tun Abdul Razak. Semoga rohnya ditempatkan bersama2 orang yg beriman.



FGV, FIC punca utama masalah Felda: KERTAS PUTIH | Dua syarikat itu melakukan pelaburan 'agresif' dan 'tidak terkawal' yang tidak memberi pulangan.

News  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

   
KERTAS PUTIH | Keputusan
perniagaan buruk oleh Felda Global Ventures Bhd (FGV) dan Felda
Investment Corporation (FIC) merupakan punca utama masalah aliran tunai
yang dihadapi Felda kini.

Menurut Kertas Putih Felda, lembaga itu -
melalui syarikatnya FGV dan FIC - melakukan pelaburan 'agresif' dan
'tidak terkawal' yang tidak memberi pulangan seperti dijangka.

"Keputusan
dibuat tanpa perancangan atau 'due diligence', yang mendedahkan Felda
dan FIC kepada risiko kerugian ekoran pelaburan dalam syarikat yang
tidak strategik," menurut dokumen itu.

Kertas Putih itu - yang
melihat kedudukan kewangan Felda dari 2007 hingga 2017 - berkata Felda
mencatat keuntungan sehingga 2012.

Pada 2012, Felda membuat
penyenaraian FGV di Bursa Malaysia yang menjana RM10.5 bilion - Tawaran
Permulaan Awam (IPO) kedua terbesar untuk tahun itu.

Bahagian
Felda daripada jumlah itu adalah RM6 bilion. Daripada jumlah itu, Felda
hanya melaburkan RM1.4 bilion, atau 24 peratus, sementara bakinya
digunakan untuk perbelanjaan seperti bonus RM1.6 bilion kepada peneroka
pada 2012.

Ketika itu ada pihak mendakwa langkah itu sebagai cubaan membeli undi.

Dana
tersebut dikatakan membantu perkembangan Felda dan menyelesaikan isu
seperti mendanai skim untuk menggantikan pokok sawit yang sudah tua.

FGV juga sepatutnya terlibat dalam perladangan, logistik dan industri hiliran sebagai sinergi kepada perniagaan Felda.

 Syarikat itu bagaimanapun menggunakan RM4.5 bilion daripada
wang yang diraih ketika IPO, dan menggunakan 73 peratus (RM3.3 bilion)
untuk dilaburkan ke dalam syarikat yang tidak membuat keuntungan.
Bakinya digunakan untuk kos operasi.

Kertas
Putih itu tidak menyatakan secara terperinci berkenaan FGV, yang
sahamnya merosot 71.2 peratus daripada harga ketika penyenaraian iaitu
RM4.55.

Berkenaan FIC - syarikat pelaburan milik penuh Felda,
Kertas Putih menyatakan ia membelanjakan wang Felda untuk sektor bukan
perladangan seperti hospitaliti dan hartanah.

Felda malah turut menceburkan diri dalam industri jalur lebar internet.

Bagaimanapun
kedaan paling buruk FIC terkandung dalam rumusan audit forensik
terhadap lapan pelaburannya. Audit dilakukan oleh Ernst & Young,
yang diarahkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang kini memantau Felda.

Audit
forensik itu meliputi antaranya pembelian saham syarikat Indonesia PT
Eangle High Plantations TBK, urus niaga hartanah di UK, dan syarikat
farmaseutikal yang kini sudah tiada, Felda Wellness Corporation Sdn Bhd.

Kelemahan
yang dinyatakan dalam audit itu termasuklah pembayaran melebihi harga
pasaran, kegagalan memaklumkan lembaga pengarah Felda berkenaan
keputusan pelaburan, amalan perakaunan yang teruk, pengabaian laporan
risiko, dan pencabulan dasar pelaburan Felda.

Kertas Putih tidak
meletakkan kesalahan secara spesifik kepada mana-mana individu berkenaan
kegiatan FGV dan FIC. Bagaimanapun dokumen itu menyatakan kedudukan Isa
Samad selaku pengerusi lembaga Felda, FIC dan FGV sebagai konflik
kepentingan.

 "Situasi ini akan menimbulkan konflik kepentingan dan salah
laku tadbir urus yang akan mendorong kepada amalan dan etika kerja yang
tidak berintegriti," kata dokumen itu.
Menurut Kertas
Putih itu lagi, kegagalan FGV menjana pendapatan tahunan RM800 juta
seperti jangkaan sebelum IPO, serta kejatuhan harga minyak sawit,
menyebabkan Felda menanggung kerugian sejak 2013.

Kata dokumen itu
lagi, kejatuhan harga sawit bukanlah satu-satunya punca kerugian Felda
kerana lembaga itu menjana keuntungan pada 2008 ketika harganya sama
seperti 2017. Pada 2017, Felda mencatat kerugian terburuk - RM4.9
bilion.

Ia juga menyatakan hutang Felda meningkat daripada RM0.1
bilion pada 2007 kepada RM12.1 bilion pada 2017. Pada tahun itu, hutang
Felda telah melebih jumlah asetnya.

[Baca berita asal]

Berita berkaitan:

Peneroka jadi tuan tanah dengan model baru Felda

Kerajaan setuju suntik lebih RM6 bilion untuk pulih Felda


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...