Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, April 11, 2019

'Pelantikan MB bukan kuasa mutlak sultan'

sebagai pencerahan ilmu kpd anak cucu agar Kemakmuran Negara dan Kedaulat Negeri Johor terus disanjung dan didukungi.



'Pelantikan MB bukan kuasa mutlak sultan': ULASAN |



Dr Kamarul Zaman Yusoff  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

   
Sehubungan dengan isu pelantikan menteri besar baru Johor yang sedang
hangat diperkatakan sekarang, fakta-fakta yang ada di hadapan saya
menunjukkan bahawa pandangan beberapa pihak kononnya pelantikan itu
berada di bawah kuasa mutlak sultan atau raja-raja Melayu lain adalah
tidak benar.



Laporan Suruhanjaya Reid yang menggubal
perlembagaan negara sewaktu merdeka pada tahun 1957 dahulu mengakui pada
perenggan 177 bahawa perlembagaan-perlembagaan negeri - seperti
Perlembagaan Johor 1895 dan Perlembagaan Terengganu 1911 -
memperuntukkan pelantikan menteri besar oleh sultan dan
pertanggungjawaban beliau kepada sultan.



Keadaan ini
menyebabkan Suruhanjaya Reid menganggap raja-raja Melayu waktu itu
sebagai raja-raja tidak berperlembagaan dalam konteks kerajaan demokrasi
berparlimen dan perlu diubah kepada raja-raja berperlembagaan dengan
kuasa terbatas, iaitu tertakluk kepada nasihat menteri besar yang
bertanggungjawab kepada dewan undangan negeri (DUN).



Sebab
itulah dalam perlembagaan-perlembagaan negeri sekarang ada peruntukan
tetap yang menyebut bahawa “Raja boleh bertindak menurut budi bicaranya
pada melantik seorang menteri besar” dan bahawa lantikan itu hendaklah
daripada “seorang ahli dewan undangan yang pada hematnya mungkin
mendapat kepercayaan majoriti ahli DUN itu”.



Dan
peruntukan inilah yang ada dalam Perkara 4(2)(a) Perlembagaan Johor, dan
dalam perlembagaan-perlembagaan negeri lain, iaitu bahawa “the Ruler
shall first appoint as mentri besar to preside over the executive
council a member of the legislative assembly who in his judgment is
likely to command the confidence of the majority of the members of the
assembly”
.



Walaupun pernah berlaku beberapa insiden
raja-raja Melayu melantik seorang menteri besar yang tidak mendapat
kepercayaan majoriti anggota DUN, belum ada apa-apa cabaran di mahkamah
ke atasnya walaupun ada ura-ura mengenainya dalam pelantikan Azlan Man
sebagai Menteri Besar Perlis selepas PRU ke-14.



Begitupun,
Sultan Azlan Shah sewaktu masih menjadi Ketua Hakim Negara pernah
memberikan pandangan mengenai perkara ini dalam tulisan beliau yang
mula-mula disiarkan dalam JMCL [1982] 103-118, dan kemudian disiarkan
dalam buku Trindade & Lee pada 1986 dan buku koleksi tulisan dan
ucapan naginda pada 2004.

Elak salah tafsir


Dalam tulisan bertajuk The Role of Constitutional Rulers itu,
baginda menyebut bahawa, walaupun raja mempunyai budi bicara melantik
menteri besar, apabila parti yang memperolehi majoriti dalam PRU
mencalonkan salah seorang Adunnya sebagai menteri besar, raja tidak
mempunyai pilihan lain selain untuk menerima cadangan tersebut.



Tegas
baginda, jika seseorang raja mengetepikan hasrat parti dan melantik
Adun lain yang tidak mampu mendapat kepercayaan majoriti DUN, ia boleh
membawa kepada timbulnya undi tidak percaya yang akan menyebabkan raja
itu sama ada melantik Adun lain atau membubarkan DUN.



Malah,
baginda selaku Yang di-Pertuan Agong kesembilan bersama raja-raja
Melayu sebenarnya membuat perisytiharan mengenai perkara itu -
bersama-sama sembilan perkara lain - untuk "mengelakkan sebarang salah
tafsiran mengenai kedaulatan, hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa”
melalui Perisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan bertarikh 4 Julai
1992.



Berhubung soal “pelantikan menteri besar” (“appointment of menteri besar”), Agong kesembilan bersama raja-raja Melayu lain mengisytiharkan bahawa:



(1)
“Selaras dengan perlembagaan negeri, kita memperkenankan pencalonan
seorang yang mendapat kepercayaan sebilangan ahli-ahli dalam DUN sebagai
menteri besar (In accordance with the State Constitution, we shall
accept the nomination of a person who commands the confidence of the
majority of the members of the Legislative Assembly as the Menteri Besar
).



(2)
“Sekiranya tidak ada parti yang mendapat majoriti jelas di dalam DUN,
kita hendaklah menggunakan budi bicara kita dalam pelantikan tersebut
selaras dengan prinsip-prinsip tertentu (Where no party has a clear
majority in the Legislative Assembly, we shall exercise our own
discretion in such appointment in accordance with accepted
constitutional principles
).



(3) "Apabila kita tidak
puas hati atas kesesuaian orang yang dicalonkan sebagai menteri besar,
kita boleh merujuk pencalonan tersebut bagi dipertimbangkan semula oleh
pemimpin parti berkenaan untuk keputusan muktamad (When we have any
reservation as to the suitability of any person nominated as Menteri
Besar, we may refer the nomination for reconsideration by the leader of
the appropriate party for a final decision
)."



Lebih baru ialah pandangan anakanda Sultan Azlan Shah, Sultan Nazrin Shah, yang kini merupakan Sultan Perak.

Baginda menyebut dalam satu syarahan umum The Monarchy in Contemporary Malaysia anjuran
Institute Of Southeast Asian Studies Singapura pada 27 Julai 2004
bahawa, raja-raja melantik (tetapi tidak memilih) menteri besar.



Berdasarkan
kepada fakta-fakta tadi maka jelaslah, tidak benar kononnya pelantikan
seseorang menteri besar berada bawah kuasa mutlak sultan Johor atau
raja-raja Melayu yang lain.

Atau kononnya pencalonan seseorang
menteri besar memerlukan parti yang memperolehi majoriti dalam PRU
mencalonkan lebih daripada seorang nama.



Budi bicara hanya
timbul dalam keadaan tidak ada parti yang mendapat majoriti jelas di
dalam DUN. Begitu juga apabila terdapat ketidakpuasan hati atas
kesesuaian orang yang dicalonkan sebagai menteri besar yang membolehkan
ia dirujuk bagi dipertimbangkan semula oleh pemimpin parti berkenaan
supaya keputusan muktamad dibuat.



Hakikat bahawa telah
pernah berlaku beberapa insiden raja-raja Melayu melantik seorang
menteri besar yang tidak mendapat kepercayaan majoriti Adun atau meminta
parti yang memperolehi majoriti dalam PRU mencalonkan lebih daripada
seorang nama tidak boleh digunakan sebagai hujah untuk
melegitimasikannya.



Saya tidak bersetuju dengan sebarang
cubaan untuk merendahkan martabat, menjejaskan kedudukan atau
mengabaikan peranan raja-raja Melayu.

Saya juga berbeza dalam
banyak perkara dengan mereka yang turut lantang memperkatakan isu sama,
tetapi dalam perkara ini saya tidak ragu-ragu untuk bersama dengan Dr
Mahathir Mohamad.



Konsep kuasa mutlak bukan saja tidak
dapat dipertahankan dari sudut perlembagaan dan undang-undang negara,
malah tidak juga dapat dipertahankan dari sudut agama.


DR KAMARUL ZAMAN YUSOFF ialah pensyarah Universiti Utara Malaysia.
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...