Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, April 11, 2019

MP BN, PAS sokong Kertas Putih Felda @ Jutaaan terima kasih kepada semua ahli parlimen

MP BN, PAS sokong Kertas Putih Felda: PARLIMEN | 'Yang salah, tetap salah, yang betul tetap betul.. cuma jangan lupa masalah dihadapi peneroka,' kata wakil rakyat BN dari Jelebu, Jalaluddin Alias.



News  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
 
 
 


PARLIMEN | Pembangkang
BN dan PAS menyokong Kertas Putih Felda yang dibentangkan di Dewan
Rakyat oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali hari ini.
Dr
Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) berkata beliau menyokong kesediaan
kerajaan untuk menyalurkan peruntukan sebanyak RM6.23 bilion bagi
membantu Felda.

"Saya sokong RM6.23 bilion diberikan dengan segera kepada Felda dan ini perlu diberikan keutamaan.

"Cuma menteri bagilah pengiktirafan dalam konteks politik apa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

"61
tahun telah buktikan (Felda) telah berjaya membantu masyarakat Melayu,
Cina dan India yang tidak memiliki tanah," katanya pada sesi perbahasan
laporan Kertas Putih Felda di Parlimen, hari ini.

Sebelum itu,
pada sebelah pagi Azmin bagi pihak kerajaan membentangkan laporan Kertas
Putih Felda sekaligus mendedahkan kepincangan pentadbiran terdahulu
terhadap pentadbiran Felda.

Seramai 17 anggota parlimen membabitkan wakil kerajaan dan pembangkang telah mengambil bahagian pada sesi perbahasan.

Usul berkenaan diluluskan di Dewan Rakyat pada sebelah petang .

Tak boleh ungkap kesilapan lama
Jalaluddin Alias (BN - Jelebu) pula mengucapkan tahniah kepada kerajaan kerana berjaya membentangkan Kertas Putih berkenaan.
"Yang
salah, tetap salah, yang betul tetap betul, cuma saya nak hendak beri
pandangan kepada yang berhormat menteri jangan lupa masalah yang
dihadapi peneroka (harga komoditi).

"Ini perlu diberi keutamaan," katanya.

Seorang lagi wakil pembangkang, Awang Hashim berkata PAS menyokong Kertas Putih yang dibentangkan kerajaan hari ini.

Katanya,
PAS mengakui kelemahan tadbir urus yang berlaku dalam Felda oleh
pentadbiran lama, namun semua pihak perlu bersama dalam menangani isu
berkenaan.

"Walau macam mana pun, bila berlaku pasti ada kewujudannya (punca). Macam itulah Felda ia ada kerosakan bila sudah lama.

"Untuk melangkah ke hadapan kita tidak boleh terus ungkap kesilapan lama," katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...