Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, April 12, 2019

Kuasa raja adalah kuasa berdaulat

Pencerahan ilmu, inilah hikmah dan nikmat yang ALLAH anugerahkan kepada tanah air tercinta. Kerajaan didukungi, Rakyat Jelata dihormati , Raja-raja disanjung. 



Kuasa raja adalah kuasa berdaulat: Janganlah menjadi rakyat beremosi semata-mata.





Opinion  | 
Aminuddin Yahaya
Diterbitkan  | 
Dikemaskini
 
 
Sepanjang pentadbiran Dr Mahathir Mohamad sama ada sebagai perdana
menteri keempat mahupun sekarang, amat jarang rakyat melihat beliau
begitu emosi semasa mengadakan sidang media.

Bagaimanapun,
baru-baru ini sewaktu sidang media pengumuman penarikan kembali tanda
tangan untuk menerima Statut Rom, beliau jelas kelihatan begitu marah
sehingga wartawan yang hadir dapat merasakan bahang kemarahan tersebut.

Mana
tidaknya, ini merupakan satu tamparan yang hebat kepada Mahathir selaku
ketua kerajaan dan tindakan kerajaannya dipersoal sehingga terpaksa
ditarik semula.

Perdana menteri pada 5 April ketika mengumumkan kerajaan tarik diri dari Statut Rom.
Sudah
pasti ini merupakan sesuatu yang mengaibkan baginya, bukan sahaja di
peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa. Ini melahirkan
persepsi seolah-olah kerajaan tidak cekap dan berhati-hati dalam membuat
sesuatu keputusan.
Rakyat semua memahami Mahathir, bahawa beliau seorang yang sangat teliti dan bijak.

Peristiwa ini menjejaskan imej serta reputasi beliau, maka sudah pasti beliau tidak dapat menerimanya.

Bagi
saya, ini bukanlah salah Mahathir semata-mata tetapi salah menteri luar
dan penasihat-penasihat beliau yang gagal memberi penjelasan yang jelas
kepada Mahathir dan juga rakyat secara keseluruhannya.

Sudah
pasti dengan bebanan kerja yang menimbun dan berat, Mahathir akan banyak
bergantung kepada kebijaksanaan menteri-menteri dan penasihat-penasihat
beliau kerana ini adalah kewajipan mereka untuk membuat penelitian yang
rapi sebelum memberikan sesuatu input kepada perdana menteri. Kecuaian
menteri akan mengakibatkan keputusan yang salah dan bencana kepada
negara.

Kuasa raja-raja

Peristiwa ini membawa satu
pengajaran dan pemahaman yang besar kepada rakyat bahawa kuasa Majlis
raja-raja bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng atau powerless.

Selama ini, mungkin rakyat faham bahawa raja hanyalah sekadar simbol adat semata-mata dalam upacara rasmi negara. 
Tetapi
apa yang berlaku ini telah membuktikan bahawa raja-raja mempunyai kuasa
yang besar yang boleh mempengaruhi keputusan kerajaan.

Raja-raja dan Statut Rom

Banyak pihak yang membicarakan soal imuniti raja-raja terhadap empat kesalahan jenayah yang dinyatakan dalam Statut Rom.

Sebenarnya,
persoalan dan kerisauan yang lebih besar ialah soal kedaulatan negara.
Tindakan menandatangani Statut Rom ini akan membolehkan campur tangan
asing dalam hal ehwal negara.

Seperti yang sedia maklum, setiap
kerajaan yang berdaulat mempunyai kuasa bebas dalam hal ehwal negaranya
sendiri tanpa dikekang oleh kuasa asing.

Sebarang tindakan yang bersifat campur tangan dalam hal ehwal negara perlu mendapat perkenan Majlis Raja-raja.

 Amalan
ini berlaku sejak zaman sebelum merdeka lagi, malah British pun meminta
perkenan raja dalam pelbagai perkara yang melibatkan hal ehwal kerajaan
Melayu.

Soal sama ada baik atau buruknya peruntukan dalam Statut
Rom adalah perkara yang perlu dipersembahkan terlebih dahulu kepada
Majlis Raja-Raja.

Oleh yang demikian, dalam hal ini, jemaah
menteri hendaklah membuat rundingan dengan Majlis Raja-Raja seperti yang
termaktub dalam Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan kerana punca
kuasa berkaitan kedaulatan terletak di situ dan perlembagaan negeri
baginda masing masih tertakluk.

Perkara 38(4):

"Tiada
undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan
Majlis Raja-Raja."

Kabinet Mahathir
Saya
tidak bercadang untuk menuding jari kepada mana-mana pihak dalam soal
Statut Rom ini kerana ia sudah pun berlalu. Apa yang saya ingin tekankan
ialah Majlis Raja-Raja bukanlah suatu institusi yang biasa tetapi
mempunyai kuasa yang amat besar dan mempunyai pengaruh yang kuat dalam
menentukan polisi negara.

Institusi Raja bukanlah sebuah
institusi yang boleh diremeh dan dihina tetapi institusi ini mempunyai
kuasa penentu dalam isu-isu negara.

Jadi,
janganlah kita menjadi rakyat yang beremosi semata-mata tanpa memahami
kuasa raja dalam konteks perlembagaan dan perundangan negara.


AMINUDDIN YAHAYA ialah presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).
Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...