Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, April 8, 2019

'sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa'.

Dalam raja berpelembagaan, perlembagaan yang tertinggi: ULASAN | Mudah-mudahan, seperti kata rocker Ramli Sarip, 'sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa'.

A Kadir Jasin  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

   


ULASAN | Dalam bahasa Inggeris, raja
adalah king, bahasa Arab pula malik, dan konig
dalam bahasa Jerman. Jepun pula menyebutnya sebagai tenno dan
dalam bahasa Denmark - konge.
Sama ada seorang raja, king, konig,
malik, tenno
atau konge, hampir semua raja dan permaisuri
yang masih hidup dan masih diiktiraf pada abad ke-21 ini adalah
raja-raja perlembagaan.
Terdapat juga ratusan atau mungkin
ribuan raja tidak rasmi di seluruh dunia. Ini adalah mereka yang
kehilangan takhta dan kerajaan ketika rakyat menghapuskan sistem
monarki. Yang terbaru ialah Raja Nepal pada tahun 2008.
Saya terdorong membincangkan isu ini
sekali lagi susulan keputusan kerajaan negeri PAS Kelantan yang
melarang potret Yang di-Pertuan Agong daripada digantung di pejabat
dan premis kerajaan negeri. Larangan itu kemudiannya ditarik balik
selepas kutukan yang meluas.


Saya
juga cemas dengan kecenderungan segelintir putera raja yang membuat
kenyataan politik menentang
kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Saya rasa ini sesuatu permainan
yang berbahaya.
Harus sentiasa diingati bahawa
raja-raja perlembagaan ditadbir oleh undang-undang yang perlembagaan
adalah tertinggi.
Tiada siapa, bahkan raja-raja, di atas
undang-undang. Raja dan sultan hanya kebal terhadap tindakan
undang-undang dalam melaksanakan tugas rasmi mereka.
Tidak seperti rakyat, raja-raja tidak
boleh memihak dan melampaui politik. Mereka tidak seharusnya
melibatkan diri dalam politik langsung.
Raja-raja adalah kebal terhadap
pendakwaan hanya dalam melaksanakan tugas rasmi mereka. Namun, ahli
keluarga mereka tidak.
Itulah sebabnya, di Eropah, putera dan
puteri raja sering diheret ke mahkamah atas kesalahan jenayah dan
harus memohon maaf secara terbuka jika mereka menceroboh urusan
rakyat marhaen.
Hanya malik dari Arab Saudi dan
sultan Brunei adalah raja-raja mutlak di mana segala-galanya di dalam
kerajaan mereka, termasuk martabat rakyat dan kekayaan tanah negara,
adalah kepunyaan mereka.
Selebih, raja-raja lain bukan. Bahkan
raja Thailand yang dianggap suci bukanlah pemerintah yang mutlak.
Baginda masih secara nominal adalah raja berperlembagaan tetapi
dilindungi oleh undang-undang Le Majeste.
Malaysia juga adalah monarki (raja)
berperlembagaan. Tetapi tidak seperti monarki berperlembagaan yang
lain, kita juga adalah persekutuan yang terdiri daripada beberapa
negeri.
Oleh itu kita bukan mempunyai satu
tetapi banyak raja. Kita mempunyai sembilan pemerintah. Tujuh digelar
sebagai sultan, satu sebagai yamtuan besar (Negeri Sembilan) dan
seorang raja (Perlis).
Antara mereka seorang ketua dipilih
secara bergilir-gilir untuk setiap lima tahun yang dipanggil sebagai
Yang di-Pertuan Agong. Jadi, kita mempunyai 10 raja di sebuah negara
yang mempunyai 32 juta penduduk.
Kita tidak mempunyai masalah dengan
itu. Kita menghormati raja-raja kita pada tahap tinggi. Kita terpukau
dan kagum melihat majlis pertabalan gilang gemilang mereka dan
sanggup berhenti untuk memberi laluan kepada kenderaan mereka.
Mengikut tradisi moden, ada individu
murahan dari setiap kaum cuba melobi dan malahan membayar wang yang
lumayan untuk mendapatkan darjah kehormatan serta gelaran daripada
raja-raja.
Dan jangan lupa pembayar cukai. Mereka
menghabiskan ratusan juta ringgit setiap tahun untuk memastikan
raja-raja kita selesa dan selamat berada di atas takhta di istana
yang berkilauan. Ada sebuah istana seorang raja dilaporkan bernilai
RM1 bilion.
Dan dalam lagu kebangsaan kita,
"Negaraku" kita bahkan menyelitkan doa untuk raja kita:
"Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja kita
selamat bertakhta."
Justeru, seperti yang saya katakan
berulang kali, raja kita selamat bertakhta adalah dengan syarat
apabila baginda berada di takhta.
Dalam satu artikel mengenai subjek
monarki berperlembagaan yang diterbitkan dalam blog saya, saya pernah
mengatakan bahawa dalam berdoa supaya raja kita selamat bertakhta,
kita tidak berkata raja kita boleh bertakhta secara aman di bilik
lembaga pengarah atau di hutan mencari balak dan melombong galian.
Apa yang saya maksudkan ialah raja dan
pemerintah lain hanya berperanan dengan tugas rasmi mereka dan tidak
boleh terbabit dalam perniagaan serta bersaing dengan rakyat.
Artikel itu dan satu lagi mengenai
perbelanjaan diraja menyaksikan banyak laporan polis yang dibuat
terhadap saya atas dakwaan menghasut. Saya telah ke ibu pejabat polis
persekutuan Bukit Aman sebanyak dua kali untuk merakamkan kenyataan
saya.
Kita kini hidup di zaman Internet
apabila “dinding dapat mendengar, siling dapat melihat dan lantai
boleh bercakap”. Tiada apa-apa lagi yang rahsia - bahkan apa
berlaku di dalam bilik tidur atau di tempat yang begitu jauh.
Oleh itu, adalah bahaya bagi mana-mana
pemerintah dan menteri besar "diraja" untuk menganggap
bahawa apa yang berlaku pada pertemuan mingguan dan mesyuarat exco
adalah rahsia.
Lebih lemah atau lebih dibenci
seseorang menteri besar itu, maka lebih banyak lagi "rahsia"
mesyuarat exco akan bocor.
Itulah sebabnya penting untuk mempunyai
orang berwibawa, bijak dan boleh dipercayai sebagai menteri besar.
Seorang menteri besar bertanggungjawab
terhadap rakyat negeri itu dan perdana menteri yang mencadangkan
pelantikannya. Malangnya ini tidak berlaku dengan semua menteri
besar.
Bagi putera raja yang merasakan bahawa
rakyat kurang cukup menghormatinya atau berpendapat mereka boleh
dengan bebas membidas kerajaan yang dipilih oleh rakyat di media
sosial; pesanan saya mudah: turun dari singgahsana dan bertumbuk
seperti Mohammed Ali di gelanggang politik.
Kenapa tidak? Allahyarham Tunku Abdul
Rahman Putra dari Kedah memilih arena politik dan menjadi perdana
menteri pertama dan kesayangan rakyat. Begitu juga dengan Tunku
Abdullah Almarhum Tunku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan.
Kita juga mempunyai Tengku Azlan ibni
Sultan Abu Bakar dari Pahang dan juga ahli politik yang masih aktif
seperti Tengku Razaleigh Hamzah dari Kelantan.
Orang Perancis tidak menyingkirkan Raja
Louis XVI kerana kepetahan Robespierre tetapi kerana ketika mereka
tidak mempunyai roti untuk dimakan. Ratu mereka, Marie Antoinette,
mencadangkan kepada mereka untuk memakan kek – kes yang menunjukkan
raja yang gagal berhubungan dengan rakyat.
Baru-baru ini - pada tahun 2008 -
rakyat Nepal memberi Raja Gyanendra tempoh dua minggu untuk
mengosongkan takhta dan mengisytiharkan negara itu sebagai sebuah
republik setelah anggota keluarga diraja membunuh satu sama lain dan
negara berada dalam anarki.
Dan jika raja kita tidak bersedia
memikul tanggungjawab terhadap tindakan kerajaan yang melampau dalam
keadaan luar biasa seperti peperangan, kita sentiasa boleh meminda
perlembagaan supaya mereka dapat dikecualikan daripada menjadi
sebahagian daripada tindakan sedemikian.
Jika tidak, kita mesti mengiktiraf
kuasa perundangan dan eksekutif kerajaan yang dipilih.
Mudah-mudahan, seperti kata rocker
Ramli Sarip, "sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa".

DATUK A KADIR JASIN adalah bekas ketua
pengarang Kumpulan New Straits Times Press (M) Bhd. Beliau kini
bergiat dalam Bersatu sebagai pimpinan pusat parti itu.
Rencana ini asalnya dimuat naik di
blog beliau dan dalam bahasa Inggeris. Tulisan ini pandangan peribadi
penulis yang dibuat dalam kapasiti sebagai seorang penulis blog.
Beliau juga menekankan bahawa ia
tiada kena mengena dengan apa-apa jawatan yang mungkin dipegangnya.
Tulisan ini juga tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi
redaksi Malaysiakini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...