Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, April 10, 2019

8 transaksi meragukan Felda di bawah penelitian

8 transaksi meragukan Felda di bawah penelitian: KERTAS PUTIH | Di bawah pimpinan Isa Samad, Felda melalui Felda Investment Corporation membuat banyak pelaburan yang boleh dipersoal.



News  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

   
KERTAS PUTIH | Kerajaan hari ini
membentangkan Kertas Putih mengenai Felda di Dewan Rakyat, yang antara
lain memperincikan beberapa transaksi yang dipersoalkan yang telah
menyebabkan kedudukan kewangan agensi itu berada dalam keadaan kritikal.

Bermula
sebagai sebuah entiti untuk membantu golongan bumiputera miskin
menerusi skim perladangan, Felda di bawah kepimpinan bekas naib presiden
Umno, Mohd Isa Abdul Samad meneruskan usaha membawanya secara global
melalui cabang pelaburan Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC).

Berikut adalah senarai perjanjian yang dipersoalkan dan ringkasan apa yang berlaku, menurut Kertas Putih.

Ia berdasarkan audit forensik oleh Ernst & Young.

1. Grand Plaza Kensington: FIC bayar RM75 juta, dapat RM20,500 


Park City Grand Plaza
Kensington adalah sebuah hotel yang terletak di tengah London, yang FIC
dakwa dibeli dengan harga 60 juta pound (RM321 juta) pada tahun 2014.
Sebenarnya,
hotel itu dibeli dengan harga 46 juta pound (RM246 juta) dan baki 14
juta pound (RM75 juta) sebagai faedah untuk individu tertentu melalui
struktur yang direka untuk menjadikan FIC membayar 60 juta pound untuk
hotel berkenaan.

Pada permulaan, tiada perjanjian antara penjual Park City Grand Plaza Kensington dan FIC.

Sebaliknya,
sebuah syarikat British Virgin Islands (BVI) milik rakyat Malaysia,
yang dikenali sebagai "Syarikat I" dalam Kertas Putih berkenaan, membeli
hotel itu dengan harga 46 juta pound pada 12 Sept 2014.

Selepas
itu, rakyat Malaysia yang tidak dinamakan itu kemudian memindahkan saham
Syarikat I bernilai AS $ 5,000 (RM20,500) kepada dua pengarah FIC pada
masa itu dengan harga 14 juta pound pada 13 Oktober 2014.

Pemilikan
Park City Grand Plaza Kensington berharga 46 juta pound dan AS$ 5,000
saham dibeli Syarikat I berharga 14 juta pound hanya dipindahkan ke FIC
pada tahun 2015, selepas namanya ditukar kepada FIC London Hotel
(Private Limited).

Ini walaupun FIC mendakwa dalam penyata kewangannya bahawa aset tersebut sudah dimiliki sejak 2014.

"FIC
telah menanggung kerugian GBP14 juta akibat pembelian saham Syarikat I
tersebut di atas nama dua bekas pengarah FIC tanpa kelulusan Lembaga
Pengarah FIC dengan harga GBP14 juta walaupun nilai saham tersebut hanya
berjumlah USD5 ribu.

"Berikutan proses pembelian yang meragukan,
FIC telah melaporkan pembelian ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut," jelas Kertas Putih berkenanan.

Penilaian pada tahun 2015 mendapati nilai Park City Grand Plaza Kensington merosot kepada 26 juta pound (RM139 juta).

Pembelian
itu tidak pernah dibentangkan untuk mendapat kelulusan oleh lembaga
Felda. Ia hanya dimaklumkan oleh FIC tiga bulan kemudian.

2) Pangsapuri Service Grand Plaza - RM76.5 juta lesap


FIC melalui FIC UK Properties Sdn Bhd
(FUPSB), membeli Grand Plaza Servis apartment empat bintang dari
"Syarikat D" dan "Syarikat E" berharga 98 juta pound (RM524 juta) pada
31 Julai 2013.

Bagaimanapun, apabila menyemak laporan kewangan
Syarikat D, yang juga termasuk butir-butir Syarikat E, didapati bahawa
syarikat-syarikat itu hanya menerima 83.7 juta pound (RM448 juta).

"Ini bermakna perbezaan jumlah sebanyak GBP14.3 juta yang tidak dapat dikesan daripada transaksi tersebut," jelas Kertas Putih.

Kemerosotan
prestasi GPSA mengakibatkan FUPSB tidak mampu membayar balik pinjaman
kepada Felda yang telah memberikan dana pendahuluan untuk pembelian
hotel tersebut. 
Keadaan ini memaksa FUPSB mendapatkan
pinjaman daripada institusi kewangan sebanyak GBP48 juta dengan jaminan
korporat Felda bagi membayar balik hutangnya.
Kerugian GPSA secara
berterusan juga menyebabkan Felda terpaksa menanggung kos operasi GPSA.
Sehingga kini, FUPSB masih menanggung kerugian secara purata RM19.82
juta setahun melalui operasi GPSA.

3) Eagle High - Tiada jaminan RM2.07b


Pada Disember 2015, lembaga Felda meluluskan
pembelian "exchangeable bond" yang kemudian menjadi 37 peratus
kepentingan dalam Eagle High Plantations Tbk (EHP) Indonesia dengan
harga AS $ 505.4 juta (RM2.07 bilion).

Perjanjian jualan dan pembelian ditandatangani pada 23 Dis 2016.

Pembelian itu dibuat melalui FIC Properties Sdn Bhd (FPSB) daripada "Syarikat AI" seperti yang dirujuk oleh Kertas Putih.

Ia
menyatakan bahawa Kementerian Kewangan, yang pada masa itu dipimpin
oleh bekas perdana menteri Najib Razak, juga terlibat dalam perjanjian
itu dengan menyediakan "nasihat strategik dan cadangan mengenai struktur
pelaburan".

Harga pembelian sebanyak AS $ 505.4 juta bermaksud
Felda membeli saham EHP pada harga AS $ 0.043 sesaham walaupun ketika
ahli lembaga pertama kali memberi kelulusan, ia bernilai AS $ 0.0098 di
pasaran terbuka, memberikan nilai AS$ 115.2 juta (RM472 juta ).

"Ini
bermakna Felda telah bersetuju dengan harga pembelian saham EHP pada
lkadar 344.13 peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran saham ketika
itu.

Tambahan pula, semua saham EHP yang dimiliki oleh Syarikat AI telah dicagarkan kepada Credit Suisse untuk mendapatkan pinjaman.

Bank
Negara Malaysia (BNM) telah mengemukakan pelbagai pertanyaan dan
persoalan berkenaan struktur pelaburan, manfaat pembelian saham
danpenggunaan dana pelaburan.

"Walaupun mengetahui risiko
terbabit, Lembaga Pengarah Felda tetap meluluskan pelaburan ini tanpa
pelaksanaan ‘due diligence’ tambahan dan tanpa penjelasan dalam minit
mesyuarat merangkumi rasional keputusan," jelas Kertas Putih.

4. KLVC- Felda berisiko rugi RM1.5 bilion

Kuala Lumpur Vertical City (KLVC)
merupakan cadangan pembangunan bersepadu di tanah seluas 20 ekar di
Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
FIC menandatangani
perjanjian dengan sebuah syarikat yang disebut dalam Kertas Putih
sebagai "Syarikat F" untuk projek berkenaan.

Pada tahun 2017,
dilaporkan bahawa Syarikat F, selepas menerima Surat Kuasa Wakil telah
memindah milik tanah Felda di Jalan Semarak kepada syarikat itu dan satu
lagi "Syarikat G" antara 2 Dis 2015 dan 7 Nov 2016 tanpa pengetahuan
Felda.

Kertas Putih menyatakan bahawa pengurusan FIC tahumengenai
perkara itu sejak Julai 2016 tetapi tidak mengambil tindakan. Lembaga
pengarah Felda hanya sedar akan perkara itu lapan bulan selepas
transaksi dibuat.

Mewakili Felda tanpa pengetahuannya
berkenaan penjualan itu, Syarikat F meletakkan harga RM270 juta walaupun
tanah itu dinilai pada harga RM618 juta.
Malah ia meminta 10 peratus daripada RM270 juta itu dibayar kepada Felda, manakala baki 90 peratus diambilnya.
Perjanjian jual beli yang dikendali Syarikat F mendakwa Felda tidak berhasrat melantik peguam sendiri.
Selain
kontroversi tanah itu, Felda juga setuju untuk menyewakan 700,000 kaki
persegi ruang pejabat selama 20 tahun di bangunan yang bakal dibina
Syarikat F, walaupun keperluan sebenar FIC hanyalah 3.6 peratus daripada
ruang itu.
"Perjanjian sewa ini telah mengakibatkan FIC
terdedah kepada pelbagai risiko seperti kerugian hasil sewaan yang
bernilai sekurang-kurangnya RM1.5 bilion untuk tempoh 20 tahun," kata
laporan itu.
5. Grand Felda House: Bagaimana mahu untung RM31 juta dalam 2 minggu

Pada September 2014, lembaga
pengarah FIC setuju untuk membeli hartanah 450 bilik Dexion 1 dan 802
bilik Dexion 2 di Wembley, London. Dua bangunan itu kemudian dinamakan
sebagai Felda House dan Grand Felda House, dan dijadikan hostel pelajar.
FIC
melalui FIC Global Limited (FGL) membeli Grand Felda House pada harga
24 juta pounds (RM128 juta) daripada "Syarikat K" pada 13 Oktober 2014.
Bagaimanapun Syarikat K baru saja membeli bangunan itu 13 hari lepas pada 17 juta pounds (RM91 juta).
Bagi Felda House, FGL membelinya pada harga 10 juta pounds (RM53.5 juta) daripada "Syarikat J" pada 13 Okt 2014.
Syarikat J pula membelinya pada harga 4.35 juta pounds (RM23.3 juta) 16 bulan sebelumnya, iaitu pada 1 Julai 2013.
Ini
belum mengambil kira kos pembangunan Felda House dan Grand Felda House,
masing-masing 48.5 juta pounds dan 85.26 juta pounds. Syarikat K
bertindak sebagai kontraktor.
Selain pembelian meragukan, ada juga isu dalam struktur syarikat.
Ia
ditubuhkan oleh dua bekas pengarah FIC, tetapi Kertas Putih berkata
tiada bukti menunjukkan mereka sebagai pengarah penama (nominee
director).
FIC hanya mengambil alih syarikat itu selepas namanya ditukar kepada FGL dan dengan harga AS$50,000 (RM205,000).
Seperti
urus niaga lain yang telah disebut, ia juga tidak mendapat kelulusan
lembaga pengarah Felda. Lembaga pengarah hanya dimaklumkan tiga bulan
kemudian.
6. Dataran Aras: Felda belanja RM148 juta untuk tanah yang tak boleh digunakan
Dataran
Aras Sdn Bhd (DASB) adalah syarikat perladangan di Limbang, Sarawak
yang tidak dapat memulakan operasi walaupun selepas tiga tahun
ditubuhkan pada 2007.
Namun Felda memutuskan untuk
mengambil alih DASB daripada pemiliknya (tidak dinamakan dalam Kertas
Putih) dengan harga RM148.2 juta. Ia termasuk 10,907 hektar tanah milik
syarikat itu di Limbang.
Felda membeli tanah itu dengan
niat membuka ladang kelapa sawit tanpa membuat penelitian sewajarnya.
Sejumlah 54 peratus tanah itu kemudian didapati merupakan tanah hak adat
bumiputera (NCR).
Pengurusan Felda tidak memaklumkan lembaga pengarah berkenaan status NCR itu walaupun telah membuat kunjungan ke sana.
Menurut
Kertas Putih, penilaian bebas mendapati jika status NCR itu diambil
kira, nilainya hanyalah satu pertiga daripada harga asal, iaitu RM50.9
juta.
Urus niaga yang jelas berat sebelah ini tidak
berakhir di situ kerana Felda turut membuat persetujuan dengan pemilik
asal DASB, yang membenarkan mereka melantik syarikat untuk kerja
pembalakan di kawasan itu untuk 2011 hingga 2013 tanpa pembayaran kepada
Felda.
Pemilik asal kemudian menjual hak pembalakan kepada pihak ketiga pada harga RM400,000.
7. Felda Wellness: RM244,000 untuk anak pengarah

Felda Wellness Corporation Sdn Bhd (FWC) adalah subsidiari kepada FIC dengan pengkhususan dalam bidang biofarmaseutikal.
Namun
ia terlibat dengan amalan meragukan, termasuk pelantikan anak seorang
bekas pengarah FWC ke dalam sebuah syarikat Australia, yang mana FWC
melabur di dalamnya.
FWC membelanjakan RM244,000 untuk perbelanjaan dan gaji individu itu yang dilantik sebagai pengurus kewangan.
Isu
lain termasuk pelaburan FWC berjumlah RM24.1 juta dalam syarikat
Amerika Syarikat dan Australia tanpa kelulusan FIC mahupun Felda. Dua
syarikat itu hanya berusia setahun.
FWC juga memberikan
19 kontrak bernilai RM119.6 juta tanpa tender dan membuat bayaran
sekurang-kurangnya RM46.01 juta kepada syarikat tanpa bukti kerja telah
pun dibuat.
FWC ditubuhkan pada 2013 dan ditutup pada 2017 selepas gagal menunaikan komitmen hutang.
8. Grand Borneo - Felda beli hotel dibebani hutang

Pada 28 Mei 2013, Felda memeterai perjanjian untuk mengambil alih Grand Borneo Hotel Sdn Bhd pada harga RM86.4 juta.
Namun Kertas Putih mengatakan nilai pasaran pada masa itu RM78 juta. Ini bermakna Felda terlebih bayar sebanyak RM8.4 juta.
Urus niaga itu diteruskan walaupun laporan due diligence
menunjukkan syarikat itu berdepan masalah aliran tunai serius dan telah
menanggung kerugian sejak 2010, dengan kerugian terkumpul setakat 2011
mencecah RM18.3 juta.
Hotel itu juga dinyatakan dijadikan cagaran untuk pelbagai pinjaman.
Berita berkaitan:
FGV, FIC punca utama masalah Felda

Peneroka jadi tuan tanah dengan model baru Felda

Kerajaan setuju suntik lebih RM6 bilion untuk pulih Felda


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...