Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, April 12, 2019

Menjawab pembentangan ahli akademik kepada Majlis Raja-Raja

Menjawab pembentangan ahli akademik kepada Majlis Raja-Raja: ULASAN | Jika Malaysia bukan sebahagian Statut Rome, di mana kredibiliti negara untuk bersuara menentang jenayah perang dan pembunuhan beramai-ramai?





Lim Wei Jiet  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini





 
 
ULASAN | Saya merujuk
kepada pembentangan oleh beberapa ahli akademik kepada Majlis Raja-Raja
Melayu bertarikh 2 April 2019 yang dikatakan, di mana ianya telah tular
di media baru-baru ini [rujuk sebagai pembentangan yang dikatakan itu].

Saya
sedar bahawa kerajaan telah memutuskan untuk menarik diri dari Statut
Rome, dan saya juga mengambil maklum bahawa pembentangan yang dikatakan
itu adalah ringkasan eksekutif semata-mata (pendapat saya di bawah ini
adalah tertakluk kepada pendedahan laporan penuh, jika ada).




Namun
terdapat beberapa perkara yang dibangkitkan dalam pembentangan yang
dikatakan itu yang agak menggamamkan dan saya terpanggil untuk membalas
dari sudut undang-undang dan sejarah antarabangsa – jika tidak, saya
khuatir ianya akan mengakibatkan salah faham isu-isu ini dalam kalangan
orang ramai. 




Pertama, ianya dicadangkan bahawa oleh kerana Yang
di-Pertuan Agong berhak mendapat maklumat dari kabinet (Perkara 40(1))
dan berhak memberi pandangan baginda kepada perdana menteri (Laporan
Suruhanjaya Reid), maka Agong bukanlah seorang raja berperlembagaan yang
tulen. 




Namun, ini hanya membuktikan bahawa Agong memainkan peranan sebagai penasihat dalam tadbir urus negara. 

Ini
tidak menangkis sama sekali peruntukan jelas Perkara 40 (1A) bahawa
Agong mesti bertindak mengikut nasihat perdana menteri pada tiap-tiap
masa - dan dengan itu, perdana menteri bertanggungjawab sepenuhnya
terhadap sebarang keputusan yang dibuat.




Frasa akan diluluskan

Kedua,
rujukan telah dibuat terhadap keputusan Mahkamah Rayuan iaitu Armed
Forces Council, Malaysia & Anor v Major Fadzil bin Arshad [2012] 1
MLJ 313 yang kononnya telah memutuskan bahawa: “Surely His Majesty is expected to play an effective and meaningful role as the Supreme Commander”. 




Dengan hormat, ini hanya merupakan penghakiman bertentangan (dissenting opinion) oleh minoriti Mahkamah Rayuan. 

Agak
hairan mengapa perkara ini tidak diketengahkan dalam pembentangan yang
dikatakan itu. Mana-mana pelajar undang-undang tahun pertama boleh
memberitahu anda bahawa petikan tersebut bukan sama sekali prinsip
berikat yang diutarakan oleh Mahkamah Rayuan.




 

Ketiga,
ianya dicadangkan bahawa Perkara 38(4) Perlembagaan menyatakan bahawa
undang-undang yang memberi kesan kepada keistimewaan, kedudukan,
kemuliaan atau kebesaran Baginda-Baginda memerlukan persetujuan Majlis
Raja-Raja. 




Dengan hormat, ini menyimpang daripada maksud Perkara
38(4), yang menyatakan: "Tiada undang-undang yang secara langsung
menyentuh keistimewaan, kedudukan, penghormatan atau kemuliaan Raja-raja
akan diluluskan tanpa keizinan Persidangan Raja-Raja". 




Frasa
"akan diluluskan" jelas bermaksud ianya hanya merangkumi undang-undang
yang diluluskan di parlimen - dan tidak boleh dibaca sama sekali untuk
termasuk ratifikasi triti antarabangsa.




Tak libat pindaan perlembagaan

Penegasan
seterusnya bahawa Perkara 159(5) telah dilanggar pula adalah lebih lagi
tidak berasas. 




Perkara 159(5) menyatakan bahawa pindaan kepada
Perlembagaan Persekutuan dalam beberapa peruntukan terhad tidak boleh
dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja. 




Tetapi adalah jelas bahawa ratifikasi Statut Rome tidak melibatkan pindaan kepada perlembagaan sama sekali. 



Peruntukan-peruntukan
terhad yang disebut dalam Perkara 159 (5) juga tidak termasuk kekebalan
Agong dan Raja-Raja. 




Oleh itu, cadangan bahawa Perkara 159 (5) telah
dilanggar adalah tidak betul sama sekali.




Hujahan-hujahan di atas juga bertunjangkan andaian bahawa Agong dan Raja-Raja mempunyai kekebalan mutlak.

Sejak
1993, pindaan telah dibuat kepada perlembagaan untuk membenarkan
prosiding jenayah dimulakan terhadap Agong dan Raja-raja melalui
mahkamah-mahkamah khas (lihat Perkara 32, 181, 182 dan 183 Perlembagaan
Persekutuan). 




Oleh itu, dalam negara ini sendiripun, Agong dan
Raja-Raja tidak mempunyai kekebalan mutlak (walaupun dikawal oleh
prosedur khas tertentu) dan boleh dipertanggungjawabkan atas
jenayah-jenayah.  




Ini adalah titik penting yang tidak pernah diserlahkan dalam pembentangan yang dikatakan itu.



Kedudukan Agong dan komander tentera 

Keempat, dikatakan bahawa Artikel 27 dan 28(a) Statut Rome boleh menyentuh kedudukan Agong. 



Sekali
lagi, jika kita melihat dengan lebih dekat Artikel 28(a) Statut Rome,
ICC hanya mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan seorang komander
tentera yang mempunyai "arahan dan kawalan secara efektif" atau "kuasa
dan kawalan secara efektif sebagaimana kes tertentu". 




Adalah amat
tidak mungkin bahawa Agong yang mesti bertindak atas nasihat perdana
menteri boleh ditakrifkan sebagai komander angkatan tentera "secara
efektif" – baginda seorang tokoh simbolik semata-mata.




 

Kelima,
ianya dihujahkan bahawa oleh kerana kerajaan meratifikasikan Statut
Rome tanpa persetujuan Agong, ini melanggar Artikel 46 Vienna Convention on the Law of Treaties (VCLT). 




Artikel
46 VCLT mengatakan bahawa, sebagai peraturan am, sesuatu negara tidak
boleh mengelak kewajiban triti atas dasar bahawa ianya melanggar suatu
undang-undang dalaman mengenai keupayaan untuk menyimpulkan triti. 




Satu-satunya
pengecualian adalah jika 




(a) pelanggaran undang-undang dalaman
sedemikian adalah nyata (ia dianggap nyata hanya jika secara objektif
dapat dianggap sedekimian oleh mana-mana negeri), dan 




(b) ia berkenaan
dengan peraturan undang-undang dalamannya yang amat penting.




Saya dengan rendah diri berpendapat bahawa Malaysia tidak boleh mengguna pakai kedua-dua pengecualian Artikel 46. 

 

Sebarang
pelanggaran tidak boleh dianggap "nyata", dan juga undang-undang
dalaman tidak boleh dianggap "amat penting" kerana jelas bahawa di bawah
Perlembagaan Persekutuan tidak ada persetujuan oleh Agong atau Majlis
Raja-raja diperlukan untuk mengesahkan triti antarabangsa – sepertimana
monarki-monarki berperlembagaan lain yang telah meratifikasi ICC.




Mahkamah ICC putus kata akhir

Keenam,
ianya dihujahkan bahawa tafsiran prinsip "tidak mahu " atau "tidak
mampu" di bawah Artikel 17 Statut Rome (yang menyatakan bahawa ICC hanya
mempunyai bidang kuasa jika negara-negara "tidak mahu" atau "tidak
mampu” bertindak) “hanya berdasarkan keputusan pendakwa ICC
semata-mata". Ini tidak benar. 




Artikel 17 Statut Rome dengan
jelas memperuntukkan bahawa Mahkamah ICC sendiri - dan bukan pendakwa
ICC secara unilateral - mempunyai kata akhir mengenai sama ada prinsip
"tidak mahu" atau "tidak mampu" dipenuhi. 




Malaysia mempunyai
peluang berhujah dan membela diri di mahkamah jika ia tidak bersetuju
dengan pendakwa ICC. Dan 




Mahkamah ICC kemudiannya akan mencapai suatu
keputusan, seperti yang dilakukannya dalam Prosecutor v Katanga (Judgment on the Appeal against the Oral Decision of Trial Chamber II of 12 June 2009 on the Admissibility of the Case) (ICC, Appeals Chamber, Case No ICC-01/04-01/07-1497, 25 September 2009).




Ketujuh,
terdapat dakwaan: "Malaysia yang tidak terjejas apa-apa dengan jenayah
ini dan tidak terkat dengan krisis Rohingya di Myanmar tidak boleh
memaksa ICC untuk mengambil tindakan ke atas Myanmar walaupun selepas
menjadi ahil statut Rom." 




 
 
Selagi unsur suatu jenayah telah berlaku di ahli negara ICC,
maka mana-mana ahli negara lain boleh merujuk perkara tersebut kepada
ICC (lihat Artikel 14 Statut Rome).

Ini diputuskan dalam keputusan ICC baru-baru ini iaitu “Prosecution’s Request for a Ruling on Jurisdiction under Article 19(3) of the Statute” (Case No ICC-RoC46(3)-01/18-37, 9 April 2018). 



Contohnya,
jika tentera Myanmar telah melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas
Rohingya di wilayah Bangladesh (sebuah negara ahli ICC), maka Malaysia
(sebuah negara ahli ICC) boleh memulakan rujukan kepada ICC dan tidak
perlu bergantung kepada Bangladesh.




Kelapan, ianya dihujahkan bahawa mengikut sejarah antarabangsa, pernah berlaku percubaan untuk mendakwa raja-raja. 



Contoh
yang diberikan adalah Raja Wilhelm II dari Jerman yang dinamakan dalam
Leipzig War Crimes Trials namun beliau telah melarikan diri ke Belanda,
serta 




Maharaja Hirohito dari Jepun yang kononnya tertakluk kepada International Military Tribunal for the Far East selepas Perang Dunia Kedua, tetapi tidak diteruskan oleh Amerika Syarikat. 



Dengan hormat, ini adalah suatu kesetaraan palsu (false equivalence). Raja Jerman (Kaizer) adalah seorang raja berkuasa mutlak. 

Maharaja
Jepun juga adalah sama, di mana di bawah perlembagaan Jepun pada masa
itu, baginda mempunyai kuasa dewa ke atas seluruh pelusuk negaranya dari
kepercayaan Shinto yang mengatakan bahawa maharaja adalah keturunan
dewa matahari Amaterasu (hanya pada tahun 1946 gelaran “imperial soverign” ditukar kepada kepada "raja berperlembagaan"). 




Kedua-dua Raja Jerman dan Maharaja Jepun (gambar, kanan)
mempunyai kuasa mutlak mengawal tentera. Terdapat perbezaan yang nyata
antara raja-raja mutlak tersebut dan Agong serta raja-raja moden yang
merupakan raja-raja perlembagaan.




Selanjutnya, pembentangan yang
dikatakan itu seolah-olah telah terlepas fakta bahawa kedua-dua Raja
Wilhelm II dan Maharaja Hirohito telah cuba dibicarakan walaupun ICC
belum lagi wujud. 




Dalam istilah hari ini, PBB boleh menubuhkan tribunal ad hoc sepertimana di Rwanda dan bekas Yugoslavia - tanpa mengira sama ada mereka telah meratifikasikan ICC atau tidak. 



Ini
lantas membuktikan bahawa, seperti yang dinyatakan oleh Prof Shad
Saleem Faruqi, “dengan ratifikasi atau tanpa ratifikasi (Statut Rome),
pada tahap perundangan antarabangsa hari ini, pelaku (jenayah) tidak
dapat lari daripada perbuatannya."




Kesembilan, ianya didakwa
bahawa Agong akan terdedah kepada ICC kerana penyertaan Malaysia dalam
misi-misi keamanan PBB di serata dunia. Ini amat memegunkan. 




 
 
Misi-misi keamanan PBB adalah bertujuan untuk mencegah pembunuhan beramai-ramai atau jenayah perang. 
Adalah
menghairankan untuk mencadangkan bahawa PBB sendiri akan melakukan
kejahatan terkutuk yang diamanahkan kepada pertubuhan itu untuk
mencegahnya. 




Dalam pengetahuan saya, tidak pernah ada sebarang percubaan untuk mendakwa pasukan keamanan PBB di bawah ICC.



Kesepuluh,
ianya dihujahkan bahawa undang-undang kita yang menjadikan seks sejenis
sebagai jenayah akan mendedahkan kita kepada "jenayah perang" (war crimes) di bawah Artikel 7(2) Statut Rome yang menjenayahkan “persecution against any identifiable group or collectivity on...gender as defined in paragraph 3”.




Ini tidak benar. Kita harus melihat apa yang tertera di Artikel 7(3) Statut Rome yang seterusnya: “For
the purpose of this Statute, it is understood that the term "gender"
refers to the two sexes, male and female, within the context of society.
The term "gender" does not indicate any meaning different from the
above.




Oleh itu, jelas bahawa perkataan “gender” dalam Artikel 7(2) tidak boleh ditafsir sebagai orientasi seks – lantas “persecution” terhadap golongan seks sejenis adalah tidak termasuk sebagai jenayah perang.



Kesebelas, ianya dicadangkan bahawa terdapat kes-kes pendakwaan terpilih ke atas Kenya dan Ivory Coast. 



Terdapat
banyak dokumen untuk menentang hujah-hujah tersebut, serta
laporan-laporan antarabangsa yang boleh dipercayai bahawa jenayah perang
sememangnya telah berlaku di negeri-negeri tersebut, dan saya tidak
mahu mengulanginya di sini.




 

Akhirnya,
ianya dihujahkan bahawa terdapat kemungkinan veto oleh negara-negara P5
terhadap siasatan ICC: Rusia dalam siasatan MH17, China dalam
pembunuhan Rohingya dan Amerika Syarikat AS dalam pertikaian
Israel-Palestin. 




Ia juga diketengahkan
bahawa banyak negara Asean adalah bukan sebahagian daripada ICC. Saya
bukannya jahil mengenai realiti undang-undang antarabangsa.

Tetapi Malaysia tidak boleh berdiam diri sementara ancaman-ancaman kemanusiaan berlaku. 

Jika
kita bukan sebahagian daripada Statut Rome, di mana kredibiliti dan
kedudukan kita untuk bersuara menentang jenayah perang dan pembunuhan
beramai-ramai?




Kita
harus bergiat mencapai standard yang lebih tinggi dan jauh sekali
meniru gelagat-gelagat paling teruk daripada kuasa-kuasa besar
antarabangsa.




Orang awam dan Raja-Raja berhak mendapat pandangan undang-undang yang objektif dan tepat mengenai isu penuh kontroversi ini. 

Sekiranya
kita membenarkan keputusan penting dasar luar negeri dipengaruhi oleh
sesuatu pihak sahaja tanpa mempertimbangkan hujahan-hujahan balas, maka
ianya merugikan negara secara keseluruhannya. 





LIM WEI JIET ialah Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi Malaya. Beliau juga adalah penulis Halsbury’s Laws of Malaysia on the Federal Constitution (2019 Reissue).
Tulisan ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminka pendiiran rasmi Malaysiakini.


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...