NYAHKAN BANGSAWAN SAMSENG
Bangsawan ialah golongan yang berkedudukan mulia ataupun ‘kononnya
mulia’ dari segi keturunan. Ini seperti mereka yang dari keturunan raja,
sultan, khalifah, presiden, menteri dan seumpamanya.
Perkataan mulia
itu juga kadang-kala lebih bersifat persepsi. Betapa ramai dalam sejarah
pelbagai bangsa, golongan yang dianggap mulia hanya disebabkan keluarga
mereka menjadi maharaja ataupun raja ataupun sultan, ataupun mana-mana
pembesar padahal asal usul keturunan mereka sebelum itu mungkin
perompak, lanun di laut ataupun penipu besar ataupun pembunuh yang kejam
yang kemudian telah berjaya merebut kuasa dan diwarisi. Bahkan semasa
berada di atas kuasa pun sebahagian golongan yang dianggap bangsawan itu
meneruskan agenda merampok orang lain tetapi mungkin dengan
berselindung di sebalik kuasa, ataupun menjadi ‘perompak berlesen’.
Ramai juga mereka yang bergelar diri bangsawan, ataupun merasa diri
telah menjadi bangsawan itu menjadi sombong dan bongkak sehingga
merasakan mereka boleh berbuat apa sahaja. Mereka memukul, memaki,
mencedera, mengambil harta orang lain dan awam serta pelbagai cara hidup
samseng diamalkan dalam gaya hidup mereka. Mereka sering merasakan
mereka mesti menang dalam setiap persaingan. Mereka fikir mereka tidak
boleh dipertikai dan dilihat kalah. Kehendak mereka ‘by hook or by
crook’ mesti tercapai. Apabila mereka merasa kecewa ataupun marah mereka
mula bertindak zalim ke atas pihak yang lemah. Bangsawan seperti ini
kita panggil bangsawan samseng.
Mengajar Bangsawan Samseng
Dalam Kanz al-‘Umal dan disebut juga dalam Futuh Misr wa Akhbaruha
oleh Ibn ‘Abd al-Hakam al-Misri yang menceritakan sejarah pembukaan
Mesir, diriwayatkan daripada Anas bin Malik bahawa seorang lelaki dari
Mesir telah datang kepada Khalifah ‘Umar bin al-Khattab di Madinah.
Lelaki itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Aku meminta perlindunganmu
dari kezaliman”.
Kata ‘Umar: Ya!.
Kata lelaki itu: “Aku berlumba dengan
anak gabenor Mesir (Muhammad bin ‘Amr bin al-‘As), lalu aku menang. Maka
dia (anak gabenor) memukulku dengan cemeti sambil berkata: “Aku anak
golongan yang mulia”.
Khalifah Umar bin al-Khattab menulis surat
perintah kepada gabenor Mesir ‘Amr bin al-‘As meminta dia dan anaknya
Muhammad itu hadir ke Madinah. Apabila mereka hadir, Umar memanggil
lelaki dari Mesir tersebut.
Lelaki itu datang, lalu Umar memberikan
kepadanya cemeti dan berkata: “Pukul dia”.
Dia pun memukul sambil Umar
berkata: “Pukullah anak golongan yang mulia”.
Kata Anas bin
Malik yang menyaksikan kejadian itu: “Dia memukul dan kami suka dengan
pukulannya. Dia tidak berhenti sehingga kami harap dia berhenti”.
Kemudian Umar berkata kepadanya: “Letakkan cemeti itu atas kepala botak
bapanya (kepala ‘Amr bin al-‘As)”.
Lelaki itu berkata: “Wahai Amirul
Mukminin! Hanya anaknya yang memukulku, aku telah pun membalasnya dan
memadai”.
Kemudian Umar berkata kepada ‘Amr bin al-‘As: “Sejak
bilakah engkau memperhambakan manusia sedangkan ibu-ibu mereka
melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?!”
Jawab ‘Amr bin al-‘As:
“Sesungguh aku tidak tahu kes ini”.
Sama Di Sisi Tuhan
Demikian Khalifah ‘Umar mengajar kesombongan golongan bangsawan ini.
Padahal ‘Amr bin al-‘As seorang sahabat Nabi s.a.w. Namun keadilan itu
tidak mengenal keturunan dan latar harta. Semua manusia sama di sisi
Allah. Kita semua dari keturunan Adam. Hanya yang lebih kerana nilaian
kebaikan jiwa dan ketinggian budi.
Nabi s.a.w menyebut: “Wahai manusia!
Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada
kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas
arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang
berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat
Ahmad dan al-Baihaqi, hadis berstatus hasan).
Jika hendak
dikira manusia yang mulia, maka khalifah empat bagi umat ini Abu Bakr,
Umar, Uthman dan ‘Ali merupakan insan-insan mulia yang dipilih memegang
jawatan khalifah atas kemuliaan diri mereka. Bukan kerana keturunan
mereka mendapatkan kuasa ataupun kerana pengaruh harta mereka yang
banyak.
Sebaliknya kerana kualiti diri mereka dan kemuliaan mereka yang
nyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w sendiri. Pun begitu mereka tidak
pernah menyatakan ‘kami ini mulia, sahabat sahabat utama Nabi Muhammad
maka jangan pertikai perbuatan dan tindakan kami. Siapa pertikai
dianggap derhaka pada negara dan bangsa!’. Sama sekali mereka tidak
pernah berkata demikian.
Sebaliknya Khalifah Abu Bakar
al-Siddiq pada hari dia memegang jawatan khilafah berucap: "Wahai
manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah
aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku.
Jika aku salah, betulkanlah aku. " (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh,
1/361).
Hanya mereka yang perasan sahaja merasakan diri mereka
bangsawan yang tidak boleh dipertikaikan. Hanya bangsa ataupun individu
yang bodoh, dungu dan feudal ataupun pengampu terlampau sahaja yang
menganggap mengkritik golongan bangsawan istana itu satu kesalahan dan
menggesa agar pengkritik diambil tindakan.
Mereka yang seperti itu
mempunyai masalah mental dan akidah sehingga seakan menganggap golongan
bangsawan itu bagaikan maksum melebihi para nabi yang diutuskan oleh
Tuhan.
Pupus
Perlu diingat, kesamsengan golongan
bangsawan telah menyebabkan kebanyakan mereka pupus dari tampok kuasa.
Walaupun Parsi, Rome, China, beberapa Negara Eropah, dan India pernah
memiliki empayar dan kekuasaan yang luas, namun ke mana perginya
maharaja-maharaja mereka?!
Kesemuanya pupus dibuang oleh kehendak rakyat
apabila mereka dilihat sudah tidak relevan lagi. Mereka lebih banyak
merosakkan dari memberikan manfaat kepada rakyat. Nepal juga telah
membuang institusi raja mereka.
Jika kita lihat istana-istana
raja-raja Eropah serta pencapaian mereka, mereka bagaikan tidak akan
tumbang. Maharaja-maharaja China dan Parsi pasti lebih gah dan hebat
dengan tentera dan kemewahan harta dan wanita mereka. Tapi kesemuanya
lenyap.
Kesemua ini menjadi pengajaran kepada golongan bangsawan yang
masih berkuasa dalam pelbagai bangsa agar menjaga adab dan ketertiban
mereka, jangan samseng sehingga akhir mereka dicampak oleh rakyat
sendiri dan bangsa sendiri.
Salah satu sebab kejayaan bangsa
Eropah adalah kerana mereka tidak membiarkan kezaliman raja-raja
berterusan. Pembuangan sistem istana dan agama yang diperalatkan oleh
istana telah membawa bangsa Eropah maju dan bebas dari cengkaman
kezaliman.
Inilah yang disebut oleh ‘Amr bin al-‘As ketika mengulas
hadis Nabi s.a.w mengenai kiamat berlaku dalam keadaan Rome paling
banyak rakyatnya.
Kata ‘Amr: “Jika kamu sebut demikian, sesungguhnya
pada mereka ada empat ciri yang baik. Pertama; mereka paling santun
(forbearing) ketika dalam bahaya.
Kedua; Mereka paling pantas bangkit
selepas bencana.
Ketiga; Paling cepat menyerang balas musuh.
Keempat;
Mereka paling baik untuk anak yatim, orang miskin dan orang lemah
kalangan mereka.
Tambahan kelima, satu ciri yang baik lagi indah; mereka
golongan yang paling mencegah kezaliman raja-raja”.
Golongan
bangsawan sepatutnya menjadi manusia paling hormati dalam sesebuah
masyarakat. Mereka paling mematuhi peraturan, paling santun kepada
rakyat bawahan dan menjadi teladan kesopanan dan kehalusan budi, bahasa
dan akhlak. Ucapan mereka menjadi ikutan, falsafah mereka menjadi
pegangan, bahasa mereka menjadi ukuran.
Jika bangsawan itu
sekadar menunjukkan kesamsengan kepada rakyat, mendapat pelbagai harta
dan tempat atas cengkaman kedudukan padahal ramai lain yang lebih layak,
membazir harta awam, memukul sesuka hati orang biasa, mengambil apa
saja yang mereka suka, mengungut sesiapa yang mereka mahu, memaki
sesiapa yang mereka hendak, maka golongan bangsawan seperti itu
sepatutnya dinyahkan dari sesuatu bangsa.
Sesuatu bangsa akan terus
dalam belenggu kebodohan jika golongan bangsawan seperti itu masih
dibiarkan. Golongan samseng yang menyakiti rakyat bukan sahaja patut
dibuang, bahkan tidak layak pun untuk ditempat dimuzium sejarah
mana-mana bangsa pun melainkan dengan catatan hitam ‘samseng’.

No comments:
Post a Comment