Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, April 11, 2019

Projek mewah, kontrak melambung punca masalah Felda

Projek mewah, kontrak melambung punca masalah Felda: KATA MP l Ini sehinggakan Felda terpaksa mendapatkan bantuan kerajaan untuk memastikan ia boleh terus beroperasi dan tidak karam.

Muhyiddin Yassin  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini

KATA MP l Di bawah pentadbiran
kerajaan BN pimpinan Najib Razak, banyak projek mewah dan kontrak
melambung (lavish projects and exaggerated contracts) telah dimeterai
oleh Felda.

Kebanyakan kontrak ini adalah punca masalah kewangan
Felda hari ini sehinggakan Felda terpaksa mendapatkan bantuan kerajaan
untuk memastikan ia boleh terus beroperasi dan tidak karam.

Kerajaan
sedang menimbang permohonan Felda untuk mendapatkan suntikan dana
berjumlah RM6 bilion demi membela nasib lebih 120,000 peneroka Felda.

Untuk
memahami masalah Felda, kerajaan Pakatan Harapan telah mendapatkan
khidmat firma akauntan Ernst & Young untuk melaksanakan audit
forensik. Felda juga telah mendapatkan khidmat firma guaman Lee
Hishamuddin Allen & Gledhill.

Penemuan oleh kedua-dua firma ini mengesahkan bahawa Felda telah menjadi mangsa penipuan dan pelanggaran korporat.

Selaras
dengan penemuan audit forensik, pada 8 April 2019, Ketua Pengarah
Felda, Dr Othman Omar telah membuat dua laporan polis berkenaan Eagle
High Plantation Investment (EHP) dan KL Vertical City Project (KLVC)
yang menunjukkan berlakunya salah laku jenayah sehingga menyebabkan
Felda menanggung kerugian berbilion ringgit.

Sebagai
menteri dalam negeri saya telah mengarahkan pihak polis supaya
menyiasat kes ini secara profesional tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Najib
telah mengeluarkan kenyataan dengan tujuan untuk mengelirukan orang
awam terutamanya orang Melayu dan peneroka Felda. Beliau mengatakan EHP
adalah pelaburan strategik yang baik untuk Felda dan negara.

Hakikatnya,
adalah amat tidak strategik untuk membeli EHP pada harga 300 peratus
melebihi harga sebenar. Adalah amat tidak logik dan tidak masuk akal
untuk mengatakan sedemikian.

Apa yang dibeli oleh Felda pada harga RM2.5 bilion dahulu hanya bernilai RM500 juta sekarang. Felda kerugian RM2 bilion.

Najib
juga mengatakan Felda boleh menarik diri daripada pelaburan dalam EHP
pada bila-bila masa dan membuat 6 peratus keuntungan dengan adanya “Put
Option”. Felda telah cuba untuk melaksanakan “Put Option”yang dinyatakan
oleh Najib tetapi telah dihalang daripada berbuat demikian.

Rajawali
telah memulakan prosiding timbang tara terhadap Felda di Singapura.
Hakikatnya, Felda tidak boleh melaksanakan “Put Option” dengan mudah
seperti yang disebut oleh Najib. Ini fakta yang cuba diputarbelitkan
oleh Najib.

Kita
semua mengetahui bahawa dalam penipuan korporat, penyangak akan
menyembunyikan tangan-tangan mereka dan memperlihatkan ia seperti satu
transaksi komersil yang tulen.

Kerajaan
Pakatan Harapan komited untuk mendedahkan para penyangak yang telah
menyebabkan Felda menanggung kerugian dan membawa mereka ke muka
pengadilan. Semua pihak yang terlibat mesti dipertanggungjawabkan di
atas perbuatan salah laku mereka.


TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN adalah Presiden Bersatu dan menteri dalam negeri.

Rencana ini tidak semestinya mewakili pendirian rasmi Malaysiakini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...