SETELAH 40 tahun tegar bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim, apa yang membuatkan tokoh pendidikan, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba meninggalkan Ketua Pembangkang itu? Sedangkan beliaulah individu paling aktif dalam ABIM dan pernah meringkuk dalam penjara sebagai tahanan ISA kerana Anwar.
Gandasari diberi peluang menyelami sebab utama Sidek menolak kepimpinan Anwar kini. Mengapa pemimpin yang dahulunya beliau angkat sebagai seorang tokoh Islam yang disegani perlu ditolak demi kedaulatan Malaysia yang dicintai.Sidek berkata, sebab pertama ialah kerana Anwar kini seorang pendokong fahaman liberal dan pluralisme agama. Ianya bermula semasa Anwar memberi ceramah di London School of Economy beberapa tahun lalu. Dalam ucapannya jelas Sidek, sememangnya sarat dengan agenda pluralisme agama yang bertentangan dengan agama Islam.
Ketika itu, kata beliau, bekas Mufti Perlis turut berada pada majlis itu untuk mendengar ucapan berkenaan. Bekas Mufti itu terperanjat dengan ucapan Anwar itu lantas menegur Sidek berhubung intipati ucapan yang berbaur liberal. Sejak hari berkenaan, Sidek berasa was-was dengan agenda Anwar.
Ini kerana liberalisme agama dan pluralisme berkait rapat dengan permodenan negara tanpa ikatan agama seperti yang dianuti Barat. Hal ini pernah ditegaskan bekas rakan karib Anwar, Ustaz Ismail Mina kepada Utusan Malaysia awal tahun ini.
Jelas Sidek, agenda berkenaan terbukti terutama pendirian Anwar dalam soal penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil beberapa tahun lalu.
Sementara itu, faktor berkaitan hubungan dengan Zionis juga menjadi penyebab dengan keputusan Sidek itu. Katanya beliau tidak boleh menerima hubungan Anwar dengan Yahudi memandangkan bangsa itu mempunyai agenda tersendiri dalam menjatuhkan dunia Islam. Gerakan Freemanson mahu memastikan orang selain Yahudi hanyalah kaum umpama lembu yang ditarik hidungnya.
Gerakan itu mahu memastikan kepentingan mereka di Malaysia, Singapura, Indonesia dan lain-lain negara ASEAN. Katanya, bekas Timbalan Presiden PKR, Dr. Chandra Muzaffar amat arif dengan strategi politik Anwar ini.
Anwar juga dikatakan seorang pemimpin yang tidak mempunyai sebarang integriti dalam pendiriannya. Bukan seperti yang ditalunkan Anwar sebelum ini iaitu seseorang pemimpin perlu bersih dan berintegriti, Anwar dilihat tidak pernah menjawab sebarang kontroversi yang menyelubungi dirinya. Anwar tidak menjawab soalan wartawan dan akan menuding jari ke arah musuh politiknya.
Gandasari melihat, penolakan ramai pengikut tegarnya termasuk Sidek merupakan bukti bahawa kepimpinan Anwar kian terpesong daripada landasan Islam. Seperti yang ditegaskan anak kesayangannya, Nurul Izzah, orang Melayu kini tidak perlu dipaksa beragama.
Gandasari percaya ramai pemimpin PKR yang keluar parti kerana prinsip, bukan kerana nilai wang ringgit dan kuasa. Seperti Sidek, apakah yang boleh diraih beliau selepas meninggalkan Anwar? Hanyalah keinsafan yang mengiringi beliau setelah sedar dengan kelakuan Anwar yang songsang itu.
Sumber ThePerakToday
No comments:
Post a Comment