PETALING JAYA: Parlimen Malaysia penggal ke-12 dibubar secara rasmi pada
Rabu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13)
diadakan.Pembubaran berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak menerusi ucapan khas yang disiarkan secara langsung di
televisyen kira-kira pukul 11.30 pagi.Menurut Najib, pembubaran
berkenaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong ketika beliau
menghadap baginda awal pagi Rabu."Pada pagi ini saya telah pun menghadap
Yang Di-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon
perkenan supaya Parlimen ke-12 dibubarkan pada hari ini."Sehubungan itu
selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, baginda telah pun
memperkenankan agar Parlimen ke-12 dibubarkan berkuat-kuasa hari ini,"
katanya.
Beliau sebelum itu mempengerusikan mesyuarat Kabinet terkahir di Putrajaya.
Pada sidang media khas itu juga Perdana Menteri meminta semua ketua kerajaan negeri mendapatkan perkenan daripada ketua negeri masing-masing bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri.
"Saya menasihatkan kepada ketua-ketua kerajaan negeri yang berkenaan untuk menghadap ketua-ketua negeri mereka bagi mendapatkan perkenan pembubaran DUN masing-masing agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak seluruh negara," katanya.Sementara itu Najib turut menasihatkan semua parti politik yang akan bertanding pada PRU akan datang supaya mengamalkan prinsip demokrasi demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan nasional."Semua parti politik yang memilih untuk terlibat di dalam proses pilihan raya kali ini perlulah bertanggungjawab. Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing maka ada pihak yang cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yang bakal diadakan.
"Insaflah dan ambillah iktibar dari apa yang telah berlaku di negara-negara lain di mana taktik ini telah cuba diguna pakai. Kesan akhirnya proses dan keputusan pilihan raya di negara-negara tersebut tidak lagi diyakini dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk dari parti yang mengamalkan taktik tersebut telah ditolak rakyat. Negara akhirnya menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran nasional merudum dan akhirnya rakyat menderita," katanya.

Hujan Rahmat membasahi Putrajaya ketika YAB DS Najib Razak mengumumkan pembubaran Parlimen di Putrajaya Pagi tadi |
Alhamdulillah...
saat yang di nanti-nantikan sudah tiba setelah YAB DS Najib Razak
telah mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa pada hari ini...
Maka siap siaga la segala jentera-jentera Barisan Nasional untuk
menentang Pakatan Haram dari terus menipu rakyat Malaysia.
Pilihan Raya Yang Bebas dan Adil
April 2nd, 2013 by Najib Razak
Kita akan menghadapi Pilihan Raya Umum
ke-13 tidak lama lagi. Pada ketika itu, rakyat Malaysia akan keluar
mengundi untuk memilih calon serta parti yang dirasakan layak untuk
diberi kuasa mentadbir negara selama tempoh beberapa tahun. Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) selama ini telah bekerja keras bagi memastikan suara
rakyat itu dapat dinilai secara adil. Untuk itu, SPR telah
memperkenalkan tiga inisiatif untuk memastikan pilihan raya di negara
ini dapat dilaksanakan dengan bebas dan adil.
Pertamanya, SPR telah mengambil beberapa
langkah untuk memastikan senarai pemilih yang berdaftar tepat serta
sentiasa dikemaskini agar tidak timbul soal penipuan dan pengundi hantu.
Beberapa kempen telah dilancarkan untuk menggalakkan pengundi menyemak
nama mereka serta kad pengenalan masing-masing dalam senarai undi yang
telah didaftarkan.
Keduanya, SPR juga telah mula membenarkan
undi pos kepada rakyat Malaysia dan ini merupakan satu sejarah baru di
negara kita. Ini antara lain memberi kelayakan kepada rakyat Malaysia
yang tinggal di luar negara dari Australia dan United Kingdom hinggalah
ke China serta Qatar untuk mengundi. Rakyat Malaysia di negara ini yang
mempunyai tugas-tugas tertentu dan dibenarkan oleh SPR juga boleh
mengundi lebih awal.
Ketiga, penggunaan dakwat kekal juga
diperkenalkan untuk mereka yang keluar mengundi. Dakwat kekal itu
diperkenalkan bagi membezakan mereka yang telah keluar mengundi mahupun
yang masih belum melakukannya bagi mengelakkan undi berganda.
Kesemua insiatif itu adalah sebahagian
daripada perkara yang telah diambil kira oleh SPR bagi memastikan sistem
demokrasi di negara ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
Sebagai pemimpin politik juga, saya telah melaksanakan peranan apabila
menandatandangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency
International baru-baru ini dan saya juga akan memastikan setiap calon
Barisan Nasional juga menandantangani ikrar yang sama.
Kini, semuanya terserah kepada anda untuk menghadapi musim pilihan raya yang bakal tiba. Mari maju ke hadapan bersama.
No comments:
Post a Comment