Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, April 1, 2013

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menasihatkan Khairul Fahmi agar Bertaubat Nasuha

SHAH ALAM: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata Penolong Setiausaha 1 Pemuda PAS, Khairul Fahmi Mat Som tidak sepatutnya menyamakan Nabi dalam apa perkara.Khairul Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata Nabi Muhammad SAW akan turut dilibatkan dalam video seks yang didalangi Umno, menerusi laman twitternya, 27 Mac lalu."Menyamakan sesuatu dengan Nabi Muhammad SAW adalah tidak patut sama sekali."Kalau saya masih berada dalam kepimpinan PAS, saya akan pastikan Kahirul Fahmi dipanggil untuk beri keterangan kerana ini soal serius iaitu berkaitan dengan akidah, perjuangan parti Islam dan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13)," kata Hasan.


Sementara itu, Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut menasihatkan Khairul Fahmi agar bertaubat nasuha kerana tindakan keterlaluannya yang dianggap menghina Nabi.

Menurutnya, Nabi adalah istimewa dan tidak boleh dibuat perbandingan kerana Baginda seorang yang maksumiaitu terpelihara daripada segala dosa.

"Seseorang yang soleh berakhlak mulia, terpuji pasti cukup takut untuk membuat kenyataan seumpama itu.

"Mereka harus menjaga tutur kata, perbuatan dan tulisan mereka," katanya.

Perbuatan Kahirul Fahmi itu boleh dikategorikan sebagai fasik, kata Noh gadut lagi.Dalam pada itu Khairul Fahmi mengaku menaikkan status itu dan berkata mempunyai alasan tersendiri mengapa beliau berbuat sedemikian."Itu kenyataan saya sendiri. Akaun saya tidak diceroboh."tunggu saja nanti, sekarang saya tidak mahu cakap apa-apa lagi. Setiap orang ada persepsi sendiri, setiap yang berlaku pasti ada sebab," ujarnya.Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata perumpamaan yang diberikan Kahirul Fahmi itu tidak sesuai.



Beliau berkata kenyataan Khairul Fahmi mungkin merujuk kepada sikap Umno yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengatasi musuhnya.“Benda ini (video seks) tidak wujud dan adalah mustahil untuk Baginda melakukannya. Mungkin perbandingan yang dibuat hanya untuk menunjukkan betapa teruknya Umno.

“Mereka sanggup keluar video tidak baik orang tidak bersalah. Jika Umno wujud pada zaman Rasulullah, mungkin mereka akan buat perkara itu,” katanya.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. aslasamualaikum. org yg bijak mampu menilai kenyataan..bg kurg bijak mcm2 alasan dn kenyataan. tp ape sy pekatekan kpd dto nor.sbenarnye die yg plu bertaubat nasuha jng nk menindas ank yatim,jng gune kuase yg ad sewenang2nye menindas org lain. igatlah usia makin hampir.. allah swt itu maha adil.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...