Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, April 5, 2013

Dun Johor dibubar, negeri ke-7 ikut pusat

Wartawan Sinar Harian
4 April 2013
PRU13
PRU13
SENAI  - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah memberi perkenan untuk membubarkan Dun Johor berkuat kuasa semalam.

Pembubaran Dun Johor membolehkan pilihan raya umum negeri diadakan serentak dengan peringkat parlimen susulan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membubarkan Dewan Rakyat semalam.

Kenyataan Pejabat Menteri Besar menyebut Sultan Johor memberi perkenan pembubaran Dun berkuat kuasa semalam untuk membolehkan pilihan raya negeri diadakan.

Pilihan raya negeri boleh diadakan serentak dengan pilihan raya umum ke-13.
Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat.

Pada pilihan raya umum lepas, BN memenangi 25 daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Johor manakala DAP memenangi satu kerusi  - Parlimen Bakri.  Di peringkat kerusi Dun pula, BN memenangi 50 kerusi, Pas (dua) iaitu di Sungai Abong, dan Maharani, manakala DAP (empat) iaitu Bentayan, Mengkibol, Senai dan Skudai.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...