Sehingga ke hari ini tidak pernah sekali pun Datin Seri Rosmah mengeluar
ayat bahawa beliau membeli cincin itu hasil menabung dari kecil. Itu
semua dilakukan oleh puak-puak mereka sendiri dengan melakukan
pengubahsuaian pada muka depan akhbar Utusan Malaysia keluaran 8 Febuari
2008.
Lain kali kalau nak menipu pun biarlah logik sikit. Isu cincin timbul
tahun 2011. Janganlah pakai akhbar tahun 2008. Wajah akhbar pun berubah
antara tahun 2008 dengan 2011. Baca selanjutnya di sini dan sini.
Berbalik kepada isu cincin...
Saya telah membaca apa yang dinyatakan oleh isteri PM dalam buku yang
diterbitkan. Isteri PM menafikan dia membeli cincin berkenaan. Bukan
setakat menafi malah turut sama bersumpah.
Datin Seri Rosmah akui cincin berkenaan masuk ke Malaysia dan
dialamatkan ke kediaman PM untuk tujuan pameran kepada bakal besannya
(Maira Nazarbayev) yang pada ketika itu berada kediaman PM untuk
beberapa ketika bagi membincangkan majlis pertunangan anak mereka. Maira
Nazarbayev adalah 'regular customer' kepada Jewellry Jacob & Co New
York.
Jacob & Co New York telah menghantar cincin tersebut melalui
syarikat penghantaran Malca Amit New York dan masuk ke Malaysia melalui
KLIA pada 16 April 2011 . Di KLIA urusan seterusnya termasuk urusan
pengishtiharan Kastam dilakukan oleh Airoceanic Express Sdn Bhd.
Borang kastam 1-Borang pengishtiharan cincin berkenaan masuk ke Malaysia yang bertarikh 16 April 2011 |
Diringkaskan cerita, cincin tersebut masuk ke Malaysia mengikut lunas
undang-undang yang ada walaupun ianya dialamatkan ke rumah PM. Bodohlah
Rosmah kalau saat dia diserang tanpa henti-henti tiba-tiba pula beliau
import cincin dan melalui pemeriksaan Kastam. Bukankah lebih baik waktu
beliau keluar negara beliau beli cincin tersebut dan pakai di jarinya.
Tiada siapa yang tahu. Beliau berani ambil langkah tersebut kerana
beliau tahu tiada apa perlu disorokkan kerana beliau berada di pihak
yang benar. Bukan macam Anwar yang bodoh piang langgar pelacur sampai
tak sedar jam kena curi.
Setelah cincin berkenaan dipamerkan kepada Maira Nazarbaye, ianya dibawa
keluar dari Malaysia melalui KLIA dan diuruskan oleh ejen yang sama.
Sekali lagi cincin berkenaan melalui prosedur pemeriksaan Kastam
sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang negara. Cincin berkenaan
keluar dari Malaysia pada 20 April ke Singapura juga untuk tujuan
pameran kepada pelanggan Jacob & Co di negara berkenaan.
Borang kastam 2-Borang pengishtiharan cincin berkenaan keluar dari Malaysia ke Singapura yang bertarikh 20 April 2011 |
Selepas dari Singapura kita tidak tahu ke negara mana pula cincin
berkenaan dihantar untuk tujuan pameran kepada pelanggan-pelanggan Jacob
& Co. Yang saya tahu dan sahih cincin berkenaan pulang semula ke
New York dari Hong Kong pada 13 Mei 2011. Di Hong Kong mungkin cincin
berkenaan dipamerkan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang lain. Lebih
kurang sebulan cincin berkenaan terbang ke beberapa negara untuk tujuan
pameran dan akhirnya kembali ke negara asal.
Cincin berkenaan tiba semula di New York pada 13 Mei 2011 dengan pesawat Cathay Pacific (CX 888) dari Hong Kong. Format tarikh yang digunakan di borang diatas MM/DD/YY |
Borang pengishtiharan Kastam Amerika-Pengembalian produk Amerika tanpa cukai |
Kalau Datin Seri Rosmah yang beli cincin berkenaan, apa ke jadahnya
cincin tersebut masuk ke rumah PM, kemudian terbang ke Singapura,
kemudian terbang entah ke mana-mana negara , kemudian ke Hong Kong dan
kembali semula ke New York ?
Kalau ada yang tak percaya kepada dokumen di atas , sila cetak dan bawa
pergi ke Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur untuk tujuan pengesahan samada
ianya tulen atau palsu. Saya ulang sekali lagi.....bawa pergi ke
Kedutaan Amerika, bukannya lari ke Kedutaan Turki.
Sebagai penutup saya nak ingatkan sekali lagi kepada rakyat Malaysia.
Janganlah sesekali kita mengangkat seseorang dari kaum nabi luth atau
orang-orang yang bersekongkol dengan kaum nabi luth sebagai pemimpin
kita. Betapa hina dan teruknya kaum nabi luth ini sampaikan Nabi
junjungan kita pun tak mengaku mereka sebagai umatnya. Kalau kita angkat
juga mereka atau orang-orang yang bersekongkol dengan mereka sebagai
ulul amri kita, maka kita terimalah bahananya kelak. Jadikan kisah silam sebagai pengajaran yang berguna.
http://bilarentapbangkit.blogspot.com
ReplyDeletehttp://bilarentapbangkit.blogspot.com
ReplyDelete