Rahsia pernikahan ADUN PAS dengan wanita Kemboja terbongkar
Tahun 2010 seorang wanita Kemboja yang mengaku dirinya isteri kedua ADUN
PAS Melor di Kelantan telah membawa kes tuntutan mutaah ke Mahkamah
Tinggi Syariah Kota Bharu. Dalam tuntutan itu wanita berkenaan menuntut
RM 3 juta daripada bekas suaminya.
Perbicaraan kes tersebut menjadi bualan umum di Kelantan dan seluruh
negara kerana ia melibatkan seorang ADUN PAS. Dalam masa yang sama
mencemarkan reputasi PAS. Walaupun tiga tahun telah berlalu timbul
persoalan kenapa kes berkenaan senyap begitu sahaja sehingga kini ?
Rupa-rupanya kes berkenaan telah ditarik balik dan tuntutan bekas isteri
kedua adun berkenaan diselesaikan luar mahkamah. Difahamkan wanita
berkenaan berjaya mendapat RM 3 juta yang dituntut dari bekas suaminya
hasil bantuan kawasan balak yang dianugerahkan oleh Nik Aziz.
Atas alasan menjaga air muka tok guru dan PAS Kelantan Nik Aziz telah
menganugerahkan kawasan balak kepada adun berkenaan yang mana kawasan
berkenaan kemudiannya dijual dan wang digunakan untuk membayar tuntutan
wanita berkenaan.
Banyak sebab yang membuatkan PAS Kelantan takut jika perbicaraan itu
diteruskan. Kerana itulah mereka memilih untuk tidak meneruskan
perbicaraan dan cari jalan untuk selesaikan luar mahkamah bagi mengelak
PAS diaibkan. Namun begitu bangkai gajah mana mungkin ditutup dengan
daun pisang. Sebijak-bijak PAS hendak menutup kisah berkenaan akhirnya
terbongkar jua.
Jika kes tersebut dibicarakan di mahkamah tiga rahsia besar akan terbongkar.
1 - Jumlah harta yang dimiliki oleh Adun Pas berkenaan.
2 - Siapa jurunikah, saksi dan tempat bernikah.
3 - Surat nikah palsu
Pertama, ketika perbicaraan sebelum kes ditarik balik wanita berkenaan
memberitahu mahkamah bahawa beliau yakin bekas suaminya mempunyai harta
yang melebihi RM 3 juta - malaysia insider 29 sept 2010.
Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah kekayaan seorang
ADUN PAS yang sering mengaku mereka miskin, dan dari mana datangnya
hasil kekayaan itu.
Ejen nikah sindiket - kiri jurunikah, kanan saksi
Kedua, orang yang menikahkan mereka adalah ADUN PAS Air Lanas, Abdullah
Ya'kub dan saksinya adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan yang
juga salah seorang ADUN PAS di Kelantan. Mereka dinikah dalam bilik
hotel di Kemboja. Jika perbicaraan diteruskan maka akan terbongkarlah
cerita ADUN PAS menjalankan khidmat pernikahan sindiket dan kesan lebih
teruk lagi kerana yang melanggar peraturan berkenaan adalah wakil rakyat
dan seorang Speaker DUN.
Ketiga, apabila mendapat berita bekas isteri ADUN Melor akan membawa kes
berkenaan ke mahkamah, ADUN Melor telah meminta pertolongan seorang
lelaki yang dikenali sebagai Ustaz Rahimi Madani yang juga bertindak
sebagai bomoh rasmi Husam serta bomoh kepada Satay Malaysia telah pergi
ke Thailand untuk mendapat satu surat nikah yang tarikh telah
dikebelakangkan (back dated) sebagai bukti nikah kepada mahkamah. Jika
perbicaraan tersebut diteruskan maka semua ini akan terbongkar kerana
seorang adun terlibat menggunakan dokumen palsu.
Begitulah cekapnya PAS melakukan kerja-kerja mengambuskan kesalahan
orang mereka. Yang menjadi mangsa adalah tanah-tanah balak Kelantan
untuk menutup kebejatan pemimpin-pemimpin PAS, demi kepuasan nafsu ADUN
mereka mendapat 'barang baik' made in Cambodia.
Yang dapat syok adun melor, Yang hilang Tanah balak milik negeri Kelantan. Yang tanggung rugi rakyat Kelantan. Yàng bagusnya Kerajaan Pas ,Yang melopong rakyat sebodoh melayu di kelantan
ReplyDelete