Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, April 2, 2013

DS NAJIB TIRU CARA KEMPEN PEMBANGKANG???PAKAI KOPIAH PUTIH PUN SALAH. ADA NAJIB KESAH!!

PAS pertikai Najib pakai kopiah !!!


Tindakan PAS mempolitikkan kunjungan Datuk Seri Najib Razak ke Masjid Jamek Sri Petaling di sini, petang semalam membuktikan kedangkalan pemikiran pemimpin parti yang semakin terdesak.
Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad (gambar), berkata tindakan mempolitikkan kunjungan Najib ke masjid yang sinonim dengan pergerakan tabligh itu membuktikan PAS ketakutan dengan keterbukaan ditunjukkan Perdana Menteri. Beliau berkata, sebagai Perdana Menteri beragama Islam ia bukanlah satu masalah kepada pemimpin negara untuk berbuat demikian apatah lagi agama Islam bukannya hak eksklusif PAS. 
Saya nampak PAS semakin takut dan terdesak sehinggakan semua isu ingin dijadikan alat politik walaupun membabitkan hal agama,” Datuk Nakhaie Ahmad
“Apa yang menjadi masalah kepada PAS apabila Perdana Menteri ke masjid itu.... adakah hanya pemimpin PAS saja boleh mengunjungi masjid itu. Inilah masalahnya PAS kalau orang lain buat, semua salah, tidak ikhlas dihina dan sebagainya, tapi kalau mereka buat semuanya boleh dan betul saja.



Berfikiran sempit

“Bagi saya ini adalah satu tindakan bodoh PAS apabila mempolitikkan kehadiran Perdana Menteri ke masjid itu. Mereka bukan saja jumud, malah turut mengajar pengikut dan penyokong mereka supaya turut berfikiran sempit.

“Saya nampak PAS semakin takut dan terdesak sehinggakan semua isu ingin dijadikan alat politik walaupun membabitkan hal agama,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam, akhbar melaporkan Perdana Menteri mengunjungi masjid terbabit dan menunaikan solat Isyak berjemaah bersama orang ramai selain mendengar tazkirah berkaitan perjuangan Nabi Muhammad SAW disampaikan Muaz Roslan yang membaca kitab Hayatus Sohabah.

Tiru cara kempen

Rentetan itu, suara rasmi PAS HarakahDaily menyiarkan artikel dengan menyifatkan kunjungan Najib ke masjid itu sebagai meniru cara kempen pakatan pembangkang selain turut mempertikaikan tindakan pemimpin negara itu memakai kopiah ketika ke masjid berkenaan.

Mengulas mengenai perkara itu, Nakhaie berkata ia membuktikan tindakan PAS yang semakin bercelaru apabila menyifatkan apa saja hal berkaitan Islam adalah hak mutlak mereka.

“Apa masalah dia (PAS), kalau sekalipun tujuan Perdana Menteri pergi ke masjid itu untuk berkempen, orang (jemaah) boleh terima kenapa PAS mahu bising,” katanya. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...