SIAPA
C.N Al-Afghani? Di kalangan orang Pas, nama itu tidak asing. Beliau
merupakan exco Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah dari tahun 1991 hingga
1997.
Riwayat
hidupnya juga menarik. Afghani atau nama sebenarnya Zainon Ismail
pernah berjuang bersama Mujahidin di bumi Afghanistan pada sekitar tahun
1988.
Beliau
juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) atas
tuduhan mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).
Khabarnya,
Afghani tidak lagi bersama Pas. Beliau kini aktif menulis buku termasuk
mendedahkan kepincangan dan kesesatan dalam Pas.Mengapa beliau yang dikenali sebagai aktivis tegar Pas meninggalkan parti itu?
Rupa-rupanya
ada cerita di sebalik perubahan beliau. Afghani telah menulis sebuah
buku bertajuk Air Mata Di Bumi Memali yang diterbitkan pada 2010. Dalam
buku itu, beliau telah mendedahkan isu penyelewengan Tabung Mangsa
Memali, iaitu tabung yang dilancarkan oleh Pas bagi membantu anak yatim
dan balu mangsa Memali.
Pendedahan tersebut mencetuskan kontroversi. Isu tersebut panas dan ternyata ramai pemimpin Pas kurang senang.Afghani sendiri mengaku beliau menerima ugutan sehingga terpaksa membuat aduan polis selepas penerbitan buku itu.
Dari
orang Baling untuk Rakyat Baling.... Jom kita dengar kupasan dan
penjelasan dari Cikgu Non yang selama ini berjuang dengan "AMANAT HJ
HADI" sehinggakan sanggup mengkafirkan IbuBapa sendiri.
Jom
orang Baling, kita pakat 'mai dengaq' apa yang hendak di luahkan dan
diberikan kepada kita terutamanya ahli-ahli Pas sekalian. Cuba jangan
pekakan telingan, jangan nafikan hak hati.. jom fikirkan dengan akal
yang waras...
No comments:
Post a Comment