Ketua Cawangan Dap Dipukul
Budaya samseng memang tidak boleh dipisahkan dari dasar perjuangan
pakatan pembangkang. Umpama aur dengan tebing, saling perlu memerlukan.
Mereka hebat bila berkata-kata tapi hancur dari segi pelaksanaan.
Perjuangan yang kononnya atas konsep Malaysian Malaysia, sama rasa sama
rata hanyalah retorik politik semata.
Kesamsengan parti pembangkang seperti Dap dizahirkan baru-baru ini
apabila mengupah kongsi gelap untuk memukul dan mencederakan bekas ahli
Dap Taman Nesa malam semalam, Murugan A Kaliappan dan Thulasi Das
Visuvalingam.
Cerita bermula apabila mereka tidak puas hati dengan cara Dap Johor
mengendalikan mesyuarat. Menurut mereka mesyuarat Dap dijalankan dalam
bahasa cina yang tidak difahami oleh ahli yang berketurunan India.
Tambah memedihkan hati mereka ialah apabila Dap Johor menyatakan bahawa undi kaum India tidak diperlukan. Mereka merasakan kenyataan sebegitu terlalu melampau dan tidak boleh diterima dari seorang pemimpin yang melaungkan dasar sama rata.
Dap Cawangan Taman Nesa yang tidak lagi boleh bersabar dengan tindakan
tersebut, telah meminta agar Karpal Singh campurtangan bagi
menyelesaikan kemelut Dap di sana.
Tapi sayang Karpal tak berani berdepan dengan masalah yang sedang
meluap-luap. Maklumlah diri sendiri pun tak sempurna (OKU), bagaimana
hendak selesaikan masalah orang lain.
Terpaksalah Kit Siang turun padang seolah-olah beliau amat perihatin
dengan isu yang melanda peringkat cawangan. Dan kebetulan pula Kit Siang
semalam akan melancarkan Deklarasi Gelang Patah di Johor Bahru.
Kehadiran Kit Siang dilihat satu kesempatan kepada bekas ahli Dap Taman
Nesa ini untuk berpiket. Kedua-dua mereka yang telah dipecat ini pada
tanggapan Dap merupakan satu beban dan mencalarkan imej mereka.
Sudahlah dipecat tapi masih lagi hendak menunjukkan samseng dan rasa tak puas hati di depan pemimpin tertinggi Dap.
Oleh kerana sering membuat kacau dalam mana-mana persidangan atau
konvesyen, Murugan dan Thulasi malam semalam menerima akibatnya apabila
dipukul dan dibelasah dengan teruk oleh sekumpulan samseng upahan Dap.
Satu laporan polis telah dibuat oleh mereka.
Itulah Dap sebuah parti yang hanya tahu bercakap tapi tak tahu buat.
Sebuah parti yang tidak boleh ditegur dan diberi pandangan.
Malanglah bagi sesiapa yang berani menegur dan memberi pandangan ikhlas
cara-cara memajukan parti. Dan lebih malang lagi bagi sesiapa yang
menyertai parti itu.
Bermula daripada kita menulis borang keahlian, bermakna kita sedang melangkah ke alam malang yang tidak bertepi.
Dap dan samsengnya, PKR dan seksnya manakala Pas dan fatwa sesatnya.
Kesemua persamaan ini menunujukkan bahawa pakatan pembangkang merupakan
pakatan songsang dimana masing-masing ada kejelekkannya yang mudah
dihidu oleh rakyat.
No comments:
Post a Comment