Rasa seperti tidak percaya. Tapi inilah realitinya. Pemimpin Ulama' PAS seorang demi seorang berundur dan menentang pendirian PAS yang dikuasai golongan Pro Erdogan yang kini semakin lincah berperanan Parasit PAS.
Salah seorang yang diikhtiraf Ulama PAS satu ketika dahulu iaitu Ustaz Hassan Basri kini dihina dengan begitu mengaibkan. Ini semua gara2 tindakan bekas Ketua Penerangan PAS Selangor itu bertindak menyokong dan menyertai Road Show Hassan Ali yang didakwa mengkhianati etika Buku Jingga.
Tatkala menonton Ucapan Ustaz Hassan Basri, termenung seketika apabila individu sepaerti Khalid Samad boleh menghina beliau. Adakah berceramah membawa mesej Akidah itu dianggap khianat? Adakah ceramah yang membicarakan tentang Pencegahan Arak dan Judi itu Munafiq?
PAS semakin 'berani' menanggung dosa. Khalid Samad mengahina setiap Ceramah yang disampaikan Hasan Basri seperti paparan video di atas. Tonton dan hayati. Sekarang ini, mana2 Pemimpin PAS yang bicara soal Negara dan Undang2 Islam adalah Agen UMNO.
Yang bicara soal Perlaksanaan Islam Negeri juga Agen UMNO. Bicara soal mennyekat penjualan arak dan judi pun agen UMNO.. Bagus betul 'Agen UMNO' ini ye. Khalid Samad silap dalam isu Hasan Ali dengan membuat pertuduhan yang bakal memakan diri. Ustaz Hasan Basri kamu hina seolah2 kamu lebih layak berbiicara tentang Agama mengatasi beliau.
No comments:
Post a Comment