Hari ini adalah sambutan Thaipusam bagi masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia dan seperti biasa Kuil Sri Subramaniyar di Batu Caves pasti menjadi tumpuan. Blog ini ada mendedahkan ancaman dan ugutan pihak yang tidak bertanggungjawab dari PKR yang cuba menggugat keharmonian sambutan hari Thaipusam yang akan turut disertai oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Abd Razak untuk bersama-sama RAKYAT.
http://minda-hijrah.blogspot.com/2012/02/bikin-panas-pemimpin-india-pkr-mabuk.html
http://minda-hijrah.blogspot.com/2012/02/dey-tambi-sudah-mabuk-ka.html
Tindakan biaDAP kumpulan parti politik pembangkang ni bukan setakat ini sahaja tetapi melampaui nilai hidup kemanusian dan kemasyarakatan dengan menghasut kaum India untuk terus membenci kumpulan majoriti iaitu kaum Melayu di Malaysia.
Pelbagai tohmahan dan FITNAH telah dijaja untuk menyemai politik kebencian dan mengganggu gugat keharmonian kaum yang telah terbina sejak merdeka.
Lebih dari itu, sebelum pihak banyak pihak termasuk pihak berkuasa diFITNAH oleh golongan pelampau Hindu seolah-olah kerajaan bertindak zalim terhadap mereka hanya kerana beberapa insiden terpencil yang berlaku.
Sebagai warganegara yang waras dan matang, RAKYAT seharusnya menolak politik sempit puak pelampau ini dan bersama-sama membangunkan negara Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dan berbilang kaum.
Mungkin puak pelampau ini lupa bahawa pengagihan kekayaan negara boleh dinikmati oleh sesiapa sahaja tanpa mengira warna kulit dan agama. Lihat sahaja kedudukan golongan terkaya di Malaysia yang mana ianya tidak dikuasai oleh golongan majoriti Melayu tetapi oleh golongan yang kuat bekerja dan bijak mengambil peluang. Perlu diingat bahawa ramai kalangan rakyat Malaysia yang telah diberi peluang oleh kerajaan tetapi mereka GAGAL.
Sempena sambutan hari Thaipusan ini, saya mengajak RAKYAT untuk menilai kembali samada kita semua mampu menerima politik kebencian yang cuba dimainkan oleh puak pelampau dan pembangkang.
No comments:
Post a Comment