Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, February 7, 2012

PKR MB SELANGOR MEMPERTAHANKAN ELI ( BAB BULU???)TAPI HASAN ALI ( DIPECAT EXCO) KERANA AQIDAH ISLAM

PAS SIAP SEDIA 'FATWA MUNAFIQ' TERBARU BELA SKANDAL ELI WONG..!!




Buat pertama kalinya Seketeriat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor mengeluarkan kenyataan media berkenaan isu Peribadi seorang Exco yang pernah dikaitkan dengan isu skandal dan moral yang kini masih memegang jawatan dan dipertahankan.

Kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu menyentuh laporan media mengenai seorang lelaki yang mengaku ahli parti itu ditahan di Indonesia kerana cuba buat pasport negara itu menggunakan identiti palsu.

Berita yang tersebar sejak dua tiga hari itu juga mengaitkan lelaki dengan nama Indonesia Azmin Heli itu sebagai individu yang sama dicari polis berikutan tersebarnya gambar tak senonoh milik seorang exco Selangor.

Pejabat MB Selangor dalam satu kenyataan petang Isnin berkata, kerajaan negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi ke atas kerajaan, pemimpin serta pentadbiran Negeri Selangor.

Perkara itu juga akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan dengan kadar segera.

"Kerajaan Negeri berpendirian bahawa adalah tidak beretika jika terdapat sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahgunakan isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu," menurut kenyataan itu.

Lelaki tersebut ditangkap oleh Imigresen Indonesia pada 2 Feb atas dakwaan memiliki pengenalan diri palsu dan tinggal melebihi masa yang dibenarkan.

Ketua Imigresen Batam, Gindo Ginting berkata, lelaki itu ditahan kerana berkelakuan mencurigakan ketika sedang membuat urusan passport di pejabat Imigresen, Jumaat lalu.

"Pemeriksaan mendapati, dia memiliki pasport Indonesia, kad pengenalan dan kad keluarga palsu yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Batam. Suspek juga memiliki passport Malaysia.

"Dia menggunakan nama Azmin Heli dan berasal dari Kuala Lumpur dengan alamat terakhirnya Jalan 4H, Ampang dan dilahirkan pada 27 Mei 1975," katanya yang dipetik dari portal Detiknews.com.

Menurutnya, lelaki berkenaan memasuki Indonesia melalui pelabuhan Tanjung Balai Karimun pada 15 Februari 2009.

"Setelah disoal siasat, Helmi didapati tinggal lebih dari jangka masa yang dibenarkan menggunakan visa sementara. Dia juga mengaku menetap di beberapa buah bandar di Indonesia termasuk di Pekanbaru, Jakarta malah di beberapa daerah seperti Cengkareng, Cingkawang dan Pondok Kelapa," katanya.

Gindo berkata, suspek memberitahu dia dinasihatkan tinggal sementara di Indonesia oleh keluarga dan pimpinan PKR kerana didakwa diancam kerajaan Malaysia.

Katanya, selama dia melarikan diri ke Indonesia perbelanjaannya ditanggung parti itu dan keluarganya.




LELAKI DITAHAN DI INDONESIA: KERAJAAN NEGERI TELITI LAPORAN SEBELUM TINDAKAN SUSULAN

Kerajaan Negeri Selangor mengambil berat dengan spekulasi susulan laporan penahanan seorang lelaki oleh pihak berkuasa Indonesia yang dikaitkan dengan Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dan Exco Kerajaan Negeri, Yb Elizabeth Wong.

Kerajaan Negeri akan meneliti laporan yang dibangkitkan media dan akan membuat tindakan susulan jika ia memberi implikasi kepada kerajaan, pemimpin dan pentadbiran Negeri Selangor.

Perkara ini juga akan dibawa ke Mesyuarat Biro Politik PKR pada Rabu ini dan sebarang keputusan akan diumumkan kepada rakyat dengan kadar segera.

Kerajaan Negeri berpendirian bahawa adalah tidak beretika jika terdapat sebarang cubaan daripada pihak-pihak tertentu untuk menyalahguna isu ini bagi mempertikaikan kredibiliti seseorang individu.

Kerajaan Negeri menyeru rakyat supaya tidak mengizinkan politik kotor dan serangan peribadi digunakan untuk mengalih pandangan terhadap agenda utama Kerajaan Negeri yang mentadbir Negeri Selangor secara telus, berkesan dan efektif yang diterapkan dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).


SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...