Buang Nama Syarikat Yang Ada Kaitan Dengan Adun PKR
Info dalaman dari Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang kami terima lewat malam tadi.
Sebaik sahaja pengendali portal malaysia today, Raja Petra mendedahkan skandal rasuah perlombongan pasir di Selangor yang membabitkan dua orang adun PKR dengan bukti-bukti yang cukup sahih , pihak atasan KSSB telah menerima panggilan dari setiausaha politik MB Selangor , Faekah Hussin supaya semua fail berkenaan syarikat berkenaan dilarikan.
Pihak KSSB juga diminta membuang nama syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd dalam senarai kontraktor KSSB, termasuklah yang dipamerkan di laman web mereka di sini.
Setelah semuanya selesai petang semalam, KSSB diarahkan untuk membuat kenyataan media yang mengatakan syarikat Double Dignity (M) Sdn Bhd tidak pernah berdaftar dengan KSSB dan tidak pernah mendapat kebenaran melombong pasir di Selangor.
Difahamkan fail-fail berkaitan Double Dignity (M) Sdn Bhd yang dilarikan dari pejabat KSSB diserahkan kepada Faekah atas alasan arahan MB.
PKR tahu kes ini kes besar kerana bukti yang cukup sahih yang dikemukan Raja Petra. Jika mereka tidak bertindak segera dengan cara menipu maka mereka akan hancur dalam PRU akan datang. Tetapi sejauh manakah mereka mampu berbohong ?
Posted by wak cetuk
No comments:
Post a Comment