Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, February 5, 2012

Kuasa Ketiga Penting Untuk Keharmonian Bagi Kecelaruan Politik Malaysia

Kuasa Ketiga Penting Untuk Keharmonian

Kuasa Ketiga Penting Untuk Keharmonian

Perlukah kuasa ketiga sebagai satu entiti dalam senario politik tanah air?

Kalau perlu, siapakah sebenarnya mereka? Adakah mereka ini golongan yang kecewa dengan parti lama mereka, atau yang kononnya membawa perjuangan baru, atau sekadar berupa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memeriahkan suasana termasuk dengan politik jalanan?

Kalangan pemerhati politik dan sosial berpendapat istilah 'kuasa ketiga' boleh dirujuk kepada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan yang secara terancang atau tidak, tetapi terkait dengan agenda perjuangan yang sama, yang tampil bersama menyuarakan pandangan dan tuntutan yang serupa atau;

Gabungan suara-suara bebas yang jelas memperjuangkan sesuatu agenda tetapi tidak berkaitan dengan mana-mana parti pembangkang atau pun kerajaan walaupun suara-suara mereka berkemungkinan cenderung kepada pihak tertentu.

Kuasa ketiga tanpa simbol dan slogan boleh berupa kumpulan yang kecewa dengan parti lama mereka, yang menonjol kerana bersuara lantang dan mampu mempengaruhi golongan majoriti senyap dengan idea dan pandangan yang bertentangan dengan parti-parti politik.

Dalam perkembangan politik semasa tanah air, kuasa ketiga menjadi sebutan semula berikutan rentetan peristiwa melibatkan bekas Exco kerajaan negeri Selangor yang dipecat daripada parti PAS Datuk Dr Hasan Ali, yang dikatakan melalui NGO Jati akan mengetuai kuasa ketiga.

Namun bagaimana pula dengan NGO yang telah lebih dahulu bergerak seperti Konsensus Bebas Parlimen (dianggotai empat anggota Parlimen Bebas), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Persatuan Dong Jiao Zong? Bukankah mereka juga kuasa ketiga?

Beberapa pemerhati politik berpendapat, kuasa ketiga perlu menjadi satu entiti berpaksikan konsep tidak terikat kepada Barisan Nasional (BN) mahupun pembangkang, sebaliknya bertindak sebagai pelengkap, pemerhati dan akan bersuara sekiranya perlu dalam pelbagai isu melibatkan kepentingan sosial yang luas, malah isu politik juga.

Trend ini berbeza di zaman pasca kemerdekaan apabila kuasa ketiga rata-rata diwakili oleh persatuan penulis, persatuan guru-guru dan seumpamanya yang tampil mengemukakan pelbagai pandangan tersendiri dalam membantu melicin dan melancarkan pentadbiran sebuah negara baru.

Menurut Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Mohamad Faisol Keling, kewujudan kuasa ketiga adalah kritikal bagi memastikan segala keputusan dan dasar yang diambil sama ada oleh pihak BN atau pembangkang adalah telus.

Katanya BN mahupun pembangkang harus sedar antara faktor kewujudan kuasa ketiga ini adalah akibat rasa tidak puas hati terhadap dasar-dasar yang dibawa kedua-dua belah pihak.

"Bagi kedua-dua pihak, selain masyarakat, mereka perlu meraih sokongan menyakinkan pihak ketiga ini kerana ia memberi kesan besar dan boleh mempengaruhi kemenangan serta menentukan pembentukan kemenangan kerajaan selepas pilihan raya," katanya kepada Bernama.

Justeru, beliau berkata, kuasa ketiga patutnya memerhati, menganalisis dan menyuarakan pandangan bebas mengenai tindak tanduk parti-parti politik sama ada membawa kebaikan atau keburukan untuk rakyat dan negara, atau mengemukakan idea alternatif ke arah yang lebih baik dan harmoni.

Bagaimanapun, menurut beliau, terdapat segelintir kumpulan kuasa ketiga ini dikhuatiri akan mewujudkan perpecahan yang lebih luas di kalangan rakyat sehingga boleh menjejaskan perpaduan yang telah dipupuk sekian lama.

"Adalah wajar sekiranya masyarakat lebih teliti dalam membuat penilaian terhadap perjuangan kumpulan yang mahu digelar kuasa ketiga ini, kerana mereka juga secara tersirat boleh jadi mempunyai matlamat berbau politik," katanya.

Seorang lagi penganalisis, Datuk Dr Zainal Abidin Borhan berkata, kemunculan kuasa ketiga merupakan kesan daripada pelbagai polemik dan permasalahan politik dan bukan politik, yang tidak hanya wujud di Malaysia tetapi juga di banyak negara lain.

"Dari satu sudut, kita melihat kemunculan kuasa ketiga sejak dahulu kerana ada ruang untuk berbicara, sekaligus membuktikan demokrasi itu telah lama wujud, berlainan dengan apa yang diuar-uarkan pembangkang kononnya kerajaan menyekat kebebasan bersuara".

Zainal Abidin, yang juga setiausaha Persatuan Penulis Nasional Malaysia berkata kemunculan kuasa ketiga tidak harus dikaitkan hanya dengan kekecewaan segelintir golongan atau individu semata-mata.

Masyarakat perlu mematangkan diri bagi menilai peranan sebenar kuasa ketiga ini, katanya, yang menambah bahawa rakyat juga memerlukan ilmu dan mengetahui perkembangan semasa, barulah dapat melihat peranan sebenar kuasa ketiga yang seharusnya menjadi nadi pengimbang di antara kerajaan dan pembangkang.

"Apa pun kuasa ketiga mestilah berperanan positif, menjadikan perpaduan dan keharmonian hidup bermasyarakat berbilang kaum sebagai objektif utama, dan tidak mengkritik secara politik melulu," katanya.

Sependapat dengan Zainal Abidin, Naib Presiden Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela Selangor, Dr Ibrahim Ghaffar menyarankan masyarakat mengambil pendekatan lebih ilmiah dalam menilai peranan kuasa ketiga itu.

Ibrahim lebih cenderung melihat kuasa ketiga sebagai golongan yang bebas daripada sebarang pengaruh politik, yang mempunyai peranan terbesar memupuk keharmonian yang lebih utuh dan ikhlas menjadi suara sebenar hasrat dan aspirasi rakyat yang gagal diperjuangkan atau tertinggal oleh parti-parti politik.

"Tidak boleh dinafikan ada kelompok atau individu yang tulen yang jujur ikhlas dan tidak berkepentingan menggerakkan kuasa ketiga, tetapi juga tidak boleh dinafikan ada kelompok yang akan ambil kesempatan untuk kepentingan tertentu sama ada untuk dirinya, kelompok atau pertubuhannya".

Oleh itu, saran beliau, untuk membuat kebaikan bagi kuasa ketiga yang penting dicari ialah titik persamaan, kerana perbezaan akan hanya membawa kemudaratan.

"Saya juga nak tekankan dalam apa juga perkara, ingatan kepada pucuk pimpinan, 'hi tech' sama ada teknologi, zahiriah, pembangunan, infrastruktur mesti diseimbangkan dengan 'hi touch' rohani, kesederhanaan oleh semua pihak supaya kita tak mahu lahirkan generasi robot tapi generasi umat," katanya.

BERNAMA



Source: Berita Nasional

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...