Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, February 8, 2012

[DS Rais Yatim sila jawab isu INI?????

Halang Akses Ke Freemalaysiakini.com, SKMM Akan Lakukan Strategi Yang Sama Ke Atas Blog Pro-BN Semasa Pilihan Raya Nanti?

February 7, 2012 · 32 Comments


[DS Rais Yatim sila jawab isu ini, jangan nanti YB dianggap berkompromi dengan Malaysiakini untuk elakkan menjadi bahan hentaman portal tersebut sahaja- editor]

Mykmu.net menerima ribuan emel ingin mengetahui mengapa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menghalang akses ke www.freemalaysiakini.com atas alasan phishing. Mereka mendakwa portal tersebut hanya merupakan portal yang menyiarkan pelbagai berita dan rencana terutamanya daripada laman www.malaysiakini.com, Bernama, agensi berita asing dan suarapakatanrakyat.com.

Menurut blogger Uppercaise – https://uppercaise.wordpress.com/2012/02/05/govt-blocks-pirate-malaysiakini-site/, Malaysia’s Internet regulator, the communications commission MCMC, has blocked the Free MalaysiaKini pirate web site, which reproduces news articles and commentaries from subscription-only Malaysia Kini. The commission has listed the pirate site as an anti-phishing site and blocked it as part of an anti-phishing initiative to protect Malaysian Internet users.

Ramai yang mempersoalkan bagaimana sebuah laman berita sedemikian boleh dianggap phishimg sedangkan laman tersebut tidak pernah meminta sebarang kata laluan atau butiran akaun bank mahu pun portal lain. Lebih mengelirukan ialah rekabentuk portal tersebut sendiri jauh berbeza dengan Malaysiakini.com jika ia dianggap mengelirukan pembaca portal Malaysiakini.com.

Bagi sebahagian pembaca pula menganggap tindakan semberono SKMM tanpa sebarang aduan mahu pun penyiasatan dan pembuktian menunjukkan ada agenda tersembunyi Rais Yatim berpakat dengan pengendali Malaysiakini.com bagi mengelakkan beliau menjadi sasaran politik Malaysiakini pada masa akan datang.

Namun melihat situasi yang berlaku, MYKMU percaya kerja sebegini dilakukan oleh pegawai teknikal SKMM yang mungkin mempunyai kepentingan dengan Malaysiakini.com ada bersimpati dengan portal pro Pakatan Rakyat tersebut.

Menurut pakar perundangan IT yang kami temui, “tindakan menghalang akses ke portal freemalaysiakini.com boleh dianggap sebagai tindakan aggresif SKMM yang melanggari prinsip asal kerajaan ketika memperkenalkan Multimedia Super Corridor (MSC). MSC antara lain berjanji bahawa kerajaan Malaysia untuk tidak mngadakan sebarang sekatan terhadap internet atau ruang siber. Inilah juga yang dipertahankan oleh kerajaan ketika beberapa pihak suatu ketika dahulu meminta kerajaan menyekat semua laman web lucah daripada akses menggunakan penyedia internet tempatan.”

Pakar perundangan ini juga mempersoalkan siapakah yang memberi hak dan kuasa undang-undang kepada SKMM untuk menghalang akses kepada mana-mana portal atau blog. Menurut beliau sebarang tindakan sedemikian harus dikemukakan dengan bukti phishing dan dalil-dalil undang-undang yang sah.

“Namun saya percaya, SKMM berani bertindak sedemikian kerana pengendali freemalaysiakini.com tidak akan ke hadapan memngambil tindakan undang-undang terhadap SKMM. Pengendali Malaysiakini mungkin takut berhadapan dengan ancaman dan tindakan luar batas undang-undang oleh mereka yang mempunyai kepentingan dengan Malaysiakini. Dalam keadaan ini, pegawai SKMM yang terbabit percaya beliau akan terlepas begitu sahaja.”

Menurut penyelidikan ringkas MYKMU, freemalaysiakini.com merupakan portal berita yang banyak menyiarkan berita-berita Malaysiakini secara percuma sedangkan ia perlu dibayar jika dibaca di Malaysiakini. Namun jika diperhatikan, Malaysiakini juga banyak meletakkan berita-berita dari agensi berita lain terutamanya Bernama dalam ruangan berita berbayar mereka dan ini menimbulkan persoalan apakah mereka berhak melakukannya.

Namun isu yang lebih penting di sini ialah apakah SKMM mempunyai batas ruang kerja yang begitu besar sehingga boleh menghalang akses mana-mana portal dan blog sesuka hati mereka?

Menteri terbabit, Datuk Seri Rais Yatim perlu menjelaskan isu ini. Mengapa pegawai SKMM boleh bertindak sewenang-wenangnya tanpa penjelasan dan melalui prosedur perundangan. Apa akan terjadi jika pada masa pilihan raya nanti pegawai yang sama mengambil tindakan menghalang akses ke laman-laman pro Barisan Nasional dan ketika itu Rais hanyalah “Caretaker Minister” yang tidak berkuasa sepenuhnya?

By

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...