Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, February 7, 2012

Buku Jingga Baru Janji, BN Dah Buat (II)



Buku Jingga dilancarkan oleh Pakatan Rakyat pada 2010 sebagai janji pilihan raya ke-13. Sungguhpun ia menjanjikan yang muluk-muluk namun adakah ia mampu diterjemahkan sebagai realiti atau sekadar menjual mimpi menjelang pilihan raya umum. Blog ini membuka perdebatan...

Janji Buku Jingga


"Memberikan bantuan untuk meringankan beban keluarga ibu tunggal yang miskin dan memerlukan."


Ulasan


Kerajaan Barisan Nasional melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyalurkan RM100 sebulan seorang tiap kanak-kanak dan RM450 untuk sekeluarga. JKM juga menyediakan Geran Pelancaran RM2700 bagi menggalakkan ibu tunggal berdikari dengan aktiviti perniagaan, pertanian dan sebagainya. Kerajaan Pakatan Selangor bagi apa? Janji pilihan raya dulu tinggal janji sahaja.

Janji Buku Jingga:
Mengambil kira perspektif gender dalam merangka belanjawan dan dasar-dasar negara.

Ulasan:

Selama ini memang Kerajaan Barisan Nasional melalui peranan Kementerian Kewangan telah mengambil kira perspektif gender dalam penyediaan budget di kementerian masing-masing. Ketika ini kerajaan dalam usaha untuk melaksanakan outcome-based budgeting(OBB) yang mempunyai persamaan dengan Bajet Gender.

Janji Buku Jingga:

Memperkenalkan program kepekaan jantina ke dalam kurikulum sekolah.

Ulasan:

Kerajaan Barisan Nasional telah meminda kandungan buku teks dan program pendidikan supaya tidak terlalu memberi penekanan terhadap sesuatu gender. Kerajaan juga menerbitan buku teks Siti Aisya di sekolah rendah bagi menyemai prinsip kesaksamaan gender.

Buku Jingga:

Mengiktiraf peranan suri rumah di dalam pengukuhan institusi keluarga dan sumbangannya kepada pembangunan masyarakat dan negara.

Ulasan:

Kerajaan Barisan Nasional melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menyediakan kursus keibubapaan modul kasih, pengiktirafan kepada kaum ibu dengan anugerah Ibu Mithali serta Program Kesedaran undang-undang supaya suri rumah mengetahui hak masing-masing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...