Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Wednesday, February 8, 2012

HASAN ALI OMBAK BERTUKAR TSUNAMI : APA HAL HASAN ALI GILA TALAQ PULAK???



Hasan Ali Gila Talaq : Khalid Samad

Akhirnya khalid Samad berbunyi jua : Hasan Ali Gila Talaq !

Melalui artikel yang disiarkan di blognya, http://www.khalidsamad.com/2012/02/hassan-ali-dan-saya.html#more, Khalid Samad menegaskan bahawa segala tuduhan k eatas beliau hanya menunjukkan keadaan Hasan Ali yang gila talaq, meroyan dan tidak boleh dipercayai lagi. Beliau juga mendakwa bahawa Hasan Ali kecewa kerana tidak dapat menjadi Menteri Besar, itu juga lah yang di dakwa ADUN Salor, Husam Musa. Ternyata puak-puak parasit ini tidak dapat lagi menyembunyikan kemarahan mereka!

Semua pihak dalam PAS kini menuding jari kejadian tahun 2008 atas ikhtiar Kerajaan Perpaduan dengan UMNO.

Apa yang tidak kena dengan usaha penyatuan perpaduan ? apakah ia bertentangan dengan syarak ? apakah terlalu keji, hina dan begitu berdosa untuk berpadu dengan mereka yan sama syahadahnya, punya tuhan yang sama dan punya Rasul yang sama ? Begitulah penulis melihat betapa PAS terlalu kuat mendoktrin ahli dan kalangan keluarga ahli mereka bahawa orang yang menyokong UMNO ini begitu jijik, hina dan keji dan mesti dijadikan musuh. Sampai ramai yang terikut dengan doktrin ini hinggakan budaya benci membenci ini segar dan kuat dan menjadi salah satu asas perjuangan. Begitu jugalah dikalangan ahli fanatik UMNO yang begitu memusuhi PAS hingga punya perasaan benci yang sama.

Ini tidaklah diajar oleh agama. Usaha kearah perpaduan di juarai oleh Dewan Syura’ dan Presiden PAS sendiri dan Setiausaha Agungnya banyak mengorak langkah ke arah itu. Kenapa tidak dipecat saja Presiden dan setiausaha Agung yang banyak mengusahakan dan menghadiri pertemuan yang diatur dengan Pak Lah ketika itu ?

Salahkah Hasan Ali sebagai orang senior yang memimpin PAS Selangor bercita-cita menjadi MB ? Malah Dr Mahfuz di Johor hari ni pun dah buat kenyataan meletakkan Salahudin Ayub sebagai Calon MB Johor ? Orang politik kalau tidak ada cita-cita politik yang jelas, baik buat bisnes atau teruskan kerjaya hidup yang ada saja. Tak usah sibuk-sibuk menyibukkan diri berpolitik. Tindakan Hasan Ali berhubungan dengan UMNO patut dilihat sebagai tindakan yang matang sebagai pemipin. kerajaan PR yang memimpin Selangor sekarang bukan hanya pemimpin kepada penyokong PR, tetapi kepada rakyat Selangor umumnya. Apatah lagi dengan kewibawaan peribadi dan kematangan Hasan Ali yang punya rekod bersih dalam parti mahu pun dalam kerajaan negeri. Harus diingat bahawa Hasan Ali antara orang yang masuk ke dalam PAS dan berjaya menaikkan kredibiliti dan kewibawaan PAS itu sendiri hingga membuatkan pengundi mahu mengundi PAS dan PR.

Masyarakat mula sedar dengan ketidakmampuan PAS membawa dirinya untuk menjadi parti yang berwibawa. Perjuangannya selama puluhan tahun boleh saja dipandang oleh remeh oleh PKR yang hanya baru setahun jagung ditubuhkan.

Penulis tidaklah berniat untuk menghentam PAS. Tetapi penulis lebih terkesan dengan tindak-tanduk PAS yang bukan sahaja membuatkan pendokong Islam atas pagar lari dari menyokong mereka, malah membuatkan orang melayu semakin meluat dengan imej ‘buat-buat pandai’ walaupun tidak punya kredibiliti untuk memerintah.

Jikalau diberikan Putrajaya hari ini kepada kerajaan PR, umat melayu islam akan berhadapan dengan lebih banyak polemik yang mengelirukan dan merugikan umat bangsa ini sendiri.

Hanya ada satu saja jalan keluar iaitu dengan perpaduan seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Tok Jan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...