Tindakan PAS Pusat mendesak Hasan Ali melepaskan jawatan sbg. ADUN Gombak Setia dibantah ramai dari kalangan Pimpinan PAS Kawasan DUN tersebut.
Malah mereka juga hairan dgn sikap Pimpinan Tertinggi PAS Pusat yang tidak berkesudahan terus menerus mengambil sikap seolah2 ada sifat dendam terhadap bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.
Malah mereka juga hairan dgn sikap Pimpinan Tertinggi PAS Pusat yang tidak berkesudahan terus menerus mengambil sikap seolah2 ada sifat dendam terhadap bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor itu.
Sehinggakan bekas ADUN Gombak Setia sebelum ini iaitu Datuk Ismail Kamus diasak mengeluarkan kenyataan pada kadar segera menafikan beliau tidak hadir dan tidak terlintas untuk hadir ke rumah Hasan Ali pada malam pemecatan baru2 ini.
Kepimpinan PAS kini semakin Diktator mengawal setiap kenyataan sahabat2 Hasan Ali dari kalangan Ulama' PAS sehingga tiada ruang untuk memberi sebarang pandangan melalui akhbar rasmi Harakah, yang dahulu dijulang sebuah Media Bebas.
Beberapa rakan yang hampir dengan Ismail Kamus turut serta kesal dengan tindakan Kepimpinan PAS yang apa yang perjelaskan Hasan Ali sebagai Parasit Parti menghedik dan mengaibkan Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu sejak sekian lama hingga hari ini menggambarkan seorang Pemimpin yg tidak berakhlak dan rendah moral.
Walhal jika difikirkan kembali tindakan Hasan Ali yang dakwa mereka cuba melaksanakan beberapa dasar yang dilihat mesti dilaksanakan bagi seorang yang diamanahkan seorang Pemimpin Islam. Ianya merujuk kepada Sekatan penjualan arak dan perniagaan judi secara tidak terkawal serta pembentukan Unit Selamatkan Akidah bagi menghindar gejala Murtad.
Alasan aspek penyampaian yang salah dan memburukkan parti ini tidak setimpal dengan tindakan yang dilakukan Kepimpinan baru PAS Pusat yang dari awal sudah mengaibkan serta menghina Hasan Ali sehingga berakhir dengan pemecatan.
Beberapa Pemimpin PAS kawasan Gombak juga mencabar PAS Pusat bertindak menyatakan pendirian lebih tegas terhadap Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong yang jelas tlibat dlm kegiatan tidak berakhlak, jauh berbeza dgn Hasan Ali.
Akan tetapi agak janggal dan jijik ada juga Pemimpin PAS yang mempertahankan Elizabeth Wong untuk kekal berada dalam barisan Kepimpinan Negeri Selangor.
Hasan Ali yang mahu melaksanakan Enakmen Syariah untuk memastikan masalah masyarakat di Negeri tersebut bebas bergaul dan berhibur tanpa batasan dan merujuk Agama yang akhirnya, akan berdepan dengan masalah seperti yang berlaku pada Elizabeth Wong. Namun sehingga hari ini, Enakmen Syariah yang sedia ada langsung tiada ruang untuk dilaksanakan malah dihalang.
No comments:
Post a Comment