Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, February 11, 2012

Biar Betul !!!!Penyingkiran oleh Pas Kelantan Terhadap SALAHUDDIN AYUB


PAS CUBA MEMCIPTA ISU BARU BAGI MELEBURKAN ISU PASrasit SERTA KEMARAAN DATO' DR. HASAN ALI.....BUKANKAH YDP PAS JOHOR DAH KATA SALAHUDDIN AYUB SUDAH SETUJU SEBELUM SETIAUSAHA AGUNG PAS MELUTUT PADA KELANGKANG DAPig DALAM ISU PR DI SELANGOR.

‘Spekulasi penyingkiran jika benar tidak beretika’

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, jika benar ada usaha Pas Kelantan mahu menyingkirkan beliau daripada mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti, ia merupakan perbuatan yang tidak beretika.

Katanya, usaha itu adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan bercanggah dengan amalan politik serta ukhuwah dalam Pas.

Bagaimanapun beliau tidak mengesah mahu pun menafikan dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi itu, sebaliknya hanya akan memberi penjelasan mengenai perkara itu apabila tiba masanya nanti.

“Saya sudah 30 tahun berkhidmat dalam parti dan pada setiap pilihan raya saya akan berusaha memastikan Pas menang dengan cemerlang termasuk pada PRU-13 nanti.

“Spekulasi yang mengatakan ada usaha untuk menyingkirkan saya dari Kelantan jika benar, ia merupakan perbuatan yang tidak beretika, tidak bertanggungjawab dan bukan dasar parti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Naib Presiden Pas itu diminta mengulas kenyataan Mohd. Puad yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO mengenai ura-ura beliau akan bertanding di Johor pada pilihan raya umum nanti ekoran penolakan pemimpin dan penyokong Pas Kelantan terhadapnya.

Menurut Mohd. Puad, penyingkiran itu menggambarkan pemimpin Pas yang berasal dari Johor itu sudah tiada tempat di Kelantan kerana dianggap sebagai orang luar.

Salahuddin memberitahu, beliau bersedia untuk diletakkan bertanding di mana-mana kerusi pada pilihan raya umum nanti sekiranya diputuskan oleh parti.

Beliau akur jika diarah bertanding di Johor dan seterusnya berkemungkinan dilantik sebagai menteri besar jika pakatan pembangkang berjaya menawan negeri itu.

“Buat masa ini biarlah dahulu, saya akan jawab dakwaan Mohd. Puad serta memberi kenyataan penuh mengenai perkara itu (penyingkiran oleh Pas Kelantan) apabila tiba waktunya,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...