Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, August 11, 2018

Wakil Orang Asli Gua Musang Bertemu Tun Mahathir Selepas Menghantar Memo...


Published on Aug 10, 2018
Wakil Orang Asli Gua Musang Bertemu Tun Mahathir Selepas Menghantar Memorandum

 


Published on Aug 10, 2018
Wakil masyarakat Orang Asli Temiar
di Gua Musang, Kelantan menemui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di
pejabatnya hari ini selepas menunggu kira-kira tujuh jam. Difahamkan Mahathir
mempunyai jadual yang ketat dan hanya dapat bertemu mereka selepas
mempengerusikan mesyuarat kabinet. Wakil masyarakat Temiar menemui perdana
menteri berhubung pertikaian mengenai hak tanah adat dengan sebuah syarikat
perladangan durian Musang King baru-baru ini. Bercakap kepada pemberita,
Mahathir berkata beliau menemui lima wakil Temiar di pejabatnya. Perdana
menteri berkata beliau memberitahu mereka akan cuba menyelesaikan masalah
tersebut tetapi mengakui kerajaan Kelantan yang dikuasai PAS yang membuat
keputusan mengenai perkara berkaitan tanah. "Kerajaan Kelantan tidak
berada di bawah Pakatan Harapan, jika kita berbuat apa-apa, ia memerlukan
rundingan dengan kerajaan PAS di Kelantan, kita akan cuba selesaikan perkara
itu mengikut undang-undang. "Kerajaan persekutuan bersimpati dengan Orang
Asli (di Gua Musang), jika kita ada kuasa, kita akan bertindak segera,"
katanya. Seramai 220 anggota masyarakat Temiar berkumpul di Putrajaya sejak
pagi tadi untuk bertemu perdana menteri. Mereka mendakwa hak ke atas tanah
nenek moyang mereka dicabuli oleh pembalak dan firma perladangan. Masyarakat
Temiar membuat sekatan di Pos Tohoi untuk menghalang sebuah syarikat
perladangan durian daripada memasuki tanah mereka, tetapi ia dirobohkan pada 4
Ogos lalu.
Category
 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...