Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Thursday, August 9, 2018

Khaled: Mustahil mereformasi Umno jika Najib masih terlibat @ Terima kasih Datuk seri Hj Khaled memahami kelukaan hati kami.

Alhamdulillah, akhirnya Bekas Menteri Besar negeri Wak Long bersuara.
Tersenyum megah kami anak Johor yg pernah menyokong UMNO/BN.. Maka
benarlah apa yg selama ini akar umbi UMNO bersuara hinggakan ada
dikalangan kami memilih PH untuk mengambil alih kerajaan drp DS Najib.
Terima kasih Datuk seri Hj Khaled memahami kelukaan hati kami.



Khaled: Mustahil mereformasi Umno jika Najib masih terlibat: Sudah tiba masanya Umno menyedari bahawa Najib yang sedang dibicarakan dan bukannya parti itu.



Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Adalah mustahil Umno untuk bangkit daripada kekalahannya jika ia
terus mengimbau masa lalu dan membenarkan Datuk Seri Najib Razak yang
akan dibicarakan terlibat dalam hal ehwal parti, kata naib presidennya
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Dalam satu kenyataan hari ini, bekas menteri besar Johor itu berkata
sudah tiba masanya Umno menyedari bahawa Najib sebenarnya yang sedang
dibicarakan dan bukannya Umno.


"Realiti semasa yang dihadapi oleh Umno menuntut ahli parti
merenungkan naratif lazim untuk membela serta menerima kenyataan bahawa
rakyat telah bersuara dan menolak kita.


"Kita bukan lagi kerajaan dan kita tidak lagi mempunyai keistimewaan
untuk berkata dengan yakin bahawa masih ada orang Melayu di belakang
kita.


"Mereka yang menafikan realiti tersebut mungkin berkata bahawa kita
masih memegang 46 peratus undi Melayu. Ya, itu mungkin benar tetapi kita
juga perlu melihat demografi Melayu dan nilai-nilai mereka.


"Kita mesti memenuhi keperluan semua - Melayu di bandar, separuh
bandar dan paling penting seluruh rakyat Malaysia,” kata Khaled.


Khaled turut menyokong sentimen yang disuarakan oleh bekas Menteri
Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani baru-baru ini bahawa Umno
mesti kembali kepada falsafah dan asasnya penubuhannya iatu menegakkan
kepentingan Melayu dan tidak memandang rendah kaum lain dalam usaha
mendapatkan kuasa.


Johari yang juga ketua Umno Titiwangsa, turut dilaporkan berkata,
bahawa adalah satu kesilapan untuk membiarkan Najib berkempen untuk BN
pada pilihan raya kecil Sungai Kandis baru-baru ini memandangkan bekas
perdana menteri itu dicemari tuduhan rasuah yang akan menyaksikan Umno
terpalit sama.


Kenyataan Johari mengundang bidasan daripada Presiden Umno Datuk Seri
Ahmad Zahid Hamidi yang mengingatkannya supaya “janganlah pijak kepala
seseorang apabila tengkuk telah berada di paras buah pinggang."


[Baca berita penuh]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...