Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, August 10, 2018

Jadi siapa punya duit RM3.5 juta di PMO?

Dashyat banyak sungguh duit UMNO, di rumah DS Najib RM114 juta , di Pejabat DS Najib RM3.5 juta... Duit sape ni? Adakah duit rakyat atau adakah duit keluarga DS Najib atau adakah duit kroni2 UMNO... DS Najib VS NAFI. Semoga dengan doa2 drp rakyat kebanyakkan Allah SWT tunjukkan kebenarannya.... 



Jadi siapa punya duit RM3.5 juta di PMO?: EKSKLUSIF | Tidak ada mana-mana pihak tampil membuat tuntutan terhadap wang tunai yang didakwa dicuri.

Hariz Mohd  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
EKSKLUSIF | Tidak ada mana-mana
pihak tampil membuat tuntutan terhadap wang tunai RM3.5 juta yang
didakwa dicuri daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) oleh seramai 17
pengawal keselamatan pada malam pilihan raya umum (PRU) lalu.


Sumber memberitahu Malaysiakini, sehingga kini tiada laporan
dibuat kepada polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
berhubung kehilangan wang tunai berkenaan.


Perkara itu turut disahkan oleh polis Putrajaya dan SPRM ketika dihubungi hari ini.


"Tiada laporan mengenai wang yang dicuri itu atau apa-apa pun. Pihak
berkuasa hanya mula menyiasat pengawal keselamatan berkenaan selepas
menerima maklumat mengenai kemewahan mereka," kata seorang sumber.


Satu lagi sumber mengatakan maklumat itu merupakan sebab mengapa SPRM
mengambil alih kes itu dan bukannya polis seperti kebiasan dalam
mana-mana kes kecurian atau pecah masuk.


"Itulah sebabnya apabila kes itu dibuka, pihak berkuasa melihatnya sebagai kes rasuah," kata sumber itu.


Seramai 17 petugas keselamatan sebelum ini ditahan reman oleh SPRM kerana didakwa mengambil wang tunai berjumlah RM3.5 juta.


Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa mereka mengambil wang
itu - yang dikatakan SPRM merupakan sebahagian dana pilihan raya Umno-
selepas mengetahui "kekalahan BN dalam PRU"


Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan memberitahu Malaysiakini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kecurian atau rompakan wang RM3.5 juta daripada PMO.


"Setakat yang saya tahu, tidak ada laporan yang dibuat dengan kami
(polis). Mungkin mereka (pemilik wang tunai) melaporkannya kepada SPRM
kerana suruhanjaya itu menjalankan siasatan. Cuba semak dengan mereka,"
katanya.


Kereta, motosikal disita


Malaysiakini kemudian menghubungi Timbalan Ketua Pesuruhjaya
(Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki yang mengatakan tiada siapa datang
ke agensi itu untuk menuntut wang tunai berkenaan.


Ketika ditanya, beliau juga mengesahkan SPRM memulakan siasatan
berdasarkan maklumat mengenai pengawal-pengawal keselamatan
berkenaan yang dikatakan mempamerkan kemewahan secara tiba-tiba.


Azam, bagaimanapu  enggan mendedahkan butiran lanjut dan mengatakan kes itu masih dalam siasatan.


Sementara itu, SPRM telah merampas banyak barangan berharga dan aset daripada 17 suspek, termasuk kenderaan mewah.


Menurut sumber, SPRM merampas antara lain kereta Volkswagen GTI, tiga kereta Honda, Perodua Alza dan dua motosikal.


SPRM juga setakat ini telah menyita lima kereta dan 11 motosikal.


Mereka juga merampas sejumlah besar barang kemas, 11 telefon bimbit, dan pelbagai peralatan elektrik.


Azam berkata suruhanjaya itu masih mengira nilai semua barangan dan sedang mengumpulkan bukti.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...