Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, August 5, 2018

'Buktikan Arul Kanda dapat gaji lebih besar sebelum 1MDB' @ DS Najib jadi PEMBELA

'Buktikan Arul Kanda dapat gaji lebih besar sebelum 1MDB': Ia selepas Najib mempertahankan bonus RM5 juta kepada Arul Kanda, dan berkata dia berkorban dengan menyertai 1MDB.



Bernama  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Menteri Kewangan Lim Guan Eng mahu bekas Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak mengemukakan bukti pembayaran gaji RM5 juta kepada bekas
Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy.


Katanya beliau mahu bekas perdana menteri menunjukkan bukti berkenaan
agar rakyat Malaysia dapat mengetahui ke mana wang negara digunakan.


"Saya nak tanya bolehkah mantan perdana menteri tunjuk bukti bahawa
Arul mendapat RM10 juta satu tahun dan RM5 juta untuk tempoh enam bulan,
ini kerana beliau (Najib) menyatakan Arul mendapat gaji lebih tinggi
semasa bekerja di tempat swasta.


"Jadi saya harap mantan perdana menteri boleh tunjuk bukti," katanya
kepada pemberita selepas sidang media filem ‘Rise Ini Kalilah’ di George
Town, hari ini.


Lim turut membidas kenyataan bekas perdana menteri bahawa Arul telah
banyak berkorban dan memberikan sumbangan terhadap 1MDB, sebaliknya Lim
berkata 1MDB hanya sebuah syarikat yang rugi dan mempunyai hutang yang
banyak.


"Dia (Arul ) korbankan apa, apa yang dia rugi, sebenarnya kita boleh
lihat Arul untung RM5 juta dalam tempoh enam bulan dan ini
ditandatangani oleh Najib sendiri. So apa kata bekas perdana menteri,
kita bukan nak dendam, kita hendakkan akauntabiliti, mananya pergi wang
negara dan mengapa kita hutang sampai RM50 bilion untuk skandal 1MDB.


"Sekiranya kita hendak menyiasat akauntabiliti dan ketelusan ini pun
dikira dendam, macam ini 30 juta rakyat Malaysia pun berdendamlah. 30
juta rakyat Malaysia pun nak tahu mana wang pergi, mengapa kita hutang
begitu besar sampai RM50 bilion untuk satu skandal 1MDB .Ini belum kira
skandal-skandal lain. Satu syarikat 1MDB sudah hutang RM50 bilion dan
rugi begitu besar,” katanya.


Lim berkata beliau memberikan masa kepada Najib untuk menunjukkan
bukti berkenaan sebelum perbicaraan kesnya di mahkamah dimulakan.


Sebelum ini, bekas perdana menteri itu dilaporkan mempertahankan
pakej gaji RM5 juta yang diberi kepada Arul yang disifatkan sebagai
mendapat gaji lebih rendah ketika Arul berkhidmat dengan 1MDB berbanding
jumlah yang diterimanya ketika bertugas dengan sebuah bank di Emiriyah
Arab Bersatu (UAE).


Najib turut dilapor berkata Arul sanggup menerima gaji jauh lebih
rendah untuk bertugas dengan 1MDB dan malah berjaya mengurangkan hutang
syarikat milik negara itu daripada RM50 bilion kepada RM30 bilion.


-Bernama


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...