Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, August 5, 2018

Air muka pemimpin jadi taruhan PAS di Sg Kandis VS Amanat Hj Hadi & Wasiat TG Nik Abd Aziz

Sudah diperkatakan pemimpin PAS asyik berbohong dan bercakap berbolak-balik. Tempoh hari kata pengundi protes PH. Hari pula eksperimen bekerjasama dgn UMNO/BN gagal. Sudahlah pemimpin PAS memang kaki kencing. Gunakan isu agama utk kepentingan politik dan kuasa dunia. Kpd penyokong UMNO/BN dan PAS sedarlah pemimpin kamu mempergunakan, memperkudakan dan membohongi kamu hanya utk mereka terus berkuasa. Bagi rakyat kebayakkan , kami mahukan kerajaan yg berwibawa dan telus. Sekarang masa semua rakyat malaysia harus mengikut perkembangan di parlimen. Jgn hanya dgr ceramah mereka sahaja. Dan terima kata-kata mereka secara total.

 

Anne Muhammad  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
PAS menjadikan pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Kandis untuk
menjadi medan parti itu melaksanakan eksperimen, kata Naib Ketua Pemuda
PAS Pusat Ahmad Fadhli Shaari.


Katanya langkah itu dibuat bagi membolehkan PAS melihat sejauh mana
anggota parti itu mampu menerima idea bekerjasama dengan Umno.


Pada masa sama katanya PAS juga membuktikan kejujurannya dalam usaha
parti-parti pembangkang mendedahkan kelemahan yang ada pada Pakatan
Harapan (HARAPAN).


“PRK tempat buat kajian, dan kita tunjukkan kejujuran kita, kesungguhan kita.


"Pimpinan PAS memperjudikan air muka mereka untuk memberikan arahan
secara langsung atau tak langsung supaya kira-kira 7,000 pengundi PAS
(pada PRU lalu) untuk mengundi BN agar HARAPAN kalah," katanya.


Bagaimanapun berdasarkan keputusan PRK yang diumumkan malam tadi Ahmad Fadhli mengakui uji kaji tersebut tidak berjaya.


"Ternyata orang yang mengundi PAS itu, tangan mereka tak tergamak nak
undi Umno,” katanya semasa menyampaikan ucapan perasmian Muktamar
Tahunan Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan di Wisma Sejarah, Kuala
Lumpur hari ini.


Beri laluan kepada PAS


Semalam dalam pertembungan tiga penjuru di Sungai Kandis, calon
HARAPAN Mohd Zawawi Ahmad Mughni memperolehi 15,427 undi sekali gus
menewaskan calon BN Datuk Lokman Noor Adam (9,585 undi) dan calon bebas K
Murthy (97 undi).


Menghadapi PRK berkenaan PAS bermula dengan berkias-kias mengenai
sikap mereka berdepan dengan HARAPAN. Bagaimanapun semakin hampir dengan
tarikh mengundi beberapa pemimpin kanan parti itu menyatakan secara
terbuka meminta penyokong PAS memberikan sokongan kepada Lokman.


Bendahari Dewan Ulama Pusat PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali
misalnya secara terang-terangan meminta pengundi PAS di Sungai Kandis
memilih Lokman atas alasan kerajaan HARAPAN tidak menegakkan serta
menjaga Islam.


Mengulas perkara itu Dr Khairuddin berkata anggota parti itu tidak mempunyai pilihan selain mengundi BN. Namun pada masa sama beliau menegaskan hubungan parti Islam itu dengan Umno sekadar rakan strategik.


Untuk rekod pada PRU ke-14 lalu PAS meletakkan calon mereka di Sungai Kandis dan memperoleh 7,573 undi.


Selepas PAS membuktikan sikapnya, kata Ahmad Fadhli, PRK Seri Setia
selepas ini bakal menjadi medan eksperimen baru, terutama bagi melihat
sama ada pengundi BN tergamak pula memangkah PAS.


"Jika ia berlaku maka PAS boleh membina persepsi baru iaitu jika mahu
Melayu dan Islam menang, parti pembangkang harus memberi laluan kepada
PAS bertanding PRU (akan datang).


“Strategi di Sungai Kandis telah pun berlalu. Umno masuk bertanding,
PAS keluarkan arahan sokong Umno, tapi 7,000 pengundi kita bukan aset
mudah alih. Aset ini takkan beralih.


"Eksperimen berikutnya (ialah) di DUN Seri Setia, PAS bertanding, Umno tak bertanding," katanya.




Menurut anggota parlimen Pasir Mas itu lagi untuk rundingan bersama
Umno selepas ini pihaknya akan menegaskan bahawa pengundi Umno perlu
memberikan sokongan mereka kepada PAS.


Ahmad Fadhli turut mengingatkan anggota parti itu supaya terus setia
dengan perjuangan parti walaupun kecewa dengan keputusan yang dibuat
pemimpin parti, seperti berkaitan arahan mengundi BN di Sungai Kandis.


Katanya anggota PAS mesti bersangka baik dengan segala keputusan yang dibuat pemimpin parti.


“Saya datang di sini dengan tujuan supaya tuan-tuan walak dengan strategi pimpinan.


"Jangan terlintas di hati pimpinan buat begini (suruh undi BN) dapat
bahagian (duit), (kemudian) letak dalam Facebook yang duit boleh (dapat)
dah, buat kerja untuk Umno.


“Tuan-tuan jangan rasa pimpinan kita macam tu, jangan rasa... kena berbaik sangka, kena husnu zon yang kita kenal hati budi, peribadi (pemimpin).


“Walaupun mungkin apa yang mereka buat tu nampak nak jalinkan
persefahaman dengan musuh-musuh kita sebelum ini tapi ia bukan tujuan
peribadi, tidak,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...