Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, August 7, 2018

MP pembangkang pengerusi baru PAC @ Datuk Ronald Kiandee


 


Published on Aug 7, 2018
Dewan Rakyat hari ini bersetuju
melantik seorang anggota parlimen dari Umno mengetuai Jawatankuasa Kira-kira
Wang Negara (PAC) selepas usul mengenainya dibentang dan diluluskan tadi. Nama
Datuk Ronald Kiandee diusulkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri VK Liew.
Untuk jawatan timbalan pengerusi PAC pula ia diisi oleh Wong Kah Woh
(HARAPAN-Ipoh Timur). Usul Liew itu kemudian disokong timbalannya Hanipa
Maidin. "Saya sokong dan saya ucapkan tahniah," kata Hanipa disambut
oleh ketawa Speaker Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof. "Ia belum
dibahaskan dan diputuskan lagi, yang berhormat," kata Mohamad Ariff. Usul
itu kemudian dibentangkan dan diterima anggota dewan. Untuk rekod Ronald, 57,
ialah bekas timbalan speaker Dewan Rakyat semasa BN memerintah Malaysia. Beliau
kini mewakili kerusi Beluran dan antara anggota parlimen yang paling aktif
berbahas. Langkah melantik anggota parlimen pembangkang mengetuai PAC itu
menjadi satu daripada janji dalam manifesto Pakatan Harapan menjelang PRU ke-14
lalu. PAC ialah badan semak dan imbang kepada kerajaan. Ia diberi kuasa untuk
memeriksa pengurusan kewangan kerajaan serta sebarang isu yang difikirkan
jawatankuasa itu patut disemak. Undang-undang membenarkan PAC dianggotai antara
enam hingga 12 orang ahli majlisnya. Sebelum ini nama ketua pembangkang yang
juga bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan
Datuk) disebut-sebut untuk menjadi pengerusi PAC. Bagaimanapun menurut Liew
Ahmad Zahid menolak tawaran berkenaan dan mencadangkan nama Ronald. Semasa era
pentadbiran BN lalu jawatan pengerusi PAC diberikan kepada Datuk Hasan Arifin
(BN-Rompin).
Category

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...