Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Saturday, August 11, 2018

Kelewatan bayaran balik GST beri kesan pada aliran tunai syarikat

Kelewatan bayaran balik GST beri kesan pada aliran tunai syarikat: Berikutan mereka mungkin perlu bergantung kepada pinjaman untuk tampung kelewatan yang tak dijangka itu.

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Kelewatan bayaran balik cukai input daripada Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) kepada syarikat akan memberi kesan kepada aliran
tunai mereka berikutan mereka mungkin perlu bergantung kepada pinjaman
untuk menampung kelewatan yang tidak dijangka itu.


Perunding cukai daripada YYC Holdings Sdn Bhd, Yap Shin Siang,
berkata syarikat perlu menanggung beban kewangan disebabkan mereka perlu
beroperasi dengan kos kewangan tambahan untuk membiayai pinjaman
tersebut.


“Dalam senario hari ini, perniagaan tidak pasti sama ada mereka boleh
mendapat semula bayaran balik cukai mereka atau tidak,” katanya kepada
Bernama.


Bagaimanapun, katanya masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada
kelewatan bayaran balik GST itu akan memberi sebarang implikasi kepada
perniagaan kecil atau pengguna.


Ini disebabkan kelewatan cukai input telah ditanggung pengeksport dan
syarikat yang mempunyai modal besar seperti pemaju hartanah, syarikat
minyak dan gas, serta gudang dan kilang.


“Walaupun ini akan menjadi beban, perniagaan tidak akan menaikkan
harga mereka disebabkan kelewatan bayaran balik GST kerana persaingan
pasaran adalah sengit," katanya.


Sementara itu, Rakan Kongsi Cukai Tidak Langsung Deloitte Malaysia
Senthuran Elalingam berkata keputusan penetapan harga yang dibuat oleh
perniagaan berdasarkan beberapa faktor dan cukai adalah antaranya.


“Bagaimanapun, kita tidak boleh berdasarkan satu faktor untuk menyatakan sebab harga naik atau turun,” katanya.


Bagaimanapun, Senthuran menegaskan penting bagi kerajaan untuk
menguatkuasakan langkah yang ketat untuk mengekang pencatutan bagi
memastikan perniagaan tidak mengambil kesempatan daripada keadaan itu.


“Kerajaan perlu melaksanakan pelbagai langkah untuk mengawal
pencatutan dan kami menjangka penguatkuasaan langkah itu akan membantu
mengatasi kenaikan harga yang tidak adil, " katanya.


Kebimbangan dalam kalangan perniagaan wujud selepas Menteri Kewangan
Lim Guan Eng pada Rabu lepas berkata kredit cukai input GST sebanyak
RM18 bilion di bawah sistem GST sejak 2015, telah ‘hilang’ daripada
akaun amanah.


Menurut rekod Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengenai cukai
input GST, terdapat sebanyak RM19.4 bilion kredit cukai input kepada
perniagaan sejak 2015 hingga 31 Mei tahun ini.


Bagaimanapun, hanya terdapat RM1.5 bilion dalam akaun amanah.


Menurut JKDM, ia telah membuat tuntutan atas jumlah tersebut tetapi tidak diluluskan pada mesyuarat bulanan akaun amanah.


- Bernama


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...