Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Sunday, August 5, 2018

Pengundi PRK Sungai Kandis, protes UMNO atau PAS atau PH? Kalau pengundi PRK Sungai Kandis protes kerajaan PH, sudah tentu UMNO/BN menang besar.

PAS, Umno positif pengundi Sg Kandir buat protes

 Pengundi PRK Sungai Kandis, protes UMNO
atau PAS atau PH? Kalau pengundi PRK Sungai Kandis protes kerajaan PH,
sudah tentu UMNO/BN menang besar. Pemimpin UMNO/BN dan PAS cakap
Pengundi PRK Sungai Kandis protes PH, tetapi dlm masa yang sama beri
kemenangan kpd PH (PKR). Bagi rakyat kebanyakan hanya melihat
kesombongan dan keangkuhan kepimpinan UMNO/BN dan PAS. Pd pru14 UMNO dpt
11,518 : prk sungai kandis UMNO dpt 9,585. Mcm UMNO/BN kena protes dgn
org UMNO/BN sendiri. Cuba bayangkan jika pengundi PAS tidak protes dlm
prk sungai kandis sudah tentu UMNO/BN menang besar loo ( UMNO/BN 9,585 +
PAS 7,573 = 17,158) berbanding protes pengundi terhadap Ustaz Mohd
Zawawi (PKR/PH) 15,427. Jadi siapa protes siapa ni? Susah betul nak
sedarkan kepimpinan UMNO/BN dan PAS ni. Bohong dan asyik nak perbodohkan
rakyat tak habis2.




PAS, Umno positif pengundi Sg Kandir buat protes: PRK SG KANDIS | Pemimpin PAS misalnya anggap pembangkang berjaya bongkar kelemahan kerajaan hingga pengundi enggan keluar mengundi.





Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
PRK SG KANDIS | Umno dan PAS
bersepakat mendakwa Pakatan Harapan (HARAPAN) kini semakin ditolak
rakyat berdasarkan kepada apa yang berlaku di Sungai Kandis, Selangor
semalam.


Menyandarkan hujah kepada peratusan jumlah pengundi yang rendah
semalam, mereka berkata ia adalah petanda rakyat semakin hilang minat
mempertahankan HARAPAN.


Ketua Wanita Umno Datuk Dr Noraini Ahmad misalnya berkata HARAPAN
cuma meraih 63.9 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi sebanyak
52,650 orang.


"Dengan peratusan keluar mengundi yang menyusut kepada hanya 50
peratus berbanding 85 peratus pada PRU ke-14 lalu, ia mencetuskan
persoalan sama ada wujud protes rakyat terhadap janji-janji dalam
manifesto HARAPAN yang belum lagi tertunai dalam tempoh 100 hari seperti
dijanjikan.


"Adakah ia juga suatu mesej daripada sebilangan orang Melayu dan
Islam yang berasakan kedudukan mereka mula tergugat dan tidak sehaluan
dengan `rentak’ Malaysia baru?" katanya dalam satu kenyataan mengulas
mengenai pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Kandis itu.


Calon HARAPAN yang juga pengetua sebuah sekolah Tahfiz, Mohd Zawawi
Ahmad Mughni mempertahankan kerusi itu buat HARAPAN selepas mengetepikan
dua pencabar lain.


Mereka ialah bekas panel pemikir Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk
Lokman Noor Adam yang mendapat 9.585 undi serta calon bebas K Murthy
(97 undi).


Mohd Zawawi mendapat 15,427 undi.


Rendah walaupun Sabtu


SPR memaklumkan keputusan rasmi menunjukkan jumlah pemilih keluar mengundi berada pada tajap 49.4 peratus.


PAS tidak meletakkan calonnya walaupun kawasan itu mempunyai
peratusan pengundi Melayu yang signifikan. Namun pemimpin parti terbabit
menggesa penyokong mereka memberikan undi kepada Lokman sebagai tanda
mereka menolak HARAPAN.


Untuk rekod PAS bertanding di Sungai Kandis pada PRU lalu dan calonnya Mohd Yusof Abdullah mendapat 7,573 undi.


Menurut Noraini pada 9 Mei lalu BN hanya mencatat kemenangan di dua
daripada 19 pusat daerah mengundi (PDM) iaitu Sungai Kandis dan Kampung
Pandan.


"Namun dalam PRK kali ini, BN menang di empat PDM iaitu Johan Setia, Kampung Pandan, Seri Gambut dan Bukit Naga," katanya.


Justeru anggota parlimen Parit Sulong itu optimis Umno tetap mempunyai masa depan.


Sementara itu Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd
Shahir berkata pengundi kini jelas semakin menolak PKR dan gabungan
HARAPAN.


"Peratusan keluar mengundi yang kecil iaitu 49.4 peratus sedangkan
hari mengundinya pada hari Sabtu turut menunjukkan rakyat mula hilang
minat mempertahankan HARAPAN, kerajaan yang baru berusia tidak sampai
100 hari itu," katannya yang dipetik Bernama.


Kata Roslan lagi keputusan itu juga menunjukkan pembangkang berjaya
"membongkar kelemahan HARAPAN" sehingga pengundi di kawasan terbabit
membuat protes dengan enggan keluar mengundi, atau mengundi Lokman.


Roslan juga yakin usaha menyatukan pembangkang mendapat tempat yang baik di kalangan rakyat.


"Kerjasama pembangkang seumpama di PRK Sungai Kandis sewajarnya
diterus dan dipertingkatkan pula dalam PRK Seri Setia agar agenda
memperkasakan suara pembangkang bakal menjadi realiti," katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...