Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Friday, August 10, 2018

Seleweng dana PRU14 : SPRM sita pelbagai aset berharga @ UMNO Terus Dikambing hitamkan oleh DS Najib.



Seleweng dana PRU14 : SPRM sita pelbagai aset berharga: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita beberapa lagi aset berharga disyaki hasil peny...





2018-08-10 12:06:09

Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita beberapa lagi aset berharga
disyaki hasil penyalahgunaan wang peruntukan Pilihan Raya Umum ke-14
(PRU14) yang lepas berikutan penahanan 17 pegawai serta pengawal
keselamatan Jabatan Perdana Menteri semalam.

Menurut sumber SPRM,
sehingga kini jumlah aset yang disita SPRM adalah wang tunai berjumlah
RM978,800, lima kereta, 11 motosikal, lima bentuk cincin, seutas gelang,
empat utas rantai, 11 telefon bimbit serta perkakas elektrik.

“Lima
buah kenderaan berkenaan ialah sebuah Volkswagen Golf GTI, tiga buah
Honda dan sebuah Perodua Alza manakala 11 motosikal terdiri daripada
lima buah berjenama Yamaha dan selebihnya berjenama Honda.

Kesemua kenderaan dan barangan yang disita tersebut kini masih dalam proses penilaian harga,” kata sumber itu kepada Bernama.

Sementara
itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki
ketika dihubungi mengesahkan kesemua penyitaan itu.

Beliau berkata pasukan penyiasat SPRM masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Read more at https://www.kinitv.com/video/64469O74#UiMpj0dE6ZDlFw0H.99

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...