Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Tuesday, August 7, 2018

1MDB tuntut kapal layar mewah Equanimity @ AG: Equanimity dirampas dengan waran dari mahkamah


 


Published on Aug 7, 2018
1MDB bawah pengurusan baru menuntut
kapal mewah Equanimity yang berlabuh di Pelabuhan Klang hari ini. Syarikat itu
menjadi antara pemohon yang merampas kapal itu ketika berlabuh hari ini. “1MDB
menuntut pemilikan Equanimity kerana mereka percaya wang mereka telah disalah
guna dan dibelanjakan untuk membeli kapal itu,” kata peguam Sitpah Selvaratnam.
Beliau berkata demikian kepada pemberita setelah turun dari kapal itu. Sitpah
berkata tuntutan itu dibuat berdasarkan saman pelucuthakan Jabatan Keadilan
(DOJ) Amerika Syarikat (AS) tahun lalu. Pengurusan lama 1MDB menafikan sebarang
kaitan dengan Equanimity dan menafikan wangnya telah disalah guna. Pengurusan
lama juga menolak saman sivil DOJ itu. Pengurusan baru 1MDB digantikan selepas
Pakatan Harapan menumbangkan pemerintahan 61 tahun BN buat kali pertama dalam
pilihan raya umum Mei lalu. Peguam Jeremy Joseph berkata, pasukan undang-undang
1MDB telah dilantik oleh Pejabat Peguam Negara untuk mewakili kedua-dua pihak,
syarikat pelaburan itu dan Putrajaya.
Category


AG: Equanimity dirampas dengan waran dari mahkamah

Diterbitkan  | 
Dikemaskini


  •  
 

Pejabat Peguam Negara (AG) sudah memperoleh waran tangkap bagi menyita kapal persiaran mewah Equanimity hari ini.


Menurut Peguam Negara Tommy Thomas waran tangkap itu dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.


"Mahkamah Tinggi sudah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.


"Justeru Equanimity diramas mengikut undang-undang Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Kapal persiaran mewah itu - dan dikaitkan dalam skandal 1MDB dan ahli
perniagaan yang sedang diburu, Jho Low - tiba di Pelabuan Kelang
kira-kira jam 12.25 tengah hari ini.


Kapal bernilai kira-kira RM2 bilion itu asalnya ditahan pihak
berkuasa Indonesia di Teluk Benoa, Bali, pada 28 Feb lalu hasil
permohonan daripada Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat.


Menurut Thomas sitaan ke atas Equanimity dilakukan hasil inisiatif
DOJ yang menegaskan mengenai pemilikan kapal persiaran berkenaan bagi
pihak Malaysia dan 1MDB kerana dana yang digunakan untuk membelinya.


"Hasil perjaanjian Bantuan Perundangan Bersama (MLA) antara Malaysia,
Indonesia dan AS yang diaktifkan baru-baru ini, rundingan yang teliti
dan sensitif dilakukan di peringkat tertinggi pelbagai agensi di tiga
negara bagi menyempurnakan hal ini," katanya.


Menurutnya antara agensi yang terlibat dalam operais itu ialah Polis
Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malayssia, Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia dan Pejabat AG.


[Baca berita penuh]


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...