Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA
Kempen Boikot Perniagaan Bangsa CINA

Monday, August 6, 2018

Menteri: RM7.4 juta perbelanjaan Iksim tak dapat dikesan

 Pemimpin UMNO/BN berkobar2 memfitnah PH konon mengugat agama islam. Ini apa cerita rupa2nya UMNO/BN lah mengkhianati rakyat menggunakan agama.



Menteri: RM7.4 juta perbelanjaan Iksim tak dapat dikesan: 'Hanya RM0.2 juta (dari RM7.6 juta dana) yang boleh kami kira, yang ada resit dan bukti transaksi,' kata Mujahid ketika menjelaskan pembekuan dana badan itu.





Shakira Buang  | 
Diterbitkan  | 
Dikemaskini


   
Audit dalaman terhadap Institut Kajian Strategik Islam Malaysia
(Iksim) mendapati RM7.4 juta daripada RM7.6 juta jumlah peruntukan
kepada badan itu tidak dapat dikesan perbelanjaannya, kata menteri agama
Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.


Beliau berkata telah mengarahkan Majlis Agama Wilayah Persekutuan
(MAIWP) menjalankan audit bagi perbelanjaannya, termasuk peruntukan yang
diberikan kepada institut itu.


"Daripada RM7.6 juta yang diberikan kepada mereka, RM7.4 juta tidak dimasukkan (unaccounted for). Kami tak dapat bukti ke mana ia dibelanjakan, apa yang dibelanjakan dan berapa jumlahnya.


"Jumlah itu bukan kecil untuk institusi yang menamakan dirinya Iksim," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.


"Hanya RM0.2 juta sahaja yang boleh kami kira, yang ada resit dan bukti transaksi," kata Mujahid (gambar) lagi.





Beliau berkata demikian ketika mengulas isu pembekuan peruntukan buat
Iksim yang turut disentuhnya ketika menggulung titah diraja hari ini.


Dengan kepincangan audit dalaman itu, katanya lagi, kerajaan mengambil keputusan untuk membeku dana kepada Iksim.


Pada 19 Julai lalu, Timbalan Menteri Agama Fuziah Salleh mengumumkan pembekuan dana Iksim serta langkah kerajaan untuk mengkaji sama ada mengekalkan atau membubarkannya.


Menjawab tuntutan sesetengah pihak agar pembekuan itu ditamatkan,
Mujahid berkata ia tidak akan dilakukan selagi ia "berada dalam
pentadbiran yang tidak telus dan tidak bertanggungjawab".


"MAIWP antara yang membiayai Iksim kerana ianya bagus, tetapi
malangnya daripada audit dalaman MAIWP mendapati berlaku salah guna
kuasa dari sudut pentadbiran kewangan yang tidak bertanggungjawab.


“Dan kita nak MAIWP bertanggungjawab memberikannya dengan syarat ia mesti dilapor dan diaudit,” katanya.


Selain itu, Mujahid berkata kementerian akan menyelesaikan isu bayaran tertunggak kakitangan Iksim.


“Ada pun tadi dia sebut pasal pekerja, kami buat keputusan semua gaji
yang tertunggak akan di selesaikan seberapa segera dan sekali gus tidak
timbul kami abaikan kebajikan pekerja,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...