Pemimpin UMNO semakin ditolak oleh rakyat. Rakyat kebanyakkan memerlukan ketelusan mengenai GST. Rakyat kebanyakkan yg terasa terbeban dgn GST. Kenapa pemimpin UMNO masih mempertahankan GST sedangkan kami rakyat kebanyakkan terasa bebannya. Kami rakyat kebanyakkan menyokong kerajaan Pakatan Harapan agar terus dedah kepincangan GST yg membebankan hidup kami setelah GST dilaksanakan.
2018-08-10 11:59:45
Menteri
Kewangan Lim Guan Eng mempertahankan kenyataannya berhubung RM18 bilion
wang tuntutan cukai input bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang
sepatutnya dibayar balik kepada peniaga telah ‘dirompak’ kerajaan
terdahulu.
Beliau kekal bertegas meskipun diasak beberapa Anggota
Parlimen Barisan Nasional (BN) termasuk Tan Sri Noh Omar (Tanjong
Karang) dan Datuk Seri Hamzah (Larut) yang memintanya menarik perkataan
'rompak' memandangkan siasatan masih berjalan.
Lim ketika
menggulung Rang Undang-Undang Kastam (Pindaan) 2018 berkata satu
siasatan terbuka mengenai perkara itu dengan dipimpin oleh individu luar
yang bebas dan berpengalaman bakal disyor kepada Perdana Menteri Tun
Dr Mahathir Mohamad selepas selesai siasatan dalaman.
Read more at https://www.kinitv.com/video/64467O74#umTj5vBV2Zq1azvv.99
No comments:
Post a Comment